Bab 7: Buckhet List

17.1K 729 10
                                    

Dyan mengirakan beberapa not RM50 dari simpanannya. Bayaran pinjaman PTPTN-nya sudah hampir lunas. Selepas bayarannya itu selesai dia berangan-angan untuk membuat passport dan melancong ke beberapa buah negara antaranya, Spain negara yang mempunyai sejarah pertembungan budaya. Negara Jepun, dia ingin melihat kemajuan berteknologi tinggi negara itu dan tidak lupa juga ke Makkah, impian bagi setiap muslim. Insya-Allah.

"Dyan. Aku dah masak ni. Kau tak nak makan ke?" Suara Nina dari arah dapur bergema di flat mereka.

"Ya. Kejap" Balas Dyan. Dia terus sahaja keluar menuju ke meja makan. Malam itu Nina masak masakan berat. Asam Pedas Ikan Tenggiri.

"Ahh...bertambah gemuklah aku dengan masakan sedap kau ni." Puji Dyan. Dia memang gemarkan apa sahaja masakan Nina. Dari beratnya  46 Kg tahun lalu, naik mendadak ke 57 Kg tahun ini. Semuanya kerana masakan sedap-sedap Nina.

"Makan sampai licin. Jangan tinggal tau." Ucap Nina. Dyan lantas mengaut nasi putih ke dalam pinggannya.

"Nina, Ptptn aku dah nak lunas. Aku tak sabar nak buat passport, travel around the world." Dyan membuka cerita. Sambil mulutnya mengunyahkan makanan.

"Iya ke? Baguslah tu. Akan tercapai juga angan-angan kau kan?" Balas Nina. Apa yang mengembirakan Dyan, dia juga turut tumpang gembira demi sahabat baiknya itu.

"Tak sabar pula nak ke luar negara. Buckhet list aku sebelum umur 30 sekurang-kurangnya aku dah pernah ke luar negara sekali." Ucap Dyan lagi.

"Okay lah tu. Umur pun dah masuk 27 kan? Aku ingat lagi Buckhet List kau yang lain. Ada boyfriend and falling in love sebelum 30. Hah? Mana nak cari?" Usik Nina. Dyan tersedak lalu mengambil air minum.

"Itu umur 29 baru aku carilah. Lama lagi." Balas Dyan tersedak-sedak.

"Laa...kalau cari sekarang pun okay apa? Manalah tahu boleh bawa honeymoon sekali." Nina masih terus mengusik Dyan.

"Banyak lagi buckhet list aku yang lain. Beli rumah, beli kereta, buka restoran dengan kau. Yang itu juga kau nak sebut." Geram Dyan. Nina ketawa terkekeh melihat muka Dyan yang merah padam. Usik sikit dah merah padam. Comel sangat si Dyan ini.

"Tadi Lisa ada SMS. Dia ajak keluar makan. Tapi aku balaslah yang kau dah masak. Jadi aku tak keluar." Ucap Dyan menukar topik perbualan.

"Kau jangan layan sangat si Lisa itu. Dia tu macam something wrong sikit." Balas Nina.

"Kenapa pula? Okay saja aku tengok dia tu." Pelik dengan amaran si Nina ni.

"Aku tak suka tengok dia peluk-peluk pinggang kau. Asal dekat kau je dia nak melekap. Mengalahkan belangkas tangan dia tu." Jelas Nina.

"Laa...biasalah, dia tu  memang manja sikit. Lagipun kan sama juga perempuan. Aku tak kisahlah." Balas Dyan. Asalkan bukan tangan lelaki, dia tidak kisah. Lagipun hanya peluk-peluk biasa. Bukan buka baju pun.

"Kau janganlah terlampau tak ambil kisah. Nanti orang lelaki ingat kau ni perempuan mudah saja. Boleh pegang sana sini. Ataupun nanti ada orang ingat kau ni lesbian pulak. Sakit hati aku tau tak." Marah Nina lagi.

"Kau janganlah risau. Dah banyak kali kau cakap. Aku tahulah. Si Lisa tu saja manja-manja adik je. Tak lebih pun." Balas Dyan lagi.

"Itu kau cakap. Diorang lain. Mana kau tahu." Nina masih tidak puas hati.

"My miss Nina. Look. Aku layan diorang macam kawan biasa saja. Takkan diorang nak 'girl crush' aku pula?" Jawab Dyan lagi.

Nina geleng kepala. Tidak tahu nak cakap apa lagi. Memanglah Dyan melayan budak-budak perempuan gudang itu seperti kawan biasa. Tetapi ada yang menaruh hati dalam diam. Zaman sekarang ini, memandangkan kaum lelaki semakin kurang. Ada juga kaum wanita yang memilih pasangan hati kaum sejenis. Dia takut Dyan menjadi mangsa. Kerana sesetengah wanita mempunyai emosi yang tinggi dan sanggup melakukan apa sahaja demi keinginan nafsu dan hati.

😇😆😍😜😘

Thanks for reading.
If you like it. Please do...
👇 Vote me⭐. TQvm 😘💞

Jatuh Cinta Dengan DiaWhere stories live. Discover now