Bab 22: Honeymoon

18.3K 736 7
                                    

"HONEYMOON?!" Bulat mata Syam Shahmil dan Dyan mendengar ucapan dari Tan Sri Zain. Mereka ketika itu sedang makan malam bersama.

"Yelah...dah dua bulan kamu kahwin. Takkan tak pergi mana-mana, honeymoon." Balas Tan Sri Zain. Dyan menoleh kepada suaminya. Langsung mereka tidak memikirkan hal itu selama ini.

"Shah sibuklah datuk. Stok tahunan nak kira lagi. Sekarang penjualan dah makin meningkat. Takkan nak tinggalkan?" Syam Shahmil cuba beri alasan. Dyan mengangguk bersetuju.

"Tinggalkanlah dulu. Papa boleh tolong uruskan. Shah jangan risaulah. Lagipun kesianlah dengan Dyan. Dia pun mesti nak bercuti lama sikitkan." Kali ini papanya juga menyokong datuknya. Dyan rasa hendak geleng kepala saja.

"Semua kos pergi honeymoon datuk dah bayar dan book-kan. Kamu tinggal pergi sana saja." Bersungguh benar Tan Sri Zain ini.

"Nak pergi mana?" Soal Syam Shahmil. Dahinya berkerut-kerut.

"Tak jauh..Pulau Sipadan, Sabah. Ini tiket and particulars. Shah dan Dyan bersiap-siap minggu depan jalan. Take your time kat sana tau." Mahu tidak mahu Syam Shahmil mengambil juga kertas yang diberikan oleh datuknya itu. Dyan cuba mencubit paha Syam Shahmil tanda tidak setuju.

"Ouch!" Syam Shahmil buat tidak peduli isyarat isterinya itu.

****

"WAAHH...Cantiknya...cepatlah sikit!" Dyan memangil-manggil Syam Shahmil yang masih mengangkat bagasi mereka itu daripada bot. Dia mencebik ke arah Dyan. Hari tu beria-ia memberontak tak nak pergi. Sekarang dah sampai nak orang cepat-cepat pula. Gumamnya.

"Dyan, you tariklah beg you ni. Berat sangatlah." Syam Shahmil meminta kepada isterinya itu yang sudah jauh berjalan di hujung jeti.

"Tak macholah awak ni. Beg isteri pun nak berkira." Dyan lantas menarik bagasinya sendiri. Syam Shahmil tergamam.

"Hah? What?" Aku pula yang tak macho? What does she mean?

Selesai sahaja mendapat kunci bilik penginapan, Dyan masuk dan membaringkan dirinya di atas katil empuk. Wah, selesanya, lembutnya. Senyum Dyan.

"You tidur atas sofakan. Katil ni I punya." Syam Shahmil membaringkan dirinya di sebelah Dyan. Dyan lantas bingkas bangkit.

"Apa ni? Katil kat rumah, awak punya. Bagilah saya pakai katil ni pulak." Dyan memprotes.

"Mana aci. Katil rumah you, dah you punya. Sakit tau tidur bawah." Syam Shahmil juga memprotes. Dia dan Dyan juga tidur berasingan di rumah keluarga Dyan pada waktu hujung minggu mereka ke sana.

"Awak lagi tak aci! Dalam seminggu lima hari awak tidur atas katil. Saya cuma dua malam saja." Balas Dyan lagi.

"Dalam perjanjian you, you minta I sediakan tilam. Tapi bila kita balik rumah family you, I kena tidur atas karpet je. Sakit tau tulang belakang I. Tak adil perjanjian you tu." Ujar Syam Shahmil lagi. Setiap hujung minggu, badannya akan merana tidur beralaskan karpet. Kesejukkan lantai pada waktu malam mencengkam setiap inci tubuhnya. Masuk angin terus tubuh badannya. Dyan memuncungkan bibirnya. Dengan perlahan-lahan dia turun ke katil dan meletakkan bagasinya berdekatan dengan sofa.

"Merajuk ke?" Soal Syam Shahmil yang melihat perubahan air muka Dyan itu. Dyan tidak menjawab. Dia mengambil handpone dan beberapa keping not di masukkan ke dalam poketnya. Pintu bilik di bukanya.

"Laa...merajuklah pulak. Dyan, tunggulah. Kita pergi sama-sama." Syam Shahmil memanggil isterinya yang sudah keluar itu. Dia lantas bangun dan mengambil handphone dan dompetnya.

"Dyan...tunggulah..." Panggilnya lagi setelah selesai mengunci pintu. Dyan tambah buat tidak tahu. Dia berjalan di sekitar pantai pulau itu. Suasana aman dan tenang dengan angin bertiupan mengindahkan pulau itu. Hilang terus tekanan hiruk pikuk dari kota. Suasana yang aman ini sesuai untuk percutian diri dan minda.

😊😇😊😇😊😇😊😇😎

# Nak yang something special happen?

# dah boleh jatuh cinta ke?

# tak sabar nak ending...kan

# Hehee...vote kan ya...

# Terima kasih.

Jatuh Cinta Dengan DiaWhere stories live. Discover now