Tan Sri Zain geleng kepala. Zahari meraup mukanya. Syam Shahmil duduk bertunduk.
"Apa yang kamu buat ni Shah? Awal-awal lagi nak sakitkan isteri?" Marah Tan Sri Zain.
Dyan digegaskan ke klinik pakar. Mata kanannya sudah bengkak selepas contact lensnya terlepas ke bahagian dalam bola mata semasa Syam Shahmil menolaknya ke kolam.Langsung Dyan tidak dapat membuka matanya tadi. Dyan terpaksa menjalani pembedahan mata untuk mengeluarkan benda asing itu. Sudah sejam mereka menunggu Dyan di klinik pakar mata itu.
"Doktor macam mana menantu saya?" Soal Zahari setelah melihat seorang doktor dan nurse keluar dari bilik bedah mata itu.
"Buat masa ini, matanya masih bengkak. Mungkin ada jangkitan semasa dia mengosok matanya. Jadi mungkin mata kanannya akan agak lebih rabun dari mata kirinya." Ucap Doktor tersebut. Syam Shahmil menghela nafas lega. Begitu juga Tan Sri Zain dan Zahari.
"Lain kali jangan suka-suka main kasar dengan isteri. Nasib baik tak apa-apa sangat. Kalau jadi buta macam mana?" Tegur Tan Sri Zain lagi. Syam Shahmil masih membisu. Dia benar-benar rasa bersalah. Kalaulah dia tidak bergurau secara kasar tadi. Syam Shahmil melangkah masuk ke dalam wad isterinya. Mata kanan Dyan bertampal dengan bandages.
"Awak, saya laparlah..." rungut gadis itu. Seperti tiada marah kepada dirinya yang menyebabkan dia jadi begitu. Syam Shahmil makin serba salah.
"Awak nak makan apa? Saya pergi belikan." Soalnya perlahan.
"Nasi goreng USA, udang, sotong, ayam. Awak tahukan?" Balas Dyan dengan matanya umpama lanun itu.
"Ayam, seafood, awak tak boleh makan lagi. Doktor tak bagi. Nanti bengkak lambat surut." Jelas Syam Shahmil. Maklumat itu diterimanya semasa mengambil ubat-ubat untuk Dyan tadi.
"Hmmm....nak makan apa ya? Awak dah makan?" Soal Dyan pula. Syam Shahmil mengeleng. Dia tidak sempat mengisi perut ketika menunggu surgery Dyan selesai.
"Kalau macam tu awak beli untuk awak sekali. Kita makan sama-sama ya. Beli apa-apalah yang saya boleh makan. Tak kisah apa." Dyan menyuruh suaminya itu. Syam Shahmil mengangguk.
"Yelah. Awak tunggu kejap. Nanti saya datang bawa makanan." Syam Shahmil kemudiannya keluar dari wad Dyan. Dyan juga berasa bersalah kepada suaminya itu. Dia terdengar marah Tan Sri Zain kepda Syam Shahmil dari luar. Salah dia juga sebenarnya yang menolak Syam Shahmil mula-mula.
SYAM SHAHMIL memilih makanan di kaunter. Setelah lama memerhatikan menu, Syam Shahmil membuat pesanan beef stew dan steak. Bukan dari daging ayam ataupun seafood. Dia kemudian mengambil nombor pesanannya dan menunggu di meja food court.
"Hai darling." Tegur satu suara kacak. Syam Shahmil melihat sekilas dan menjelingkan matanya.
"Kenapa you sorang-sorang? Mana wife you? Dah bosan ke?" Soal Ian terus terang. Dia mengambil kerusi dihadapan Syam Shahmil.
"I dah bosan dengan you. So get lost!" Balas Syam Shahmil.
"Apa ni? I nak lepas rindu pun you marah-marah." Ian dengan suara manjanya. Jari jemarinya menyentuh tangan Syam Shahmil.
"Don't touch me, okay!" marah Syam Shahmil lantas berdiri dan menunggu pesananya di tempat lain. Sombong konon, bisik hati Ian.
"LAMBATNYA...saya dah lapar ni." Dyan memerhati Syam Shahmil yang baru sampai dari membeli makanan.
"Sabarlah, banyak orang tadi, lagipun order you pun special, sebab tu lambat." Jawab Syam Shahmil sambil menyusun makanan tersebut. Satu persatu.
"Nah..." Dyan menyuapkan sup beef stew kepada suaminya. Syam Shahmil terasa pelik, tetapi dihirupnya juga.
"Saya minta maaf kat awak. Sebab tolak awak masuk kolam tadi. Ketawakan awak. Lepas tu ada jeling awak. Sebab tulah mata saya jadi macam ni sekarang. Sebab saya berdosa dengan awak." Ucap Dyan dengan penuh serba salah. Syam Shahmil melepaskan sudunya.
"Saya yang patut minta maaf. Sebab saya pun bergurau kasar dengan awak." Tangan Dyan digengam. Rasa serba salahnya surut melihat Dyan yang tersenyum padanya.
"Dah macam kapten lanun lah pulak muka you ni." Usik Syam Shahmil. Dyan tertawa. Dia bersyukur mereka boleh bertolak ansur dan berbicang cara baik. Harapanya hubungan mereka akan terus berkembang selepas ini.
😘💞😍💑💑👫👫💘
# Sweet tak? Boleh fall in love dah ke?
# Komen kalau tak best...
# Kalau best, vote kn every chapter... Hihii...
# New Chapter will update very soon. Sebb admin pun minat dgn Dyan & Shah ni. Tak sabar nak ending. Tapi tulah...nak jugak idea dari komen-komen. Boleh ke? Hehee...
YOU ARE READING
Jatuh Cinta Dengan Dia
Romans[※Suami Jenis Homo?!] [※Cinta Teristimewa] Highest : # Wattpad Picks ; Senarai Cerita Istimewa (2018) #2 in ROMANCE (8/10/2017 | 23/9/2017) #3 in ROMANCE (13-14/Okt/2017) (3/9/2017) & (19/9/2017) (26-28/9/2017) ❅SilauunPurii First Romance ※ The Best...