Bab 8: Secret Confession

15.9K 746 45
                                    

"Dyan..." Lisa mengenggam erat kedua tangan Dyan saat hanya tinggal mereka berdua sahaja di bilik loker pekerja itu. Lisa kemudian memeluk Dyan dengan air matanya yang menitis di pipi.

"Kenapa ini? What's wrong?" Soal Dyan. Hairan dengan tingkah Lisa.

"Dyan. I dah tak tahan lagi ni." Bisik Lisa ketelinga Dyan.

"Why? Ada sesiapa buat kau sedih ke? Ceritalah." Dyan cuba menenangkan Lisa. Lisa masih memeluknya.

"Dyan. Semalam I tak boleh tidur. I terfikirkan seseorang." Ucap Lisa dengan suara lunak dan manja.

"So? You tak call dia?" Soal Dyan. Pelukan Lisa dilepaskannya. Terasa rimas pula Dyan.

"I ada sms. Tapi dia balas sekali je. Lepas tu I tak berani nak Sms lagi." Rungut Lisa lagi.

"Kenapa? Dia marah you sms dia?"

"Taklah. Tapi...Dyan ...sebenarnya I...I..." Lisa tergagap-gagap ingin mengucapkan sesuatu.

"Kenapa? Cakaplah." Pinta Dyan. Dia cuba ingin memahami gadis itu.

"I miss you so much semalam. I tak boleh tidur." Balas Lisa malu-malu kucing. Berderau darah Dyan mendengarnya.

"I ke buat you menangis ni?" Soal Dyan tidak percaya. Unbelievable. Lisa mengangguk. Dyan lantas keluar dari bilik loker pekerja itu. Bahaya ni. Bahaya!

"Dyan...you tak rindukan I ke? I tak boleh tidur tau tak. Balik-balik I nak call you...tapi..." Lisa mengejar Dyan. Dia sempat mencapai tangan Dyan.

"Lepaslah. Lisa I think you misunderstood me. I anggap you sebagai kawan biasa saja. Not this." Dyan meronta-ronta tangannya di lepaskan.

"Dyan...dengarlah dulu luahan hati I ni. Please. I love you, okay. More than a friend. More than I loved men." Rayu Lisa dengan manjanya.

"Lisa. Tolonglah lepaskan tangan I. I taknak hubungan sesat. I masih waras tau tak." Dyan menjelaskan dirinya.

"I faham. Mula-mula I pun takut. Tapi lama-lama I mula nampak you saja. Please be mine, okay?" Pinta Lisa lagi. Melampau.

Seketika kemudian Syam Shahmil melalui kawasan bilik loker pekerjanya. Dia terserempak dengan dua gadis yang sedang berpegang tangan itu. Dia lantas bediri di sebalik dinding melindungi dirinya. Eh buat apa aku nak menyorok ni?

"Dyan...please...mula-mula memanglah pelik. Tapi loves have no boundries, kan. We can love anyone, even towards same gander. Benda ni dah biasalah kat mana-mana negara." Pujuk rayu Lisa lagi. Syam Shahmil menutup mulutnya. Melopong dia mendengar kata-kata gadis itu.

"Itu negara lain. Orang tak Islam. I tak samalah dengan diorang tu. I anggap you semua kawan perempuan biasa saja. Sebab tu I tak kisah you nak dekat-dekat dengan I. Tapi ni dah jadi lain. Lisa, I nak hormat you as my friend. Kalau you paksa-paksa macam ni, I takut I akan benci tengok you." Ugut Dyan dengan cara baik. Dia harap Lisa faham.

"Makin you menolak. Makin I nak test you. I tak akan mengalah." Lisa semakin berani. Dia mencuba mendekatkan wajahnya ke wajah Dyan.

"Lisa, please stop this!" Marah Dyan. Tangan Lisa semakin melekap di pipinya. Dia merenung bibir comel Dyan. No!! Jerit Dyan dalam hatinya.

"Stop this girls! Bila pula I benarkan you buat benda tak senonoh dalam gudang I ni?" Suara Syam Shahmil menyelamatkan Dyan dari menjadi mangsa cumbuan Lisa. Lisa lantas melepaskan tangannya dari tubuh Dyan.

"You, bukan I suruh you naik atas jumpa I? Kenapa tak naik-naik? Sampai I pulak turun bawah cari you?" Sengaja Syam Shahmil berbohong. Dia sudah nampak muka pucat Dyan tadi.

Dyan lantas melarikan diri di belakang Syam Shahmil. Tangannya mencubit baju kemeja lelaki itu. Meminta bantuan dengan isyarat.

"Naik office sekarang." Tegas Suara Syam Shahmil. Dyan dengan pantas mengekori majikannya itu. Lisa mengigit bibir. Sikit sahaja lagi. Dia menjelingkan matanya ke arah majikannya dan Dyan yang sedang menaiki tangga itu.

"Kali ini I tak sempat tak apa. Next time ada lagi." Lisa tidak putus asa.

😟😱😘😚😭

Thanks for reading.
If you like it. Please do...
👇 Vote me⭐. TQvm 😘💞

Jatuh Cinta Dengan DiaWhere stories live. Discover now