More sweetnes?
Play the song
♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡Kereta Syam Shahmil bergerak pantas membelah lebuh raya. Tidak pula dia terfikir akan penumpangnya.
Dyan yang duduk di sebelah beristigfar panjang di dalam hati. Lajunya. Dia mula terasa mual dengan pemanduan gila bosnya itu.
"Bos, boleh slow sikit? Saya nak termuntah." pintanya.
"What? Jangan nak muntah dalam kereta I, okay!" Syam Shahmil memperlahankan kenderaan dan berhenti seketika di bahu jalan.
Dyan lantas membuka pintu kereta dan memuntahkan isi perutnya. Nasi lemak telur rebus. Tidak sempat dihadam oleh ususnya. Membazirnya.
"Nah." Syam Shahmil menghulurkan botol mineral kepada pekerjanya itu. Dyan lantas berkumur mencuci mulutnya.
"Bos ada gula-gula hacks? Atau gula-gula pedas?" Soal Dyan. Dia ingin menghilangkan rasa muntah dari lidahnya.
"Tak ada. Nanti kita beli. Masuk balik." Arah Syam Shahmil. Silap besar dia membawa pekerjanya yang seorang ini berjumpa client. Sudahlah dia terlewat. Dyan lantas masuk dan duduk dibahagian belakang.
"Amboi, tuan puteri ke?" Tegur Syam Shahmil melihat pekerjanya itu masuk dibahagian belakang dan lantas merebahkan dirinya dikerusi belakang.
"Kalau bos nak bawa laju, bawalah. Saya baring kat belakang saja." Ucap Dyan lantas menutup matanya. Perutnya agak selesa berbaring dibelakang.
Syam Shahmil malas hendak bercakap lagi. Dia kembali membawa BMW nya dengan kelajuan 120km/jam! Dyan beristigfar panjang dalam hati merasakan kereta itu kembali laju. Mudah-mudahan selamat balik. Doanya. Beberapa puluh minit kemudian kereta itu dirasakannya berhenti.
"Dah sampai." Ucap Syam Shahmil. Dyan membuka matanya dan kemudian bangun.
"Cepat sikit boleh tak?" Syam Shahmil mengarahkannya.
Dyan mencebik lantas keluar dari kereta dan mengikuti langkah kaki Syam Shahmil. Dia melihat bangunan yang mereka masuki itu. Hotel Shangri? Hotel? Kaki Dyan terhenti di hadapan lif. Dia melihat Syam Shahmil yang sedang menekan punat lif dengan perasaan ragu-ragu.
"Ki-Kita buat apa kat sini bos?" Soal Dyan ragu-ragu.
"Kan I dah cakap jumpa client." Jawab Syam Shahmil pendek.
Pintu lif terbuka dan mereka lantas masuk. Berdua bersama seorang lelaki di dalam lif membuatkan Dyan sedikit kekok. Dia berundur menyandar di belakang lif itu. Dilihatnya punat berlampu yang telah ditekan oleh majikannya itu. Tingkat 20? Tingginya.
"Nah, gula-gula." Syam Shahmil menghulurkan mentos ice kepada Dyan. Sebentar tadi dia berhenti seketika di Kedai Mesra Stesen Petronas, serba salah pula dia menyebabkan gadis itu termuntah kerana pemanduannya.
"Terima kasih." Ucap Dyan. Dia mengambil gula-gula tersebut dan terus mengunyahnya. Hilang juga rasa muntahnya tadi. Dia tersenyum. Baik juga bos ni. Fikirnya.
"Tersengih-sengih. Cepatlah." Ucap Syam Shahmil lantas melangkah keluar dari pintu lif. Dyan mencebik bibirnya. Baru puji dah berlagak. Dia cepat-cepat mengekori langkah Syam Shahmil menuju ke SkyDine Shangri. Sebuah Restoran hotel yang berkonsepkan Rooftop.
😀😁😀😁
Thanks for reading.
This is my second another story.
If you like it. Please
👇 Vote me⭐. TQvm 😘💞
YOU ARE READING
Jatuh Cinta Dengan Dia
Romance[※Suami Jenis Homo?!] [※Cinta Teristimewa] Highest : # Wattpad Picks ; Senarai Cerita Istimewa (2018) #2 in ROMANCE (8/10/2017 | 23/9/2017) #3 in ROMANCE (13-14/Okt/2017) (3/9/2017) & (19/9/2017) (26-28/9/2017) ❅SilauunPurii First Romance ※ The Best...