"wani macam mana tentang kes eliza tu" soal puan alana mereka bertemu secara diam oleh kerana puteri sedang rehat jadi boleh puteri bertemu puan alana. "wani sedang berusaha lagi umi... sekarang bukti belum cukup kukuh lagi umi..." terang puteri.
"okay cepat tau wani...umi menyampah tengok muka eliza yang tak tahu malu tu" ujar puan alana membuatkan puteri tergelak. "baik umi wani sedang usahakan ni.. so skang kita makan dulu sebab wani dah nak masuk kerja dah ni..." ujar puteri puan alana mengangguk tanda faham. mereka makan makanan mereka sehingga habis setelah itu mereka membuat haluan masing masing.
puteri menyambung pekerjaan sedang menyemak semua bukti yang ada tiba salah satu anggotanya bertemu dengannya. "puan maaf mengganggu" ujar tisya anggota bawahannya. "tak pe tisya kenapa ye.." soal puteri.
"saya diarahkan oleh tuan Asyraf untuk panggil puan kebiliknya." ujar tisya. "okay tisya terima kasih..." puteri mengucapkan terima kasih kepada tisya kerana memberi tahu yang tuan asyraf memanggilnya. tuan asyraf berpangkat DSP(Deputy superintendant of police) .
Puteri berlalu pergi berjumpa dengan tuan Asyraf sesampai di bilik tuan asyraf puteri mengetuk pintu bilik tuan asyraf dan kedengaran suara yang menyuruhnya masuk. "tuan..." puteri memberi tabik hormat kepada tuan asyraf tanda hormat.
"tujuan saya panggil kamu berdua ni untuk memperkenalkan DSP baru kamu semua sebab saya akan dipindahkan ke kelantan." tuan asyraf membuka bicara di dalam bilik ini hanya haziq puteri dan tuan asyraf sahaja yang ada.
"siapa tuan" tanya mereka serentak "saya memperkenalkan dsp syarizal dari cawangan kedah." terkejut puteri dan haziq apabila tuan asyraf menyebut nama syarizal dan mereka memandang sama sendiri.
"Saya DSP Syarizal selamat berkenalan" ujar syarizal membuka bicara haziq dan puteri dengan serentak tabik hormat kepada syarizal tanda hormat walapun sebenarnya mereka masih terkejut.
"syah ini 2 pekerja terbaik aku mereka ni lah yang paling terbaik walaupun baru 6 bulan menjadi anggota polis ni... ni inspektor haziq dan ni inspektor puteri... aku rasa kau kenal merea berdua inikan..." tuan Asyraf sudah sedia maklum tentang haziq dan puteri pernah menuntut di kedah dahulu.
"ye aku tahu..." itu sahaja jawapan diberikan oleh syarizal. "okay antara kamu berdua siapa yang nak kenalkan tuan syah ni kat semua anggota???" soal tuan asyraf. "dia..." haziq dan puteri saling tunjuk menunjuk sesama sendri bagi mereka kenalkan bapak singa kepada semua anggota ibarat tempah maut.
"kau lah..." haziq bersuara. "eh aku pulak kau lah.." jawab puteri bagi puteri memang menempah maut kalau dia berjalan bersama syarizal. "kau lah pergi..." haziq mendesak puteri bagi haziq juga sama seperti puteri berjalan beiringan dengan syarizal ibarat tempah maut atau lebih tepat korek kubur sendiri.
"kau lah" jawab puteri. "dah jangan bergaduh kamu berdua ni... senang cita kamu berdua pergi bersama" arah tuan asyraf. "tapi tuan.." jawab puteri syarizal disitu sudah tersenyum sinis 'dari dulu sampai sekarang tak abis abis dengan menjawab dia' bisik hati syarizal dia melihat puteri masih lagi dengan keras kepalanya.
"sudah puteri ini arahan" tegas tuan asyraf dan puteri terpaksa akur begitu jugak dengan haziq. "tuan silakan"haziq membuka bicara dan menyuruh syarizal jalan dahulu di belakang syarizal puteri dan haziq lawan bergaduh manakan tidak bapak singa ada dihadapan mereka.
sedang bergaduh tiba syarizal berhenti terkejut mereka dibuatnya. "ada apa apa masalah ke???" soal syarizal dengan muka yang dingin. "eh tak de takde jom tuan saya kenalkan tuan dengan semua anggota.." pantas haziq menjawab.
haziq memperkenalkan syarizal kepada semua anggota yang ada diikuti oleh puteri tetapi puteri hanya senyap sahaja tidak berani membuka suara.
*to be continue...
*Syarizal dan puteri sudah bertemu apa yang akan terjadi.
YOU ARE READING
MR DINGIN "I LOVE YOU"
Randomputeri dan syarizal berkahwin atas dasar cinta.... tetapi saat mereka mengecap kebahagian bersama ada badai yang datang melanda... lumrah kehidupan manusia yang sering didatangi ujian mampukah mereka menghadapi ujian tersebut??? puteri melari...