" Dyan! Rindunya...." Ucap Nina dan terus memeluk sahabatnya itu.
Selepas bercuti seminggu lebih, hari ini Dyan datang ke gedung. Puas juga dia memujuk Syam Shahmil untuk bekerja hari ini. Ada sahaja alasan suaminya itu supaya dia tidak hadir beberapa hari.
" Aku pun riiiinduuu dengan kau." Balas Dyan.
" Kalau rindu kenapa kau terperuk kat rumah? Hari-hari bos je datang sorang. Tak bestlah tengok muka dia tanpa kau." Ucap Nina lagi. Dyan tersenyum. Amboi, sampai macam tu sekali ke?
" So? What's new? Something happen?" Nina bersama senyum nakalnya ingin mengorek rahsia Dyan.
"Apa?" Dyan buat-buat tidak tahu.
"Eleh! Nak berahsia konon? Sejak korang balik ni, muka bos tu asyik senyum je memanjang. Takkan nothing happen? " Komen Nina.
"Ye ke? Kau ni saja-saja nak cakap macam tu kan? Nak busybody!" balas Dyan.
"Amboi, sombong eh taknak bagi tahu! Aku tahulah, bos tu asyik senyum saja. Raden yang bagi tahu. Lepas tu, dia dah tak buat gaya goda-goda si Raden tu. Macam normal guy dah si bos tu. Kata si Raden dekat aku." Terang Nina. Sejak Dyan bercuti, si Radenlah jadi kawannya. Lagipun Raden tu BBC News.
"Memang BBC News-lah boyfriend kau tu. Itu pun dia nak bagi tahu? Siapa suruh dia tergoda dengan bos?" Dyan masih berdolak-dalik.
"Eh? Kau jangan minta-minta si Raden tu jadi boyfriend aku. Taknak aku! Lembik." Ucap Nina lagi.
"Hahaha...mana tahu ada jodoh, bukan haram pun." Balas Dyan lagi. Nina menepuk lengan sahabatnya itu.
"Nak tukar topik ya! Kita tanya pasal dia. Dia pergi balikan orang pula!" Nina geram. Dyan sudah ketawa. Tiba-tiba datang seorang gadis memeluk dari belakang Dyan.
"Dyan, I miss you so much!" Lisa yang tiba-tiba muncul menganggu.
"Lisa! Apa ni?" Dyan tidak selesa. Dia melepaskan pelukan Lisa dan berdiri disebelah Nina.
"Dyan, kenapa you tak bagi tahu I, you pergi mana selama ni? I hari-hari datang cari you! I miss you like crazy..." Lisa mengambil tangan Dyan. Nina terkejut besar! Apa yang si Lisa mengharapkan dari sahabatnya ini?
"Apa ni Lisa? I kan dah cakap, I tak suka you cakap macam ni. Kalau you nak kita berkawan macam I and Nina, I boleh terima you. Lebih dari itu, I tak boleh...haram tau tak!" Ucap Dyan dengan nada yang serius. Nina terlopong!
"Dyan, I tak boleh lupakan you. Hari-hari I tak keruan tanpa you...I love you, seriously, I love you like crazy..." Pujuk Lisa lagi. Dyan mengeleng kepala. Lantas membawa Nina yang terkejut besar itu masuk ke dalam.
"Nak crazy, sorang-soranglah!" Marah Dyan dari dalam. Nina masih lagi terlopong. Tidak pasti dan percaya apa yang di dengarnya tadi.
"Be-betul ke telinga aku tu tadi Dyan?" Soal Nina.
"Apa?" Dahi Dyan berkerut.
"Betullah si Lisa tu les? Seriously?" Soal Nina lagi. Dyan mengeluh dan mengangguk perlahan.
"Patutlah dia hari-hari datang sini. Rupanya betullah sangkaan aku sebelum ini! Dia crazy in love dengan kau, Dyan!" ujar Nina. Setiap hari dia pasti nampak kelibat Lisa menoleh-noleh ke gedung mereka. Tapi tak masuk pula. Dan bertanyakan sekali sahaja tentang Dyan hari itu.
Dyan mengeluh lagi."Masalah besar ni. Bos dah tahu?" Nina menyoal lagi kepada Dyan.
"Dah, dia pun dah nampak Lisa hampir rogol aku dulu sebelum kami kahwin. Sebab tu Lisa berhenti kerja." Balas Dyan. Mengingati kejadian paling tragis dalam hidupnya setakat ini.
"Apa!! Kenapa aku tak tahu?" Nina semakin terkejut. Astagfirullah al azim. Di manalah silapnya Lisa tu. Body dan muka cantik, bergaya macam perempuan model. Tapi rupanya lesbian??
"Aku malas nak cerita dengan kau. Aku tak nak malukan Lisa tu depan kau. Tapi sekarang ni dia dah melampau pulak. Depan kau pun dia dah tak malu-malu." balas Dyan. Nina geleng kepala. Baik sungguh si Dyan ni.
"Dyan...Dyan. Lepas ni, kau jangan rahsiakan apa-apa pasal si Lisa tu. Kau bagitahu saja aku atau bos. Takut-takut dia akan melampau pula nanti. Orang jenis macam tu tak boleh di jangka apa dia nak buat! Kau kena lebih berhati-hati! Risau pulak aku sekarang." Nina mengurut dadanya yang masih terkejut dengan cerita Dyan itu. Macam-macam sahaja masalah sosial sekarang ini. Sesama kaum pun nak dijadikan pasangan! Diorang dah gila ke? Bisik hati Nina.
👭👩👧💁👸👰👱😘😍😒
# I setuju dengan Nina. Nasib baik ada Nina. Kan?
# Huhu. Nak mula dah episod sedih. Don't cry yet. Ambik tisu dulu. Hehee
# thanks reader...vote kan sekali 'kay...
⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐# Keep reading us. Terima kasih...
YOU ARE READING
Jatuh Cinta Dengan Dia
Romance[※Suami Jenis Homo?!] [※Cinta Teristimewa] Highest : # Wattpad Picks ; Senarai Cerita Istimewa (2018) #2 in ROMANCE (8/10/2017 | 23/9/2017) #3 in ROMANCE (13-14/Okt/2017) (3/9/2017) & (19/9/2017) (26-28/9/2017) ❅SilauunPurii First Romance ※ The Best...