Bab 11: Our Secret

15.2K 711 8
                                    

Kereta BMW Syam Shahmil bergerak perlahan. Takut-takut si Dyan buat hal lagi malam-malam buta.

"You ada bercakap dengan sesiapa tak tadi?" Soal Syam Shahmil sambil mengerling Dyan yang duduk disebelahnya.

"Ada. Nama dia Ian. Bff bos kan?" Balas Dyan.

"No he's not." Jawab Syam Shahmil lancar. Bff? Never ever.

"Dia yang cakap tadi." Pelik. Dyan kerut dahi.

"Actually dia sama macam orang yang confess dekat you pagi tadi. LGBT, Gay." Luah Syam Shahmil.

"Hah? Nampak normal saja pun." Dyan seakan tidak percaya.

"Orang nampak normal macam tu lagi bahaya. Sebab tak nampak pun mana silapnya." Balas Syam Shahmil lagi. Dyan lantas menoleh ke arahnya. Di pandangnya dari atas ke bawah.

"Apa?" Syam Shahmil membentak. Tidak selesa dengan pandangan Dyan.

"Tak ada..." Jawab Dyan lantas mengalih pandangan ke arah jalan raya. Kalau betul apa yang di fikirnya. Dia berasa sedikit lega. Lega? Masya-Allah. Takkanlah bos nya ini pun sejenis jugak?

"Apa? Cakap ajelah." Syam Shahmil tidak puas hati dengan kebisuan Dyan. Pasti macam-macam yang ada difikiran gadis itu. Melihat dia berjumpa dengan ramai kenalan lelaki. Bermesra dengan mereka.

"Saya dengar apa yang salesgirl yang seorang tadi tu cakap kat you." Syam Shahmil berterus terang.

"Hah...? tak sangka dia girl crush pulak dengan saya. Saya layan diorang macam kawan biasa saja. Takut-takut." Balas Dyan. Meremang bulu romanya mengenangkan peristiwa tadi.

"Girl crush? Kenapa? Awak tak ada boyfriend? Kesiannya." Komen Syam Shahmil.

"Bos pun, kenapa asyik dengan boyfriend saja? Sebab tulah banyak orang salah faham dengan bos." Komen Dyan semula. Opps! Aku terlupa pula dia ni majikan aku. Alamak!

"Banyak? Nak buat macam mana, dalam family I semua lelaki. Sekolah pun mostly all boys school." Balas Syam Shahmil lagi.

"Ibu bos mana?" Dyan ingin tahu.

"Dah lama meninggal. Masa I baby lagi."

"I'm so sorry..." Dyan tampar mulutnya. Celupar! Dia mengerling majikannya itu.

"It's Okay. Benda dah lama. I tak terasa apa-apa pun." Balas Syam Shahmil. Suasana menjadi sunyi.

"You, tak rasa pelik ke dengan I?" Soal Syam Shahmil semula.

"Kenapa pula?"

"Yelah, tadi you cakap banyak orang salah faham sebab I selalu dengan boyfriend saja. You tak termasuk ke?" Syam Shahmil ingin tahu.

"Hmmm...jujurnya...ya..bos memang pelik." Dyan terus terang. Dah kena tanya. Jawab sajalah.

"Oh..." Syam Shahmil sedikit terkesan dengan pengakuan jujur itu.

"Sebab itulah saya berani ikut bos. Sebab bos takkan tertarik kot dengan perempuan." Tambah Dyan lagi.

"Hah? Well dengan you memang tak ada yang menarik pun. Apalah yang salesgirl tu pandang dekat you?" Balas Syam Shahmil. Suka-suka sahaja si Dyan ini mengatanya.

"That's mean. Sampai hati." Dyan mencebik mukanya.

"Betullah. I tak salah kot." Syam Shahmil mengetawakan Dyan. Beberapa minit kemudian, kereta BMW itu berhenti di bawah kawasan perumahan flat. Dyan lantas membuka pintu kereta majikannya itu.

"Terima kasih." Ucapnya.

"Sama-sama." Syam Shahmil lantas memusingkan sterring keretanya dan berlalu keluar dari kawasan perumahan itu. Tak sangka Dyan juga menjadi mangsa kepada hubungan sejenis sepertinya. Apalah yang orang-orang sejenis itu tertarik sesama kaum? Dia geleng kepala. Dunia semakin aneh.

😟😱😲😳😵

Thanks for reading.
Please do...
👇Vote me⭐. TQvm 😘💞

Jatuh Cinta Dengan DiaWhere stories live. Discover now