Bab 47: The Wait

15.1K 547 14
                                    

" YOU cakap anything! So...." Pisau di tangan Ian mula dihayun tinggi.

" NO!!!" " ARGHHH!!!"

Dyan membuka matanya. Dadanya berdegup kencang. Namun dia tidak merasa kesakitan dari tikaman pisau! Dup! Dap! Dup! Dap! Dup! Dap! Dup! Dap! Dup! Dap!

Dalam masa yang singkat itu Syam Shahmil sempat menyelamatkan Dyan dari menjadi mangsa tikaman Ian!

" Awak!!!" Belakang Syam Shahmil sudah berdarah.

Ian mencabut pisau yang menikam Syam Shahmil dan lantas menikamnya sekali lagi!

Dua tikaman diterima oleh belakang Syam Shahmil! Darah semakin membuak keluar dari mulutnya.

" Sanggup you mati demi perempuan ni?" Marah Ian. Dia ingin membuat tikaman sekali lagi!

" JANGAN BERGERAK! Polis telah mengepung kawasan ini!" Serentak itu beberapa orang polis bersenjatakan pistol menuju ke arah Ian yang masih dengan pisaunya!

" Encik Ian, kami sudah mengesan pergerakkan encik beberapa hari ini! Encik akan ditahan atas siasatan pembunuhan di kelab malam, cubaan menculik serta mencederakan dua orang mangsa! Encik hanya dibenarkan berdiam diri sehingga kita kebalai untuk siasatan!" ujar salah seorang pegawai polis.

Ian cuba melepaskan dirinya. Namun polis tersebut sempat bergelut dan menangkap Ian!

Dyan tidak lagi peduli dengan polis-polis yang sedang bergelut menangkap Ian. Dyan mencepung tubuh Syam Shahmil yang penuh darah itu. Air matanya mengalir deras.

" Awak.. awak.. please bangun! Bangunlah!!" Dyan menjerit sekuat hati mengegarkan tubuh Syam Shahmil. Darah di mulutnya seakan air mengalir deras. Begitu juga tikaman dari belakangnya.

Dyan memeluk tubuh itu sekuat hati.

" Awak.. bangunlah!! Please jangan tinggalkan saya lagi. Please...Awak cakap awak akan tunggu saya kan? Sampai bila-bila pun awak akan tunggu kan? Bangunlah!! Kenapa awak ni?" air matanya mengalir laju.

Syam Shahmil masih kaku. Tiada sebarang perkataan keluar dari mulutnya. Dyan menangis sekuat hati!

********

" YA ALLAH, DYAN!!" Ibu Dyan segera mendapatkan anaknya di hospital. Dyan memeluk erat ibunya bersama tangisan yang tidak henti-henti. Apabila pelukannya dileraikan, tidak sanggup dia melihat keadaan pakaian Dyan yang agak carik-carik dan di penuhi darah! Sekali lagi dia memeluk anaknya yang telah ditemui itu.

" Ibu..." Dyan menangis semahu-mahunya.

Ayahnya juga yang turut berada di sana tidak sanggup melihat keadaan Dyan itu.

" Dyan, tukar baju dulu ya sayang.. Ibu temankan. Biar abah je tunggu doktor.." pujuk ibunya.

" Tak nak.. Dyan nak tunggu sini jugak." balas Dyan bersama esak tangisnya.

" Dyan, tak baik orang tengok Dyan macam ni. Dyan pergi tukar pakaian. Abah je tunggu di sini. Kejap lagi family Shah pun nak datang. Tukar baju tu dulu." pujuk ayahnya pula.

Dyan memandang dirinya yang kusut masai. Akhirnya dia mengangguk juga untuk menukar pakaian. Beberapa minit kemudian Dyan kembali ke hadapan dewan pembedahan.

" Sabar ya Dyan. Shah pasti akan selamat.." Pujuk Ibunya.

Dyan menyandarkan kepalanya di bahu ibunya. Air matanya mulai surut. Dia cuba mengumpul kekuatan untuk menerima apa sahaja keputusan dari doktor mengenai Syam Shahmil.

" Ya Allah Dyan.. kau okay?" Soal Nina yang baru sampai bersama Raden. Dyan memeluk pula sahabatnya itu.

" Sabar ya.. Bos pasti selamat. Dia kan kuat..." pujuk Nina pula. Dyan menahan tangis.

" Dyan! Macam mana dengan Shah?" soal papa Zahari yang kemudian tiba bersama Tan Sri Zain dan abang iparnya, Syah Redza.

" Sabarlah Encik Zahari.. Doktor belum keluar lagi." ayah Dyan menjawabkan soalan itu.

" Syukurlah Dyan dah selamat sekarang ni." ujar Tan Sri Zain.

Dyan lantas menyalami tangan tua itu. Mereka terus menunggu doktor yang merawat Syam Shahmil.

Beberapa orang doktor yang berlalu keluar dari dewan pembedahan itu bukanlah doktor yang merawat Syam Shahmil. Hampa di hati saat belum mengetahui apakah keadaan Syam Shahmil.

Masing-masing berdoa agar Syam Shahmil selamat. Terutamnya Dyan. Hatinya tidak putus-putus berdoa. Setiap kali air mata hendak mengalir, segera di seka. Dia harus kuatkan dirinya demi suami tercinta.

Setelah hampir dua jam menunggu, seorang lagi doktor keluar dari dewan pembedahan itu.

" Keluarga Encik Syam?" Soal doktor lelaki itu. Segera Zahari berdiri. Dyan mengangkat kepalanya.

" Ya, kami keluarga dia.." balas Zahari laju.

" Encik Syam sudah melepasi tahap kritikal dia. Bahagian tikamannya telah berjahit. Tinggal tunggu dia sedarkan diri lagi, sebab dia banyak sangat kehilangan darah tadi. Satu tikaman tepat di bawah jantungnya, dan satu lagi mengenai tulang rusuknya! Nasib baik tikaman itu tidak mengenai jantungnya. Dia dikira bertuah dapat dibawa segera kehospital! Kalau dia kehilangan lebih banyak darah tadi, mungkin peluang untuk dia selamat amatlah kurang." Terang doktor berbangsa India itu.

Kesemua mereka mula menarik nafas lega. Syukurlah.

" Boleh kami melawat dia?" Soal Dyan pula.

" Sekarang belum lagi. Dia masih dalam unit kawalan rapi selepas pembedahan. Selepas dua tiga jam, bila darah transfussion dia normal, kami akan pindahkan dia ke wad biasa." Jawab doktor itu lagi.

Dyan berasa hampa. Namun dia cuba bertahan. Dua tiga jam sahaja! Sabar. Bisik hatinya.

😥😧😨😦😱😳😵😰😩😝

# Thank you
# Comment
# Vote

Jatuh Cinta Dengan DiaWhere stories live. Discover now