Bab 14: My Girlfriend?

14.6K 930 12
                                    

Lie to me
(Like an Ice Cream)
♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡

"APA??" Tan Sri Zain tidak pasti apa yang di dengarnya itu. Jujur atau tidakkah gadis ini?

"Saya Dyan. Girlfriend bos..er Shah. Dah lama kami couple." Dyan mengaku secara tiba-tiba. Raden yang mendengarnya juga terkejut.

"Apa buktinya?" Soal Tan Sri Zain lagi. Dyan lantas masuk ke pejabat dan berdiri di sebelah Syam Shahmil. Dia menyilang lengannya di lengan Syam Shahmil. Tan Sri Zain memerhati perbuatan gadis itu.

"Shah dah lamar saya semalam. So hari ini saya nak bagi jawapan. Saya dah tahu dah masa lalu Shah. Saya tak kisah, sebab dia dah berubah." Pantas sahaja otak Dyan berfikir. Tan Sri Zain makin terkejut. Apa lagi Syam Shahmil! Apa yang si Dyan ini merepek?

"Jadi? Kamu setuju? Walaupun dengan masa lalu Shah yang sesat tu?" Tan Sri Zain masih tidak percaya.

"Ya. Saya tahu Shah dah tak macam tu lagi. Saya setujulah." Dyan oh Dyan.

"Bila kamu nak berkahwin?" Soal Tan Sri Zain lagi. Dyan menyiku Syam Shahmil yang terdiam lama itu. Jawablah. Bisik hati Dyan.

"Er...bulan depan..?" Jawab Syam Shahmil spontan. Cepatnya! Fikir Dyan.

"Betul ni?" wajah Tan Sri Zain mula kendur dari marahnya.

"Betul datuk. Dyan yang dah ubah hidup Shah. So, Shah betul-betul nak berubah. Sebab tulah Shah ajak Dyan kahwin." Jawab Syam Shahmil lagi. Tan Sri Zain mula menampakkan senyumnya. Air matanya menitis.

"Alhamdulillah" Tan Sri Zain memeluk cucunya itu. Marahnya yang membuak-buak tadi hilang terus dengan pengumuman yang baru didengarinya itu. Dia tidak kisah dengan pilihan hati Syam Shahmil, asalkan dia sudah kembali ke hukum alam, kembali pada fitrah manusia, itu sudah cukup.

"Kalau macam tu, datuk minta maaf pada Shah. Datuk tarik balik apa yang datuk cakap tadi. Maafkan datuk ya Shah?" pinta Tan Sri Zain. Syam Shahmil mengangguk. Tan Sri Zain memandang ke arah gadis yang telah merubah cucunya itu.

"Alhamdulillah. Terima kasih..." Ucap Tan Sri Zain kepada Dyan. Dyan sekadar memberikan senyuman manisnya.

Akhirnya amarah Tan Sri Zain terlerai. Hatinya lega sungguh. Dia keluar dari gedung The Royal Courts dengan perasaan senang dan gembira. Pemandu Tan Sri Zain hairan dengan perubahan air muka majikannya itu. Dia menoleh dari cermin pandang belakang. Tadi berkerut bukan main. Sekarang senyum sampai ke telinga pula? Pelik-pelik. Gumam si pemandu itu.

SYAM Shahmil bercekak pinggang. Dyan masih kaku berdiri. Dia tidak berani memandang majikannya itu. Alamak, alamak, alamak!

"Now what?" Soal Syam Shahmil kepada Dyan. Pintu pejabatnya ditutup rapat.

"My girlfriend? Kahwin?" Syam Shahmil geleng kepala. Walaupun gadis itu telah menyelamatkan keadaannya tadi, tetapi timbul pula keadaan yang bukan-bukan.

"Jawablah!" Tinggi suara Syam Shahmil. Dyan terkejut. Takut. Dia pun tak tahu nak cakap apa lagi.

"So-sorry bos..." Tergagap-gagap Dyan bercakap. Dyan menampar mulutnya. Lancang sahaja lidahnya bercakap tadi. Sekarang kaku habis.

"Kahwin ni serius tau tak? Kenapa you cakap macam tu, Kalau you dah tahu I ni macam mana? You sanggup dengan orang homo macam I? You rela? Atau you dah gila?" bertubi-tubi soalan Syam Shahmil. Dyan ketap bibir. Dia serba salah.

"Sa-saya cuma nak tolong..." Balas Dyan.

"Tolong kahwin dengan I? Jadi kambing hitam? Gila ke apa nak kahwin dengan orang yang tak ada perasaan pada perempuan!" Marah Syam Shahmil.

"Saya cuma nak tolong. Kalau bos tak suka. Saya akan jelaskan pada Tan Sri yang saya cuma terlepas cakap. Sebab nak tolong situasi bos tadi. Itu saja." Dyan terasa dengan kata-kata Syam Shahmil. Dia ingin keluar dari pejabat itu.

"Jangan!" Syam Shahmil menarik lengan baju Dyan.

"Kan bos tak suka. Jadi saya akan terangkan semula kepada Tan Sri." Dyan meminta dilepaskan.

"Kalau awak bagitahu datuk, nanti dia akan kena heart attack dengan kata-kata awak tu." Suara Syam Shahmil mula perlahan.

"Habis tu?" Soal Dyan. Dia takut juga kalau orang tua itu terus jatuh sakit mendengar penjelasannya nanti.

"You kena bertanggungjawab atas apa yang you cakap tadi." Syam Shahmil tersengih.

"Apa? Nak buat apa?" Dyan kerut dahi.

"You yang cakap nak kahwin dengan I, so you have to be my wife." Jawab Syam Shahmil. Dyan membulatkan matanya. Mulutnya melopong. Tidakk!!!???

😱😲😧😦😨👻👻

Are you smiling right now??
😃😊😄😅😀😁😂😉😆😍😜
Then please...
👇 Vote me⭐. TQ so so much 😘💞💞💞💞

Jatuh Cinta Dengan DiaWhere stories live. Discover now