Dyan berjalan-jalan di sekitar pantai Pulau Simpadan itu. Sebal hatinya dengan sikap Syam Shahmil yang tidak mahu mengalah. Sesekali dirinya harus juga nak tunjuk manja. Tapi lain pula yang jadi! Dyan lantas merajukkan diri. Biarlah nak kata apa pun. Fikirnya.
"Dyan, lajunya you jalan. Tunggulah I..." Syam Shahmil memanggil di belakang. Dyan masih buat tak dengar.
"Dyan...apa you ni! Itu pun nak merajuk ke?" Syam Shahmil sudah beriringan dengannya. Dyan menghela nafas kasar. Mengeluh.
"Awak bukan kisah pun kalau saya nak merajuk!" Dyan memuncungkan bibirnya.
"Kalau I tak kisah, I tak kejar you. Baik I jalan sorang-sorang macam orang bujang." Balasnya sambil tersengih kerang busuk.
"Silakanlah Encik. Saya tak kenal pun awak siapa..." Dyan tidak mahu mengalah. Dyan mempercepat langkahnya.
"Hmm...nak pergi makan seafoodlah. Dengar-dengar makanan laut kat sini semuanya fresh from the ocean. Kalau makan sorang-sorang pun sedap. Puas lagi." Syam Shahmil cuba memancing isterinya yang merajuk itu. Dia tahu kegemaran Dyan. Makan.
Dyan angkat kening. Langkahnya terhenti. Dia berpusing semula ke arah Syam Shahmil sambil tersengih lebih dari kerang busuk.
"Aawaakk~, jom makan. Saya dah laparlah. Dari turun flight kita tak makan kan, kan?" Dyan terpancing. Tanggannya sudah memeluk lenggan suaminya. Syam Shahmil tersenyum. Dapat pun.
"Eh? Kenal ke?" Usiknya lagi. Dyan tersenyum-senyum kambing. Mereka kemudian beriringan menuju ke restoran makanan laut di pulau penginapan itu. Sememangnya, makanan lautnya segar-segar. Harga berpatutan dengan kesegarannya. Memang puas hati. Terbaiklah.
"Eh, Dyan kan?" Sedang mereka makan seorang lelaki menegur Dyan. Dyan mengangkat mukanya dan melihat orang yang menegurinya itu.
"Encik Razif?" Soal Dyan.
"Ya, saya. Jadi betullah ni Dyan kan?" Ucap lelaki itu lagi. Dyan mengangguk dan tersenyum.
"Lamanya tak jumpa. Dyan apa khabar?" Soal Razif tanpa mempedulikan Syam Shahmil. Dia duduk di kerusi kosong bersebelahan dengan Dyan.
"Baik Alhamdulillah. Encik Razif pula?"
"Janganlah panggil encik-encik lagi. Panggil Razif sajalah."
"Oh...yalah..Encik...eh Razif je..." Dyan sedikit terkelu.
"Makin cantiklah Dyan sekarang ni. Berseri-seri." Razif memuji tanpa segan silu.
"Eh, mana ada, biasa-biasa sajalah" Dyan tersipu-sipu.
"Betullah. Saya tak bohong dengan orang cantik." Puji Razif lagi. Dyan terkekeh kecil.
"Ehem-ehem." Syam Shahmil sengaja berdehem keras. Tak nampak aku ke dia ni? Geram rasa hatinya. Suka-suka pula dia puji bini kita. Tahulah cantik, sebab apa? Sebab bini akulah.
"Ah, ni husband saya, Shah. Erm, ni bekas bos saya dulu, Razif." Dyan memperkenalkan lelaki berdua itu. 'Erm?'. Syam Shahmil bersalaman dengan Razif.
"Oh..husband Dyan ke. Ingatkan abang tadi." Razif sedikit kekok.
"Abanglah...abang sayang...kan sayang..." Sengaja Syam Shahmil berkata demikian. Dyan menjuih mulutnya. Err...? What?
"Jadi, Dyan tengah bercutilah ni. Bila sampai?" Soal Razif.
"Honeymoon. pagi tadi kami sampai." Syam Shahmil menjawabkan.
"Oh...tempat ni memang best untuk honeymoon." Razif sedikit terkesan dengan jawapan suami Dyan itu.
