Bab 25: My First Woman

17.6K 815 12
                                    

Malam itu Syam Shahmil masuk lambat-lambat ke bilik penginapan mereka. Rasa kekoknya menebal atas perbuatanya siang tadi. Apa lagi Dyan menolak dirinya sebanyak dua kali. Pasti Dyan akan berasa tidak selesa dengannya. Jam menunjukkan waktu 11:05 malam. Sudah lewat. Dyan sudah tidurkah?

Pintu di buka perlahan. Lampu masih terpasang. Dyan dilihatnya sedang tidur duduk di atas sofa. Dengan tudung dan sweater yang kemas terpakai. Hatinya berasa sayu melihat keadaan isterinya itu. Syam Shahmil menghampiri Dyan yang sedang tidur itu. Di renungnya wajah Dyan lama-lama. Kemudian dia mengeluh perlahan.

"Kenapalah awak terima saya jadi suami awak kalau saya tak boleh cintakan awak? I don't know if I'm in love with you now...because you are my first woman..." Ujarnya kepada Dyan yang sedang tidur lena itu.

Badan isterinya di angkat perlahan dan di letakkan perlahan di atas katil. Tudung dan sweater Dyan di biarkan terpakai. Syam Shahmil memegang janjinya kepada Dyan. Dia tidak akan menyentuh isterinya itu selagi mereka tidak bersedia dan saling mencintai. Dia kemudian masuk ke bilik air untuk mandi.

DYAN berdebar. Dia dengar apa yang dikatakan suaminya itu. Dia sedar dirinya di angkat ke atas katil. Dyan membuka matanya sedikit. Pintu bilik air di renung lama. Satu keluhan kecil terlepas. Dyan rasa bersalah. Dyan cepat-cepat menutup matanya semula apabila terdengar pintu itu terkuak. Selesai mandi dan berpakaian. Syam Shahmil menutup lampu bilik itu. Dia kemudian berbaring di atas sofa. Keluhan kecilnya terlepas sebelum mata terlelap. Begitu juga Dyan. Malam itu masing-masing tidur dengan perasaan yang terpendam. Tidak tahu bagaimana hendak diungkapkan.

************

Dyan menahan kerut di dahi. Tiba-tiba tidurnya jadi tidak selesa. Dia mengambil handphonenya melihat jam. Waktu 02:10 pagi. Tudung dan sweaternya yang masih tersarung di buka. Dia melangkah masuk ke bilik air. Perutnya di picit-picitkan. Aduhh...masa cuti ni lah nak datang penyakit ni. Bisiknya. Sudah lama dia tidak merasai sakit itu. Ingatkan sudah selesai. Rupanya pandai datang balik! Mahu tidak mahu Dyan melangkah ke arah sofa. Badan Syam Shahmil yang tidur lena digoyang perlahan.

"Awak...tolong saya..." Dyan mengejutkan dengan perlahan.

Syam Shahmil terusik. Dia yang sangat sensitif dengan bunyi-bunyian, mudah sahaja dibangunkan dari tidur. Dia memisat matanya. Dyan dilihatnya sedang berkerut-kerut memicit perutnya.

"Kenapa ni?" Soalnya. Dia bingkas duduk.

"Saya...seng..gu..gut..." Ucap Dyan lambat-lambat. Sungguh sakit perutnya ketika ini. Tambahan lagi, Dyan langsung tidak makan malam tadi. Syam Shahmil memegang dahi Dyan. Sejuk saja. Apa yang sakit? Fikirnya.

"Saya sengugut...bukannya demam." Ucap Dyan perlahan, apabila suaminya itu merasai dahinya. Dahi Syam Shahmil berkerut? Tidak pernah dengar pula nama penyakit itu.

"Saya sengugutlah. Sebab period. Uzur. Datang bulan. Faham tak?" Ucap Dyan lagi.

"Jadi? Apa yang sakit sangat ni?" Soalan Syam Shahmil seperti orang bodoh.

"Perut saya. Dekat dalam rahim saya ni. Sakit gila...faham tak? Cramp sangat ni." Dyan berasa naik geram kepada suaminya itu. Syam Shahmil dengan spontan memegang perut Dyan. Dyan kaget lantas menampar tangan lelaki itu!

"Apa ni?" Marah Dyan.

"Habis tu? You nak I tolong apa? Manalah I tahu penyakit you ni." Balas Syam Shahmil. Dia kembali meletakkan tangannya pada perut Dyan. Kali ini Dyan biarkan sahaja. Dia tersedar, pasti suaminya yang hanya ada kawan lelaki itu tidak mengetahui masalah-masalah bulanan wanita.

"Ada tak minyak panas ke?" Soal Dyan.

"Ada...kejap..." Syam Shahmil lantas bangun menuju ke arah bagasinya. Minyak angin yang selalu digunakannya di keluarkan.

"You naik atas katil, I tolong urutkan." Arahnya kepada Dyan. Mahu tidak mahu, Dyan membaringkan dirinya di atas katil. Dengan sentuhan perlahan Syam Shahmil mengurutkan perut isterinya itu. Terasa lembut dan selesa sahaja apabila suaminya itu mengurutkannya. Terus hilang sakit sengugutnya.

"Dah ke?" Soal Syam Shahmil apabila melihat mata Dyan seakan tertutup. Dyan tidak menjawab. Dia sudah tertidur lena.

"Apalah...terus tidur pula?" Syam Shahmil menguap. Matanya juga terasa berat semula, dibangunkan pagi-pagi buta. Dia sudah malas berjalan ke arah sofa. Dia lantas berbaring sahaja di sisi Dyan. Tangannya melingkari pinggang isterinya itu. Pagi itu, buat pertama kalinya mereka tidur sekatil bersama. Masing-masing terlena dengan nyenyaknya.

 Masing-masing terlena dengan nyenyaknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

😏😜😉😆😊😇😅💏💑💞

# Dah mula sweet kan? Atau belum lagi?

# Wait for more. 'Kay 😘

# Tapi I tak berani nak tulis adengan berahi. Hahaa.

# Boleh move on juga ke para readers?

# Vote kan kalau okay...terima kasih..

Jatuh Cinta Dengan DiaWhere stories live. Discover now