Syam Shahmil duduk di pejabatnya termenung sendiri. Dia mengeluh lemah. Sudah seminggu dia tidak berjumpa isterinya itu. Dia juga tidak berani untuk menghubungi keluarga mertuanya. Dia cukup malu. Malu dengan dirinya sendiri. Dia tidak layak menjelaskan apa-apa. Air mata yang hendak mengalir segera di seka.
RADEN dan Nina terperasaan perubahan bos mereka itu. Melalui ibu Dyan yang Nina hubungi, mereka dapat tahu masalah yang dihadapi oleh Syam Shahmil dan Dyan.
" Kesianlah bos.." Ucap Raden.
" Aku pun kesian juga.. Tapi kita nak buat apa?" Soal Nina kembali.
" Ha'ih.. Dyan pun dah tak masuk kerja, tambahlah bos tak keruan.." Ujar Nina lagi.
" Bos sendiri yang berhentikan Dyan. Sebab keluarga Dyan yang suruh.." Keluh Raden pula.
" Itulah pasal. Kesian diorang.." Sahut Nina pula.
" Raden, I nak keluar.. Nanti you tolong tutuplah gudang ni." Ucap Syam Shahmil sambil berlalu dengan pantasnya.
Raden dan Nina berpandangan. Macam inilah Syam Shahmil dua-tiga hari ini.
.
RASA rindunya kepada Dyan semakin membuak dia cuba kerumah mertuanya pada setiap hari. Namum dia tidak berani hendak keluar bertemu sesiapa. Dia hanya berada di dalam kereta sahaja memerhatikan sesiapa yang dikenalinya.Petang itu, hanya ada dua orang anak lelaki Kak Long sahaja di luar bermain-main. Kelibat Dyan langsung tidak kelihatan. Beberapa minit menunggu, dia segera berlalu apabila terlihat kelibat motor bapa mertuanya itu. Pecutannya laju. Malu jika tertangkap mengintai-intai.
.
" Abang, itu kereta Shah kan?" Soal Ibu Dyan setelah melihat kelibat kenderaan itu berlalu." Biar sajalah.." Balas ayah Dyan acuh tak acuh.
" Cucu atok.. Mari masuk dalam, tak baik lama-lama di luar ni.." Ajaknya kepada dua cucunya itu.
Dyan dilihatnya sedang berbaring bersama anak kecil Kak Longnya di ruamg tamu. Mata Dyan kelihatan sembam.
" Dyan..kamu dah makan?" Soal ibunya.
" Dah..." Dyan jawab acuh tak acuh.
" Tak berusik pun makanan yang ibu tinggalkan ni..?" Ibunya hairan melihat lauk-pauk yang masih banyak tidak berusik itu.
Dyan tidak menjawab. Sebaliknya anak kecil Kak Longnya itu di bawanya ke dalam bilik. Ibu Dyan mengeluh perlahan.
" Saya rasa Dyan mesti rindu dengan Shah. Sebab tu dia macam itu." Ujar Ibu Dyan kepada ayah Dyan itu.
" Tak mungkinlah! Bukannya mereka bercinta pun. Shah tu kan jenis homo!" Ayah Dyan cuba menegah.
" Kita tak tahu pun perasaan sebenar diorang.." Pujuk Ibu Dyan.
" Kalau betul dia sayang? Kenapa dia tak muncul-muncul jelaskan diri dia? Asal kita ternampak dia, mesti dia lari! Kalau dia sayangkan Dyan, dia kena berani! Berani kalau dia benar!" Tegas suara abah Dyan.
" Mungkin sebab dia malu. Sebab tu dia tak berani..." Ulas Ibunya lagi.
" Malu? Buat jenis itu dulu tak malu pula?" Marah si ayah masih sama.
" Abang ni. Kita sesama manusia memang akan ada buat silap. Tapi bila kita berani berubah, tak salah kan?" Ibu Dyan terus memujuk.
Di dalam bilik, Dyan mendengar perbualan orang tuannya itu. Air matanya mengalir laju. Dia juga mengharapkan Syam Shahmil segera menjelaskan dirinya. Agar masalah mereka selesai. Namun setelah seminggu menunggu, hatinya jadi tawar. Tawar dengan perasaan Syam Shahmil kepadanya. Betul ke dia sayang atau cintakan aku?
*******
SYAM SHAHMIL masuk ke biliknya dalam keadaan longlai. Hari sudah larut malam baru dia pulang ke rumah. Bantal yang selalu Dyan gunakan untuk tidur di peluk erat.
Dia sememangnya merindukan Dyan, tetapi dia tiada keberanian untuk menjelaskan apa-apa kepada keluarga mertuanya. Dia malu. Dia sedar dirinya. Papanya pula berkali-kali mendesaknya untuk melepaskan Dyan.
" Lebih baik kamu berpisah. Ini semua untuk kebaikan Dyan." Ucap papanya setiap hari.
Syam Shahmil mengeluh perlahan. Dia cuba menenangkan dirinya. Air matanya mengalir saat mata mula tertutup. I miss you so much, Dyan.
😭😫😷😞😟😰😥😩😢😿
# Thank you
# Comment
# Vote
YOU ARE READING
Jatuh Cinta Dengan Dia
Romance[※Suami Jenis Homo?!] [※Cinta Teristimewa] Highest : # Wattpad Picks ; Senarai Cerita Istimewa (2018) #2 in ROMANCE (8/10/2017 | 23/9/2017) #3 in ROMANCE (13-14/Okt/2017) (3/9/2017) & (19/9/2017) (26-28/9/2017) ❅SilauunPurii First Romance ※ The Best...