Bab 50: Special For You

22K 754 17
                                    

***Syam Shahmil hilang?!***

DYAN melihat jam dinding biliknya. Waktu menunjukkan jam 10:05 minit malam.

Anak kecilnya, Danya sudah tertidur lena sejak tadi. Mana pula dia ni? tak balik-balik lagi? Dah sesat ke? Kereta rosak? Takkan busy sangat?

Sejak kebelakangan ini, suaminya itu mula pulang lewat ke rumah. Rasa marah bercampur risau pun ada. Nombor telefon suaminya di dail sekali lagi.


"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila--" Tch! Operator pula!

Dyan meletakkan semula telefon bimbitnya ke sisi katil. Wajah mulus si kecil berusia lapan bulan itu dikucup lembut. Sebelum dia sendiri terlena.

SYAM Shahmil menolak perlahan pintu biliknya. Takut akan mengejutkan si kecil mereka. Waktu menunjukkan jam 10:45 malam. Pasti Dyan pun sudah tidur. Bisik hatinya.

Sebaik sahaja masuk, dia lantas mengambil tuala dan menuju ke bilik air dengan langkah yang betul-betul di halusi agar kedua anak dan isterinya tidak terjaga. Beberapa minit usai mandi, Syam Shahmil keluar.

"Arg!" Alangkah terkejutnya mukanya saat melihat Dyan yang berdiri dihadapan pintu bilik air sambil memeluk tubuh.

" Ha.. terkejut jantung I. Apa ni? Kenapa bangun?" Soalnya. Dyan mengecilkan matanya.

" Awak dari mana ni? Kenapa lambat balik?" Soal Dyan penuh curiga.

" I dari gudanglah. Dari mana lagi?" Balas Syam Shahmil.

" Tipulah! Saya dah call Raden tadi. Dia cakap awak dah balik awal." Balas Dyan lagi.

Syam Shahmil telan liur yang terasa tak pahit. Dyan menghampiri suaminya dengan muka yang penuh curiga.

" Betullah." Ucap Syam Shahmil lagi. Dyan melepaskan keluhan.

" Dah pandai nak bohong sekarang? Ada perempuan lain ke?" Dyan menyoal lagi. Syam Shahmil terkesima.

" Hah? What? Dari manalah you dapat idea ni? Tak adalah! You are my only woman, first and last." Balas Syam Shahmil sambil tertawa kecil.

Cemburu ke Dyan ni? Bisik hatinya.

Dyan semakin ingin bertanya, malangnya suara si kecil merengek memberhentikan niatnya.

" Shhuuu..sshuu.. Sayang mama.. Sorry, mama marah daddy je. Tak marah sayang.." Pujuk Dyan sambil membelai-belai badan Danya.

Dia kemudian menjeling ke arah Syam Shahmil yang menuju kearahnya. Danya diangkat dalam tangan Syam Shahmil.

" Sorry sayang, malam-malam lagi mama dah bising marahkan daddy.. sayang tidur balik ya." Pujuknya kepada si kecil. Satu kucupan lembut disuakan ke pipi kecil Danya. Dyan memeluk tubuh.

" Kata I'm the only one?" Ujar Dyan dengan nada cemburu. Cemburu? Syam Shahmil tertawa kecil.

" Apa ni? Dengan anak pun nak jealous ke?" Soalnya sambil tertawa.

Jatuh Cinta Dengan DiaWhere stories live. Discover now