Bab 24: I am Confuse

16.8K 752 3
                                    

🔞⚠ 💏💋

Dyan membulatkan matanya. Kehangatan bibir Syam Shahmil terasa lama pada bibirnya ketika ini. Dadanya berdegup kencang. Tanpa sengaja dia menolak tubuh suaminya itu. Mukanya merah padam.

"A..apa..a..wak..bu..at...ni?" Dyan tergagap-gagap. Syam Shahmil tidak menjawab. Dia membelai pipi Dyan dan mencumbuinya sekali lagi. Kali ini dengan lembut, penuh emosi dan kasih sayang. Sekali lagi Dyan menolak Syam Shahmil. Dyan lantas bangun dan masuk ke bilik air. Pintu dikunci rapat. Dyan memegang pipinya yang terasa panas. Jantungnya berdegup kencang. Keliru dengan perbuatan Syam Shahmil kepadanya.

Syam Shahmil menghela nafasnya. Dia meraup rambutnya ke belakang. Dia sendiri juga keliru dengan tindakan pantasnya tadi. Dia memerhatikan pintu bilik air yang terkunci rapat itu. Hampa juga rasa hatinya bila Dyan menolaknya dua kali tadi. Salahkah? Fikirnya.
Dia kemudian bangun dan berjalan keluar dari biliknya. Menyusuri pesisir pantai sambil menenangkan dirinya yang keliru.

Setelah lama duduk di dalam bilik air. Dyan membuka sedikit pintu bilik air tersebut. Dyan mencari-cari bayang Syam Shahmil. Tiada? Huh..lega rasa hatinya. Dyan lantas keluar dan membaringkan dirinya di atas katil. Bergolek ke kiri. Bergolek ke kanan. Hatinya bergolak seperti badannya yang ke sana dan ke sini.

SYAM Shahmil duduk memerhatikan dua orang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang sedang bermain membina istana pasir di tepi pantai. Tinggi sahaja istana itu, pasti akan runtuh apabila ombak membadainya. Namun kanak-kanak itu tidak berputus asa. Mereka tetap membinanya sekali lagi. Dan setiap kalinya juga apabila ombak naik, istana pasir itu runtuh. Dia tertawa sendiri memerhatikan kanak-kanak itu.

"Excuse me. You are Mil right? Syam Shahmil?" Tegur seseorang yang berdiri di sebelahnya. Syam Shahmil bangun berdiri. Dia tersenyum panjang melihat wajah itu.

"Andrew! What a coincidence..." Syam Shahmil menyalami kawan lamanya itu.

"Call me Aidil. I'm muslim now..." Ucap lelaki berbangsa cina itu.

"What? Really?" Syam Shahmil seakan tidak percaya.

"Betul. Alhamdulillah I sempat berubah dan bertaubat." Ucap Aidil mengangguk.

"Bila you masuk Islam? Dah lama ke?" Soal Syam Shahmil. Dia tertarik dengan luahan sahabat lamanya itu yang pernah tersesat juga seperti dirinya.

"Dah lebih dua tahun. Sejak I jumpa wife I lah..." Balas Aidil dengan senyumannya.

"You dah kahwin? Alhamdulillah...tak sangka jauh betul you berubah." Puji Syam Shahmil. Dari beragama Buddha, kini seorang muslim. Dari jenis gay, kini sudah beristeri. Hebat sungguh hidayah dari Allah S.W.T.

"Alhamdulillah." Aidil tidak henti-henti memuji yang Maha Esa.

"Selagi kita di beri peluang hidup, selagi itulah pintu taubat sentiasa terbuka. I betul-betul menyesali masa silam I. Tapi I taknak putus asa. Setiap kali selepas solat. I berdoa supaya dosa-dosa I yang lalu di ampunkannya. I nak hidup I sentiasa bahagia dengan isteri dan anak-anak. Itu doa I setiap hari." Luah Aidil panjang. Di dalam penyesalannya dia bersyukur kerana sempat bertaubat. Syam Shahmil mengangguk bersetuju. Malu juga dirinya mendengar kata-kata dari saudara baru itu.

"I dengar, you pun dah kahwin. Mana wife you?" Soal Aidil.

"Kat bilik...malas nak bawak keluar." Balasnya. Padahal hatinya sedang keliru.

"Laa, kenapa pula? Datang pulau cantik-cantik ni takkan nak simpan dalam bilik saja. Bawalah jalan-jalan. Kan lagi seronok kalau jalan berdua." Tegur Aidil lagi.

"Hmm... ada problem sikit. Sebab tu I keluar sorang-sorang." Jawab Syam Shahmil dengan helaan nafas yang berat.

"Kenapa? You tak berterus terang dengan wife you? Dia tak tahu masa silam you?" Aidil ingin tahu lagi.

"Bukanlah. Dia tahu siapa diri I dari awal lagi...dia tahu I jenis apa dulu...cuma...dia tak cintakan I je." Luah Syam Shahmil.

"Ooh...you pula? You tak cintakan dia?"

"Entahlah...I rasa malu nak cintakan dia. I sedar I ni macam mana dulu." Balas Syam Shahmil lagi. Perasaannya tersangatlah keliru saat ini.

"Kenapa pula? Isteri ni kan dah jodoh kita. Kenapa pula nak malu untuk cintakan dia? Sepatutnya you bersyukur. Dia dah terima you seadanya. Itu dah tanda kasih sayang dia kepada you." Nasihat Aidil. Syam Shahmil memandang sahabatnya itu.

"You pula macam mana?" Syam Shahmil ingin tahu kisah Aidil pula.

"I Alhamdulillah. Wife I pun dah tahu siapa diri I sebelum kami berkahwin. Dia sudi terima diri I yang jauh lebih tersesat dari you ni. Setiap hari dia berusaha untuk I berubah ke jalan yang benar, sehinggalah I tertarik dengan agama Islam." Jawab Aidil lagi. Tidak lama selepas itu datang seorang wanita bertudung labuh mendukung anak kecil menuju ke arah Aidil. Aidil mengambil anak kecilnya dari isterinya itu.

"Alhamdulillah, Inilah permata hati I sekarang. Hadiah bagi segala usaha perubahan yang I lakukan." Ucap Aidil sambil memperkenalkan anak perempuannya yang berusia 5 bulan itu. Syam Shahmil tersenyum. Alhamdulillah. Indah sungguh aturan Allah S.W.T.

"I harap you pun akan bahagia juga dengan isteri you suatu hari nanti. Take your time. Tapi jangan lama sangat pula. Kesianlah isteri yang menunggu tu." Nasihat Aidil lagi sebelum meninggalkan Syam Shahmil di pantai itu. Syam Shahmil memerhatikan pasangan itu. Hatinya kini tenang selepas apa yang dikatakan oleh sahabatnya itu. Insya-Allah dia akan cuba. Bisik hatinya.

😍😘😣😊😇😉😆👦👶👲👳

# Hahaa...ok tak cameo dari Aidil ni?

# Tak sabar nak fall in love kan Dyan & Shah. Eh? Dah in love ke ni?

# I'm still learning to write.

# the words by Aidil based on beberapa bacaan dari media sosial. Fb, tweet, n some of wattpad story. I'm not plagiat the words, but I arrange it suitable for my story line.

# komen kalau tak best.

# Terima kasih. 😊

# Vote. Vote. Vote. 👇👇👇👇
⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐

Jatuh Cinta Dengan DiaWhere stories live. Discover now