Bab 37: Newborn

16K 635 3
                                    

" Ibu, abang Long call ni! Kak Long dah nak masuk dewan bersalin!"

Dyan cepat-cepat memanggil keluarganya yang sedang duduk di luar bersama Syam Shahmil.

" Ya ke? Alhamdulillah.. Jom kita ke hospital sekarang." Ajak ayah Dyan.

Kesemua mereka lantas bersiap menuju ke hospital tempat Kak Long Dyan melahirkan anak.

*******

" Alhamdulillah.. Anak perempuan abah." Ucap suami Kak Long sejurus mertuanya sampai ke hospital itu. Tangan mertuanya di salami.

" Alhamdulillah.. Setelah dua orang hero, akhirnya ada juga puteri." Ucap Ayah Dyan lagi.

" Masuklah...doktor dah benarkan pelawat.." ajaknya kepada mereka semua.

Kak Long dilihat sedang duduk bersandar sambil mengendong anak kecilnya itu. Sungguh mulus wajah si kecil yang sedang terlena itu. Tersentuh hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

"Kak Long okay?" Soal Dyan kepada satu-satunya kakaknya itu.

" Okay.. Dah tiga kali, tak kan tak okay pula.." Balasnya dengan suara lembut.

Dyan menghampiri si kecil. Kak Long lantas menghulurkan bayi perempuannya itu.

" Peganglah lama-lama.. Mana tahu lepas ni Dyan pula.." Usik kakaknya lagi.

Dyan tersenyum kepada bayi kecil itu lalu diciumnya pipi anak baru lahir itu berkali-kali. Bau pun sedap!

" Lepas ni bagi Shah pula.. Seronok tau dapat pegang baby newborn ni.." Ujar suami Kak Long pula. Syam Shahmil garu kepala.

" Tak beranilah.. Kecil sangat.. Nanti apa-apa pula.." Dia cuba menolak. Siapa tak takut? First time nampak newborn!

" Apa-apa, apa ni? Shah kenalah belajar. Nanti time Dyan macam mana?" Usik ayah Dyan pula.

Kak Long dan lainnya tersenyum. Dyan mengigit bibir mengeleng. Oh my family?!

" Cepatlah.. Lepas ni ibu pun nak pegang cucu baru ibu.." Ibu Dyan medesak.

Mahu tidak mahu Syam Shahmil mengambil anak kecil itu daripada tangan Dyan. Penuh berhati-hati. Gugup dan kaku.

Namun setelah melihat wajah comel si kecil, hatinya jadi tenang dan senang. Dia mencium pipi si kecil. Wangi. Lain dari yang lain bau si kecil itu. Hmm... macam ni ke perasaannya nanti? Fikirnya sendiri.

" Nah ibu, Shah takutlah lama-lama.." Syam Shahmil menghulurkan bayi kecil itu kepada ibu mertuanya, dengan penuh berhati-hati. Takut si kecil terjaga atau menangis pula.

" Laa...kejapnya..." Usik suami Kak Long.

Semua yang ada di wad itu tersenyum melihat gelagat Syam Shahmil yang nampak sangat gugupya. Dyan juga ketawa seakan mengejek dirinya.

*******

" Seronoknya you ketawakan I tadi kan?" Soal Syam Shahmil di dalam bilik, setelah mereka telah pulang dari hospital.

Dyan yang sedang menyangkut tudungnya ketawa semula mengingati kejadian tadi.

" Dah awak nampak sangat gugup dan takut saya ketawalah.." balasnya sambil tertawa kecil.

" Hmm.. Itu sebab anak orang, I takutlah.. Kalau anak I sendiri, tak kot..." ujarnya sambil melirik Dyan dari atas ke bawah.

" Ish...apa ni?" Marah Dyan melihat mata Syam Shahmil yang memandangnya itu.

" You tak nak ke macam Kak Long tu? Ada baby..." Soalnya berterus terang.

" Nantilah.. Saya belum bersedia. Lagipun saya belum ada perasaan lagi dengan awak.." Jawab Dyan selamba.

" Tak kan sikit pun you tak sayangkan I?" Soal Syam Shahmil tidak puas hati.

"Mana ada isteri tak sayangkan suami. Saya jaga awak minggu ni tanda sayanglah tu..." Jawab Dyan tidak pasti perasaan sebenarnya.

" So? You belum cintakan I lagi?"

" Entah..."

" Entah? Hmm...melepaslah I tiap-tiap malam tunggu you ni..." Ujar Syam Shahmil lalu menutup mukanya dengan selimut.

" Apa??" Dyan membulatkan matanya. Terus tidak jadi hendak naik tidur di atas katil.

" Tidurlah sini. Bukan I buat apa-apa pun. Dah you cakap you tak bersedia. I nak buat apa?" Ujar Syam Shahmil kembali.

Dyan menghela nafas lega. Dia tahu Syam Shahmil jenis yang pegang pada janji. Dyan lantas membaringkan dirinya di atas katil.

" Tapi sebelum tu..." Syam Shahmil lantas bangun semula dan mencium 💋 Dyan sekilas sebelum baring semula menutup mukanya.
Dyan tersenyum. Kalau setakat itu, dia tidak kisah.

Syam Shahmil tersenyum. Dia berdoa semoga Dyan cepat-cepat membuka hati kepada dirinya. Dan mengatakan cinta kepadanya. I love you so much, Dyan. Bisik hatinya sebelum terlena.

😘😍💏💑🙈🙊😹👴👵👶

# Sweet tak?

# Keep being sweet by reading and voting my sweet readers

# Thank you
# Comment
# Vote

😘💞💕💞💕💞💕💞💕💞💕

Jatuh Cinta Dengan DiaWhere stories live. Discover now