Tan Sri Zain mengetapkan tangannya. Patutlah jika disuruh berjumpa dengan anak gadis dari kalangan kawannya, cucunya itu mengelak. Ini rupanya yang di sembunyikan Syam Shahmil kepadanya. Dia lantas mengambil kotnya dan mengarahkan pemandunya menuju ke gedung The Royal Courts!
PEKERJA-pekerja The Royal Courts sibuk hari itu. Menguruskan expo jualan murah harga kilang. Ramai pelanggan baru dan lama berkunjung melihat promosi-promosi yang di tawarkan. Mana tidaknya diskaun sebanyak 80% di tawarkan kepada barangan berharga tinggi.
Dyan menyusun dokumen pembelian dari pelanggan sebentar tadi. Nina pula sedang sibuk melayani pelanggannya.
"Hai, sweety...banyak ke kerja you?" Soal Lisa yang sedari tadi memerhatikan Dyan. Dyan buat-buat tidak dengar.
"Dyan..." Lisa menyentuh tangan Dyan. Cepat-cepat di tepisnya. Dia lantas meninggalkan Lisa tanpa sepatah kata. Baik jangan di layan!
PANG! Satu tamparan keras mengenai pipi kanan Syam Shahmil. Tan Sri Zain sudah tidak sabar lagi.
"Apa ni datuk?" Syam Shahmil menyentuh pipinya yang masih terasa kebas itu. Tan Sri Zain membuka kotnya. Kemudian di longgarkannya tali lehernya. Panas hatinya membara ke seluruh anggota badannya.
"Apa sebenarnya yang kamu sembunyikan dari datuk selama kamu belajar di luar negara?" Soal Tan Sri Zain bercekak pinggang. Suaranya meninggi, sehingga setiausaha Syam Shahmil di luar terdengar pekikan Tan Sri Zain. Raden merapatkan telinganya ke dinding.
"Apa? Shah tak faham?" Syam Shahmil binggung. Datang-datang terus kena serang!
"Kamu fikir, kamu boleh sembunyikan masalah ini lama-lama?" Teriak Tan Sri Zain lagi.
"Sampai hati kamu ada hubungan dengan kaum sejenis! Sudah tak waras lagi? Dah tak tahu agama?" Marah Tan Sri Zain.
"Patutlah bila datuk suruh kamu blind date dengan anak gadis kenalan datuk, kamu mengelak! Sebab kamu memang tak minat pada perempuan!?" Tegas suara Tan Sri Zain. Syam Shahmil terdiam. Dari mana datuknya ini tahu, dia tidak pasti. Yang pasti perasaannya sebal. Malu. Semuanya bercampur aduk.
"Shah minta maaf datuk. Tapi Shah tak macam tu lagi. Shah dah berubah." Ucap Syam Shahmil dengan perlahan. Tan Sri Zain membulatkan matanya.
"Kamu mengaku?" Tan Sri Zain memandang tepat kepada cucunya itu. Syam Shahmil mengangguk lemah.
"Astagfirullah al azim. Apa silap datuk dan papa kamu membesarkan kamu jadi macam ini? Kenapa kamu jadi macam ini?" Tan Sri Zain mengurut dadanya.
RADEN yang terdengar perbualan itu dari luar menutup mulutnya yang telopong. Ini ke rahsia bosnya itu!
"Encik Raden...Oh Encik Raden. Bos ada di dalam ke?" Soal Dyan yang baru naik ke pejabat itu. Tujuannya ingin menghantar senarai barangan expo hari ini. Raden menarik tangan Dyan dan menyuruhnya senyap.
"Kenapa?" Dyan kerutkan dahinya. Raden menyuruhnya mendengar perbualan bosnya dengan Tan Sri Zain.
"Itu dulu datuk. Shah dulu mentah tak tahu apa-apa. Sekarang ini, Shah dah tak buat lagi hubungan sejenis tu. Shah dah berubah. Sumpah!" Syam Shahmil menjelaskan dirinya.
Dyan yang baru mendengar perbualan itu juga turut terkejut. Betullah apa yang difikirkannya selama ini. Bos jenis homo?!
"Datuk cukup malu dan kecewa dengan perangai kamu ini. Mana nak letak muka ini kalau semua orang tahu? Jatuh maruah keluarga jika perkara ini di ketahui umum. Habislah empayar syarikat yang gah ini. Malu besar datuk!"
"Datuk nak kamu resign dari sini. Kamu tak layak jadi pemimpin syarikat ini. dan kamu juga tak layak jadi pewaris datuk." Ucap Tan Sri Zain lagi. Syam Shahmil terkejut dengan ungkapan itu. Sampai hati datuknya membuang dirinya. Masalah besar ni. Fikir Dyan.
Tan Sri Zain membuka pintu pejabat Syam Shahmil. Tidak semena-mena Raden dan Dyan yang menyandar pada pintu tersungkur ke dalam.
"Ma--Maaf Tan Sri..." ucap Raden. Dyan bangun membetulkan tudung dan kaca matanya.
"Kamu pun ada hubungan juga dengan bos kamu?" Soal Tan Sri Zain kepada Raden yang nampak lurus bendul itu. Raden mengeleng laju.
"Saya..er...saya girlfriend bos." Dyan tiba-tiba mengaku. Tan Sri Zain dan Raden lantas memandang ke arah gadis itu.
"Apa??"
😲😱😲😱💑💑!??
Thanks For reading...
Like it? Then, please do👇Vote me⭐. TQsm 😘💞💞
YOU ARE READING
Jatuh Cinta Dengan Dia
Storie d'amore[※Suami Jenis Homo?!] [※Cinta Teristimewa] Highest : # Wattpad Picks ; Senarai Cerita Istimewa (2018) #2 in ROMANCE (8/10/2017 | 23/9/2017) #3 in ROMANCE (13-14/Okt/2017) (3/9/2017) & (19/9/2017) (26-28/9/2017) ❅SilauunPurii First Romance ※ The Best...