Syam Shahmil meletakkan kunci kereta BMW nya di atas rak di bilik tidurnya. Penat seharian di pejabat, dia lantas membaringkan dirinya di atas katil bertilam empuk.
Knock! Knock! Pintu biliknya terbuka.
"Lambat Shah balik hari ini." Soal ayahnya. Zahari. Syam Shahmil memusingkan badannya. Ayahnya yang sedang memakai apron itu tidaklah pelik di matanya. Kerana setelah ibunya meninggal ayahnyalah menjadi 'ibu' kepada anak-anak lelakinya.
"Banyak kerja la pa..." Rungut Syam Shahmil manja.
"Ayah ada masak Butter prawn. Lepas mandi pergilah makan." Ucap Zahari kepadanya. Dia lantas mengutip beberapa helai pakaian Syam Shahmil yang bertabur di meja solek. Seperti kebiasaan 'ibu-ibu', dia tidak suka melihat bilik anaknya yang agak berselerak itu.
"Okay." Balas Syam Shahmil lantas mengambil tuala menuju ke bilik air.
DI MEJA makan keluarga, Datuk Syam Shahmil, Tan Sri Zain memerhati tingkah dua orang cucunya itu. Abangnya, Syah Redza sedang leka dengan handphone di tangannya.
"Syah Redza, datuk paling pantang nampak gadjet di meja makan." Tegurnya. Syah Redza lantas mengeluh dan melepaskan telefonnya itu.
"Shah? Macam mana dengan sales The Royal Courts? " Soal Tan Sri Zain kepada Syam Shahmil. Dia lantas menjawab soalan tersebut berdasarkan pemeriksaannya dari fail yang diberikan oleh salesgirl.
"Ayah ni. Boleh ke kita makan sahaja di meja ini? Hal company cerita di luar meja makan." Tegur Zahari. Dia datang menghidangkan Butter prawn kegemaran anaknya, Syam Shahmil.
"Redza, tadi ada seorang perempuan datang cari kamu. Lepas papa cakap kamu tak ada, terus dia balik." Beritahu Zahari.
"Siapa pa? Papa tak tanya nama dia?" Soal Syah Redza. Berminat saja dia mendegar jika dirinya dicari oleh wanita. Sedangkan status dudanya baru tiga bulan.
"Manalah sempat papa nak tanya. Tapi cantiklah perempuan tu." Komen Zahari.
"Asyik saja kamu dengan macam-macam perempuan. Macam mana Rania tak angkat kaki minta cerai!" Marah Tan Sri Zain. Cucu sulungnya ini agak bersikap playboy berbeza dengan Syam Shahmil yang langsung tiada teman wanita itu.
"Well, Rania yang kuat cemburu. Redza nak buat macam mana? Dia sendiri yang failkan kes." Jawab Syah Redza. Sikapnya yang langsung tidak pedulikan perasaan orang lain itu membuatkan Rania, bekas isterinya meminta cerai selepas hanya setahun berkahwin. Nasib baik mereka tiada anak. Kalau tidak, pasti tanggungjawab terabai.
"Sudahlah ayah. Jangan marah-marah sangat di hadapan rezeki. Tak berkat nanti. Redza, you should watch what you said towards elder." Tegur Zahari. Ayahnya dan Syah Redza memang selalu tidak sebulu.
Syam Shahmil mengunyah satu-persatu Butter prawn kegemarannya. Dia tidak ambil peduli perbualan ahli keluarganya kerana tidak ada kena mengena dengan dirinya.
"Shah, datuk ada beberapa orang calon, anak gadis tan sri dan dato-dato kenalan datuk. Mereka hendak berkenalan dengan kamu." Kali ini Tan Sri Zain 'menyerang' Syam Shahmil.
"I'm not interested lah. Kenalkan saja pada Redza." Balasnya. Mahu terkeluar udang yang dikunyahnya.
"Kalau bagi Redza. Keluar masuk paperlah nama datuk ni." Sindir Tan Sri Zain.
"Well I pun tak minat taste datuk yang selalu buat blind date anak kawan-kawan datuk." Balas Syah Redza lantas bangun membawa pinggannya yang telah kosong ke sinki.
"Redza..." Zahari geleng kepala. Baru sahaja di tegur. Tapi sia-sia.
😉😮😠😬
Thanks for reading.
If you like it. Please do...
👇 Vote me⭐. TQvm 😘💞
YOU ARE READING
Jatuh Cinta Dengan Dia
Romance[※Suami Jenis Homo?!] [※Cinta Teristimewa] Highest : # Wattpad Picks ; Senarai Cerita Istimewa (2018) #2 in ROMANCE (8/10/2017 | 23/9/2017) #3 in ROMANCE (13-14/Okt/2017) (3/9/2017) & (19/9/2017) (26-28/9/2017) ❅SilauunPurii First Romance ※ The Best...