"Dyan, saya pergi dululah ya. Saya ada kerja kat sini. Kebetulan nampak awak pula. Enjoy your holiday. Bye.." Razif berdiri lantas meninggalkan pasangan itu.
"Kita orang tengah honeymoon-lah..bukan holiday.." Ucap Syam Shahmil selepas Razif berlalu. Dyan memandang muka suaminya itu.
"Apa ni? Tak sempat saya nak borak-borak dengan dia. Dahlah kami lama tak jumpa." Ucap Dyan dengan nada geram.
"Biarlah. Siapa suruh dia kacau honeymoon kita." Balas Syam Shahmil selamba.
"Honeymoon? Honeymoon tu untuk yang kahwin betul-betul sebab bercinta. Lama dah bercinta, bila dah kahwin, dah halal buatlah honeymoon. Kita tak, tak sama kan?" Balas Dyan geram. Syam Shahmil mengeluh.
"Apa bezanya? Diorang pun suami isteri juga macam kita."
"Bezanya, sebab kita tak mencintai antara satu sama lain. Dan awak kan...tak ada perasaan dengan
...pe-rem-pu-an..." Balas Dyan lagi.Syam Shahmil memasamkan mukanya. Dia lantas berdiri meninggalkan Dyan yang masih duduk di meja makan. Hatinya rasa terguris. Dia sedar siapa dirinya dahulu. Tetapi Dyan tidak sepatutnya berkata demikian kepadanya. Selama bersama Dyan, dia mula membukakan hatinya kepada perempuan. Dia tidak mahu terburu-buru. Tetapi oleh kerana Dyan menerima dirinya dengan seadanya dia cuba sedaya upaya merubah perasaannya ke seratus lapan puluh darjah.
"Awak, saya minta maaf..." Dyan menarik tanggannya dari belakang. Syam Shahmil rasa terguris. Dia melepaskan tangan isterinya lantas berjalan masuk ke dalam bilik penginapan.
Dyan menampar bibirnya sendiri. Celupar! Apa yang dikatanya tadi langsung tidak menghormati suaminya itu. Dyan masuk ke dalam bilik. Di lihatnya Syam Shahmil sedang berbaring di sofa dan menutup mukanya dengan tuala.
"Awak...saya minta maaf ya...saya tak sengaja cakap macam tu." Dyan mencuba memujuk. Syam Shahmil masih diam.
"Awak, janganlah macam ni. Saya minta maaf ya. Malam ni awak tidur atas katil. Saya tidur sini." Pujuknya lagi. Syam Shahmil seperti tidak menunjukkan tanda bergerak. Dyan berasa geram. Dia membuka tuala yang menutupi wajah suaminya itu. Mata Syam Shahmil tertutup rapat.
"Awak...saya betul-betul minta maaf ni. Janganlah macam ni. Saya menyesal ni." Dyan memujuk dan terus memujuk. Bosan menunggu reaksi suaminya, Dyan mendekatkan wajahnya kepada wajah suaminya itu. Dengan pantas dia mencium pipi Syam Shahmil!
"Kalau ya pun, tak payahlah curi-curi kiss pipi I..." Syam Shahmil bersuara. Dia tersenyum dan terus bangun, duduk berhadapan Dyan. Dyan jadi malu. Mukanya merah padam.
"Apa ni? Kalau awak sedar kenapa tak-" Cupp! Dyan terhenti bercakap. Bibir Syam Shahmil tepat bertaut pada bibirnya. Lama. Dada Dyan berdegup kencang. Dup! Dap! Dup! Dap! Dup! Dap!
😘💞😍🙈🙈💏💏💑😜💘💋
# Kyaaa....!!! Akhirnya terkeluar 🔞⚠ 💏 first kiss
# Suka tak...? 💞💞
# Razif sebagai cameo ja dalam bab ni. Saja nak kasi keluar jealous.
# thanks for reading...
# Vote. Vote. Vote. 👇👇👇
⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐
YOU ARE READING
Jatuh Cinta Dengan Dia
Romansa[※Suami Jenis Homo?!] [※Cinta Teristimewa] Highest : # Wattpad Picks ; Senarai Cerita Istimewa (2018) #2 in ROMANCE (8/10/2017 | 23/9/2017) #3 in ROMANCE (13-14/Okt/2017) (3/9/2017) & (19/9/2017) (26-28/9/2017) ❅SilauunPurii First Romance ※ The Best...