Bab 39: The Truth Unfold

14.5K 566 2
                                    

" Dyan.. Tolong I kejap." Pinta Syam Shahmil yang sedang membutangkan baju kemejanya itu.

" Kenapa?" Dyan yang baru hendak bertudung menuju ke arah suaminya.

" Tolong buatkan neck tie I ni. Dah lama I tak buat. Dah lupa." Selalunya Syam Shahmil memang jarang memakai neck tie.

Hari ini dia harus mengenakannya kerana terpaksa mengikuti mesyuarat pengarah bersama datuknya, Tan Sri Zain.

" Hmm.. Saya pun.. Tak tahu ni.." Balas Dyan sambil melilit-lilit tali leher itu di kolar baju Syam Shahmil.

" Alaa..you pakai tudung lilit-lilit jadi pun.. Try la buatkan I..." Pinta Syam Shahmil lagi.

" Ish! Saya cuba lah ni. Cuba awak tunduk sikit. Tinggi sangatlah! Tak sampai!" Ujar Dyan. Faham-fahamlah sikit ketinggian comelnya ini.

Syam Shahmil dengan segera menundukan dirinya hingga wajahnya begitu dekat dengan wajah Dyan. Dia mengambil kesempatan merenung tepat setiap inci wajah isterinya itu.

" Ish, apa ni?" Dyan tidak selesa dengan pandangan itu. Mukanya jadi merah menahan malu.

" You suruh I tunduk. I tunduk lah ni..." balas Syam Shahmil selamba. Senyum nakal terukir di bibir. Nampak sangat ke gabrahan isterinya itu.

" Pandang lain, boleh tak?" Arah Dyan tak tentu fasal.

" Mana? Bawah?" Sengaja Syam Shahmil mengusik ke kawasan seksi Dyan.

" Ish! Kalau awak nak main-main tak payahlah saya tolong!" Dyan lantas melepaskan tali leher dari tangannya. Meluat tengok senyum gatal itu!

" Kalau you merajuk, I cium you lama-lama..." Usiknya sambil memegang dagu Dyan memandangnya.

Dyan tanpa sengaja menyucuk luka pembedahan Appendix Syam Shahmil. Geram rasa hatinya! Saja nak cari pasal kan?

" Sakitlah! Sampai hati you."

" Orang cakap jangan main-main. Janganlah!" Dyan ketap bibir.

Syam Shahmil yang berasa sangat geram segera dia 'mendenda' Dyan. Dikucupnya lama-lama bibir isterinya itu. Biar Dyan tahu dia geram sangat-sangat!😍

********

ZAHARI meraup wajahnya ke belakang. Gambar-gambar yang baru di terimanya langsung tidak masuk di akalnya saat ini! Adakah dia harus percaya pada gambar yang baru di terimanya ini? Siapa yang menghantarkannya? Kenapa baru sekarang?

Dia perlukan penjelasan segera! Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Satu nombor tidak dikenali menghubunginya.

" Waalaikumusalam..." Sambutnya.

"Betul ke ni Encik Zahari? Kenapa kami tak tahu? Apa yang keluarga encik sembunyikan lagi daripada kami ni?" Suara besannya di hujung talian kedengaran begitu marah dan kecewa.

" Kenapa ni abah Dyan? Ada apa-apa masalah ke?" Soalnya dengan tenang.

"Masalahnya, betul ke Shah ni jenis homoseks? Kenapa baru sekarang ni kami tahu? Apa salah Dyan kena kahwin dengan orang jenis homo ni?" Jelas kekecewaan dari pertanyaan abah Dyan itu.

Zahari meraup rambutnya. Kaca matanya lantas dibuka, tangannya memicit-micit batang hidungnya.

" Saya.. Saya pun tak tahu lagi. Saya pun tak pasti lagi ni! Sekarang ni, diorang tengah bekerja. Tapi kalau betullah, saya tak akan teragak-agak hantar Dyan balik ke keluarganya semula." Balas Zahari dengan nada keras!

" Saya bukan apa encik Zahari, sebagai abah, saya nak yang terbaik untuk anak-anak! Tapi kalau Shah ni betul-betul lah homoseks, buat apa dia nak simpan Dyan? Baik diorang berpisah! Ramai lagi lelaki lain yang lebih layak menjadi suami Dyan!" Marah benar besannya mengetahui hal ini.

Apa lagi Zahari? Dia sendiri tidak tahu benar atau tidakkah maklumat ini?

" Abahnya Dyan, saya minta maaf. Saya akan segera bertanyakan hal ini bila diorang dah balik nanti. Saya harap keluarga encik bersabar." Zahari cuba menenangkan perasaan besannya itu.

" Baiklah. Kami akan tunggu. Tapi kalau lama sangat, saya sendiri akan datang ke sana ambil balik Dyan!" Ujar besannya lagi. Serentak itu talian dimatikan!

Zahari menghela nafas kasar. Dia sudah tidak sabar menunggu kepulangan mereka!

******

" Datuk, terima kasih sebab percayakan Shah." Ujar Syam Shahmil sesudah pulang dari mesyuarat penting itu.

" Datuk percaya Shah sebab memang Shah berkebolehan. Shah berbakat, dan boleh majukan empayar datuk ni. Sebab tu datuk percaya." Balas Tan Sri Zain sambil menepuk bahu cucunya itu.

Dyan yang mendegarnya mencebik.

" Eleh..sukalah tu kena puji-puji." Usik Dyan sengaja.

Tan Sri Zain tersenyum dengan usikan cucu menantunya itu.

" Biarlah! Dah I ni memang hebat, kan datuk?" Balas Syam Shahmil.

Tan Sri Zain mengangguk dan segera membawa keduanya masuk ke dalam rumah. Kalau dilayan manisnya mereka usik-mengusik di luar memang tak tahan manis!

" Shah, Dyan, Ayah.. Saya ada benda penting nak cakap sekarang ini!" Ujar Zahari sebaik tiga beranak itu masuk ke ruang tamu.

" Shah nak mandi kejaplah papa.. Penat lagi ni.." Balas Syam Shahmil dan ingin menuju ke arah tangga.

" Papa cakap sekarang! Now! Tak dengar ke?" Jerkahnya dengan kuat. Ketiga mereka terdiam lantas berhenti dari berjalan.

" Apa ni jerit-jerit? Malulah dengan Dyan!" Tegur Tan Sri Zain.

" Ayah tengok gambar-gambar ni! Ayah tengok siapa sebenarnya cucu ayah ini!" Zahari lantas menghulurkan sampul yang diterimanya tengah hari tadi.

Bulat mata Tan Sri Zain melihatnya, namun dia masih tenang. Syam Shahmil dan Dyan berpandangan.

" Ini kan kes lama. Tak payah nak ungkit-ungkit! Shah pun dah kahwin dah sekarang ni." Ucap Tan Sri Zain.

Zahari membulatkan matanya. Rasa marahnya makin menaik!

😖😔😪😌😭😰😤😡😬😕😈

# Thank you
# Comment
# Vote

Jatuh Cinta Dengan DiaWhere stories live. Discover now