Tok, tok!
"Come in," suara Syam Shahmil dari dalam mengarahkan Dyan untuk masuk.
Dyan masuk dan menghulurkan fail yang di pinta.
"Nina, macam mana sales bulan lepas, profit? loss?" tanya Syam Shahmil tanpa melihat fail dan wajah pekerjanya. Tangannya masih ligat menaip sesuatu pada komputer di hadapannya.
Dyan mencebik bibir. Nampak sangat tak ambil peduli hal pekerja. Nama pun tak kenal. Huh!
"Alhamdulillah sales ada peningkatan. Terutamanya Set sofa jenis denim dan Cupboard sudut" jawab Dyan.
Syam Shahmil mengangkat muka. Alhamdulillah? Bila pula si Nina berambut perang ni berubah?
"Eh ... sorry you're not Nina, kan?" tanyanya apabila melihat gadis yang bertudung bawal dan memakai kaca mata itu.
Dyan mengangguk.
"Saya Dyan. Kawan Nina. Saya dah berkerja lebih setahun di sini." balas Dyan memperkenalkan dirinya.
"Tak kisahlah berapa lama you dah kerja. But where is Nina?" perlilah tu, mentang-mentang aku tak kenal kau. Getus Syam Shahmil di dalam hati.
"Nina ada customer. Lagipun Raden cakap tadi 'anyone'. So, Nina suruhlah saya naik." balas Dyan. Kalau nak jumpa Nina sebutlah awal-awal. Omel Dyan.
"It's Okay. So, you cakap sales set Sofa jenis denim and cupboard meningkat? Itu aje ke?" tanya Syam Shahmil serius.
"Semua produk meningkat, cuma yang paling ketara dua produk ini sahaja. All the details inside that file." Dyan menunjukkan fail yang dihulurnya tadi.
"Okay then, thank you. You may continue your work." ucap Syam Shahmil. Dia lantas pegun semula di hadapan komputernya.
Dyan berundur dan keluar dari pejabat bos mereka itu.
"Apa dia cakap?" tanya Raden yang berada tidak jauh dari pintu pejabat Syam Shahmil.
"Nothing. Cuma, you're not Nina." balas Dyan sambil mengaju cakap Syam Shahmil.
Raden tertawa. Tapi tiba-tiba tawanya terhenti.
"Okay then, thank you. You may continue your work." Sambung Dyan lagi. Tanpa dia sedari sepasang anak mata dan telinga Syam Shahmil mendengar ajukannya itu.
Syam Shahmil yang ingin turun ke bawah terhenti mendengar kata ajukan pekerjanya itu.
Raden mengetap bibir. Habislah.
"So, you're not going to work?" tanya Syam Shahmil serius.
Dyan terkejut beruk. Tidak sangka dia 'tertangkap' secepat ini. Mukanya yang tidak seberapa putih itu merah padam.
"I'm sorry ..." ucap Dyan perlahan. Tangan kananya memukul pipi sendiri.
"Kalau you rasa sorry dan tak ada kerja nak buat, ikut I jumpa client." arah Syam Shahmil. Dia menarik lengan gadis itu yang memakai baju korporat rasmi gedungnya.
"Tapi nak pergi mana?" tanya Dyan. Dia mencuba melepaskan gengaman lelaki itu.
"Ikut sahaja." balas Syam Shahmil.
Dyan menoleh ke arah Raden meminta jawapan. Malangnya lelaki itu sekadar menjongket bahu tanda tidak tahu. Dyan mengutuk dirinya sendiri kerana mempermainkan majikan mereka itu.
😘😘😘
Thanks for reading.
This is my second another story.
If you like it. Please
👇 Vote me⭐. TQvm 😘💞
YOU ARE READING
Jatuh Cinta Dengan Dia
Romance[※Suami Jenis Homo?!] [※Cinta Teristimewa] Highest : # Wattpad Picks ; Senarai Cerita Istimewa (2018) #2 in ROMANCE (8/10/2017 | 23/9/2017) #3 in ROMANCE (13-14/Okt/2017) (3/9/2017) & (19/9/2017) (26-28/9/2017) ❅SilauunPurii First Romance ※ The Best...