" Genting?" Nina membulatkan matanya. Raden mengangguk.
Dua keping tiket yang di berikan oleh Syam Shahmil kepadanya di tunjukkan kepada Nina. Dyan sudah tersenyum-senyum dari jauh mendengar ajakan Raden kepada Nina itu.
" Taknak lah. I busy, tiap hujung minggu nak jumpa anak-anak buah I." Nina menolak lembut.
" Ye ke? Kalau macam tu nak ajak siapa?" Raden sedikit hampa.
" Alaa...jomlah Nina. Aku pun dengan bos pergi sana. Jomlah. Okay? okay?" Dyan memujuk dari jauh. Orang dah atur baik-baik, si Nina tak ambil kisah pula. Kesian si Raden.
" Ooh...berempat? Ingatkan berdua." Nina menjeling Dyan yang tersengih dari jauh itu. Ini memang kerja sahabatnya yang nak kenen-kenenkan dirinya dan Raden, setiausaha suami Dyan itu.
" Hmm...yelah...aku ikut." Nina mengambil sekeping tiket Genting Highland dari tangan Raden. Raden tersenyum.
" Betul ke?" Soal Raden. Nina mengangguk lantas menuju ke arah Dyan. Lalu di tepuknya punggung sahabatnya itu. Dyan ketawa mengejek.
**************
SAMPAI sahaja di taman tema Genting Highland pagi itu, Dyan terus mengajak suaminya, Nina dan Raden mencari kawasan roller coaster. Memang itu yang di idam-idamkannya dari dulu. Merasai pengalaman kelajuan kenderaan yang turun naik coaster yang di sediakan."Cepatlah! Dah banyak orang ni..." Dyan semakin tidak sabar. Tangan Syam Shahmil di tariknya.
" Sabarlah...kita tunggu Raden kejap. Dia nak pergi tandas." Balas Syam Shahmil.
Raden yang berdarah gemuruh itu sudah menghilang di sebalik keramaian orang. Nina berpeluk tubuh memerhatikan Raden. Tak macho langsung si Raden ni. Memang lembik! Bisik hatinya.
" Nina, cakap taknak ikut. Ni pakai cantik-cantik kenapa?" Dyan mengusik pula sahabatnya yang memakai pakaian lebih anggun dari biasa. Dia yang tidak berhijab, bertaucang lekat. Sweaternya panjang paras pinggang. Dengan seluar straight. Memang boyfriend favourite pakaian Nina hari ini.
" Eh? Mana ada...biasa je pun." Balas Nina. Kekok dengan teguran Dyan itu.
" Nak malu-malu konon! Kau janganlah jual mahal dekat si Raden tu. Kesian dia..." Bisik Dyan lagi. Nina berasa geram. Terus di cubitnya pinggang Dyan.
" Aduh! Sakitlah!" Dyan mengaduh. Syam Shahmil yang tidak mendengar perbualan mereka itu berasa hairan.
" Kenapa?" Soalnya kepada Dyan. Dyan mengeleng.
" Bos, bini bos ni mengada-ngadalah. Cuba bos cium mulut dia tu sekarang! Suka cakap bukan-bukan saja dia tu!" Nina mengadu. Dyan mencebik.
" Ooh...boleh je kalau you tak kisah nak tengok-tengok!" Balas Syam Shahmil selamba.
Dyan mengerling suaminya. Jangan nak macam-macam!
Nina ketawa besar. Memang bosnya itu sudah jatuh cinta dengan sahabatnya, Dyan. Mana lagi Dyan nak mengelak?
Beberapa minit menunggu, Raden akhirnya muncul. Mereka kemudian berbaris menunggu giliran menaiki roller coaster terhebat idaman Dyan itu.
Selepas menaiki roller coaster, mereka mencuba lagi permainan lain yang di sediakan oleh taman tema itu. Seperti; Sky Venture, Splash pool, Haunted Adventure dan banyak lagi.
Sepanjang hari di taman tema itu, suka-suka sahaja Syam Shahmil memeluk pinggang Dyan.
Nina memerhati dengan senang hati. Pandailah si Dyan tak nak mengaku, padahal dia pun suka! Bisik hatinya. Nina tersenyum. Mudah-mudahan kawan baiknya ini akan sentiasa bahagia.
YOU ARE READING
Jatuh Cinta Dengan Dia
Romance[※Suami Jenis Homo?!] [※Cinta Teristimewa] Highest : # Wattpad Picks ; Senarai Cerita Istimewa (2018) #2 in ROMANCE (8/10/2017 | 23/9/2017) #3 in ROMANCE (13-14/Okt/2017) (3/9/2017) & (19/9/2017) (26-28/9/2017) ❅SilauunPurii First Romance ※ The Best...