Bab 16: Wedding Day

16.9K 835 17
                                    

MAJLIS perkahwinan Syam Shahmil dan Dyan Ardella diadakan dengan penuh meriah di rumah keluarga Dyan. Ramai keluarga, sahabat dan kenalan hadir memeriahkannya. Tidak lupa juga pekerja-pekerja gedung The Royal Courts selaku host majlis gilang gemilang itu.

Dyan mengenakan busana peplum berwarna krim susu rekaan Jovian. Make up ringkas tercalit di wajahnya. Tudung, selendang dan tiara menghiasi mahkotanya. Terserlah kejelitaan Dyan yang selama ini tertutup di sebalik spek matanya. Nina tepis air matanya. Terharu. Tidak sangka dapat melihat majlis hari bahagia Dyan.

"Alaa...janganlah nangis. Nanti aku pun nangis jugak..." Dyan yang melihat perilaku Nina itu terasa sebak. Nina memegang tangan Dyan.

"Lepas ni, tak ada siapa nak teman aku makan malam lagi. Siapa nak makan masakan aku?" Nina teresak-esak. Dyan tertawa kecil.

"Makanlah kat luar dengan kawan-kawan lain. Tak pun Raden kan ada." Usik Dyan.

"Raden tu mudalah. Aku tak minat." Balas Nina pula. Dyan tertawa lagi. Sebenarnya dia juga berasa sebak. Sedih. Macam-macam perasaan yang ada. Dia sendiri tidak pasti hidupnya selepas ini. Menjadi isteri kepada lelaki homo. Lebih tepat bekas gay. Dia geleng kepala. Harapannya lelaki itu akan benar-benar berubah dan kembali kepada fitrah sebaik-baik manusia.

"AKU terima nikahnya Nur Dyan Ardella Binti Mohd. Nor dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai." Dengan sekali lafaz, Dyan sah menjadi isteri Syam Shahmil Bin Zahari.

"Sah!" Setelah kesemua saksi, dan bapa kandung Dyan mengangguk. Doa selesai nikah dibacakan oleh imam yang menikahkan mereka. Kemudiannya majlis menyarung cincin dan pembatalan air sembahyang. Dan majlis bersanding. Kedua-dua mempelai nampak cantik dan tampan duduk bersama di pelamin nan indah.

DARI kejauhan ada dua pasang anak mata yang memerhati kedua pengantin tersebut dengan pandangan yang sebal dan marah! Ian mengengam kotak rokoknya. Rancangannya memalukan Syam Shahmil tidak berjaya. Dia yang sebenarnya memberitahu segala rahsia Syam Shahmil kepada Tan Sri Zain. Dia merancang agar Syam Shahmil dibuang oleh keluarganya dan kembali kepada dirinya. Lain pula jadinya.

Lisa membalingkan cawan polysterin ke tanah! Benci dia melihat senyuman Dyan dan bekas majikannya itu! Sampai hati mereka berdua naik pelamin tanpa memikirkan perasaannya yang hanya untuk Dyan! Aku takkan mengalah demi Dyan. Bisik hati Lisa.

"TERIMA kasih Dyan, sebab sudi terima cucu datuk..." Tan Sri Zain mengelapkan air matanya. Dyan menyalami tangan Tan Sri Zain.

"Apa ayah ni. Menangis pula. Saya pun tak sedih macam tu." Zahari, papa Syam Shahmil meneguri ayahnya itu. Tan Sri Zain tersenyum. Biarlah hanya dirinya dan Dyan sahaja mengetahui hal itu. Dia tidak mahu ahli keluarganya yang lain mengetahui rahsia Syam Shahmil.

"Shah, sabar-sabar okay. Masih ada majlis lagi di sebelah kita. So, malam ni kamu tidur di banglo kita. Dyan tidur di sini. Esok pagi, papa dan abang ambil Dyan." Lega Dyan mendengar kata-kata bapa mertuanya itu. Huh. Malam ni selamat aku. Bisik hati Dyan.

"Tak apa. Kan Dyan dah sah jadi isteri Shah. Kami taknak halang apa-apa." Ibu Dyan buka mulut sambil tersenyum. Mata Dyan membulat.

"Betul tu. Tan Sri dan Encik Zahari boleh saja bawa Dyan ke sana. Majlis di sini pun dah selesai. Bagi peluanglah dengan mereka." kali ini bapa Dyan lagi buka mulut. Dyan jeling muka Syam Shahmil yang sedari tadi memandangnya.

"Tak apa ke? Tapi kat rumah kami tak ada 'ibu-ibu' menyambut menantu perempuan. Takut Dyan tak selesa pula nanti." balas Zahari.

"Itu tak menjadi masalah. Kami faham. Tapi Dyan kan dah bersuami. Dia kenalah belajar sesuaikan diri secepat mungkin." Jawab bapa Dyan lagi. Alahai...terlampau supporting lah pula keluarga aku ni. Bisik hati Dyan. Dia mengulit-ulit hujung baju ibunya.

"Apa tunggu lagi Dyan? Kemaslah barang kamu. Ikut belah suami..." arah ibunya. Dengan perasaan sebal Dyan masuk ke dalam rumah menuju ke biliknya. Beberapa keperluan penting dicapai dan dikemaskan ke dalam bagasi kecilnya. Mahu tidak mahu dia terpaksa bermalam bersama 'suami'nya.

👻😘😍😥😳😮👻

Nak happy ending?
😍😍😘😘💑
Then please...
👇Vote me⭐ TQsm 😘💞💞

Jatuh Cinta Dengan DiaWhere stories live. Discover now