Bab 5: Thanks

17.8K 853 25
                                    

DYAN membuka handphone Samsung Galaxy dari lokernya. Seperti yang di jangka. Missed Call. SMS dan Whatsapp nya bertubi-tubi masuk. Oleh kerana bosnya membawa dia secara tiba-tiba tadi, tidak sempat dia mengambil handphonenya itu. Dia hanya mengikut sehelai sepinggang sahaja tadi. Kalaulah terjadi apa-apa dia pasti terkapai-kapai di luar sana.

"Dyan! Kau dari mana ni? Puas aku call!" Tegur Nina yang baru masuk ke kawasan loker pekerja itu.

"Boss ajak jumpa client tadi." Jawab Dyan. Dia memasukkan kembali handphonenya.

"Risau aku masa kau tak ada tadi. Kau dah makan?" Soal Nina. Dyan mengangguk.

"Dyan. Kata nak makan sama-sama tadi." Lisa yang datang dari  arah belakang Dyan lantas memeluk dari belakangnya. Nina menjeling ke arah gadis itu.

"Sorry Lisa. Boss ajak jumpa client tadi. So, kita orang makanlah selepas discussion settle." Balas Dyan. Lisa tidak mempedulikan jelingan Nina itu. Malah semakin erat pinggang Dyan dipeluknya.

"Dyan lepas ini tolong aku susunkan fail customer dekat kaunter tu. Ada banyak kerja dekat kaunter tu. Memandangkan kau dah makan tolong buatkan ya. Aku nak beli makanan kejap." Arah Nina. Dia kemudian menarik tangan Lisa.

"Kau yang belum makan ni. Jom pergi beli." Rimas dia melihat tangan Lisa di pinggang Dyan itu. Dyan kemudiannya menuju ke arah kaunter. Suasana gudang sunyi sepi pada waktu tengah hari. Satu persatu fail pelanggan di susunnya. Setiap fail mengandungi butir-butir pambelian dan bayaran ansuran dari pelanggan. Dyan menyusun dokumen tertentu dengan cermat.

"You tak keluar ke?" Soal satu suara. Dyan terperajat lantas susunannya kembali bertabur.

"Terkejut saya! Bos nak apa?" Soal Dyan yang melihat Syam Shahmil berdiri di hadapan kaunternya.

"Nah." Syam Shahmil menghulurkan minyak angin cap kapak. Dyan mengambil botol minyak itu.

"Tadi tak bagi." Omel Dyan seakan merajuk.

"Amboi, no thanks?" Bukan berterima kasih, merungut pula.

"Thank you. Terima kasih bos. Belanja makan, bagi gula-gula dan ini." Ucap Dyan jujur.

"Bagi you muntah tepi jalan taknak thanks?" Sindir Syam Shahmil. Dyan mencebik.

"Sebab bos bawak kereta laju sangatlah saya termuntah tadi. Macam mana nak terima kasih? Nasib baik masa balik tadi bos tak bawa laju lagi. Kalau tak terkeluarlah Steak yang bos belanja tadi." Balas Dyan.
Syam Shahmil ketawa kecil. Dalam diam dia berterima kasih kerana gadis itu menemaninya bertemu dengan Rafael dan Brian tadi. Kalau dia sendirian berjumpa mereka, takut-takut ada adengan yang melebihi 'laga pipi' yang terjadi. Bila dia membawa gadis bertudung itu, sekurang-kurangnya mereka tahu menjaga malu 'rahsia' mereka.😝

😯😉😱😟

Thanks for reading.
If you like it. Please do...
👇 Vote me⭐. TQvm 😘💞

Jatuh Cinta Dengan DiaWhere stories live. Discover now