Bab 15: Unplanned Love Story

14.8K 835 14
                                    

"You yang cakap nak kahwin dengan I, so you have to be my wife." Ucap Syam Shahmil.

"Saya akan jelaskan pada Tan Sri baik-baik. So kita tak payah kahwin lah. Okay?" Dyan dengan sengih masinnya.

"You nak jelaskan apa? Kalau datuk I masuk ICU sebab you macam mana? Cakap belit-belit. Tadi pandai-pandai mengaku girlfriend I, I yang lamar konon! Ajak kahwin betul-betul takut pula. Tak bertanggungjawab langsung." Sindir Syam Shahmil. Dyan angkat kening.

"Tak bertanggungjawab? Saya dah susah-susah tolong bos tadi. Terima kasih pun tak ada! Baik, kita kahwin. Setuju?" Dyan rasa sedikit tercabar dengan majikannya itu. Dyan lantas keluar terus dari bilik pejabat itu. Tidakk!! Apa aku cakap tadi tu? Jerit Dyan dalam hati. Syam Shahmil tersenyum.

"Dyan?! Betul ke apa yang aku dengar ni?" Soal Nina di tingkat bawah. Dyan menjeling ke arah Raden yang berada dihadapan Nina. Cepatnya saluran BBC News ni buat laporan.

"Sejak bila kau couple dengan bos? Kenapa aku tak tahu?" Nina menarik tangan Dyan yang turun longlai dari tangga.

"Bila? Entahlah..." Balas Dyan. Longlai.

"Aku tak sangka bos tu rupanya pernah gay. Berita gempak ni." Raden masih teringat-ingat apa yang didengarinya tadi.

"Kau, jangan bagitau sesiapa pasal ni! Naya kita kalau benda ni tersebar. Maruah orang, aib orang kita kena simpan." Nina menegur Raden yang seakan mulut tempayan itu.

"Korang dah tahu?" Soal Raden. Kedua-dua gadis itu mengangguk.

"Agak jelah."

"Oh my gosh! Patutlah aku terasa macam di'goda' kadang-kadang. Nasib baik tak jadi apa-apa dekat aku." Ujar Raden lagi.

"Ini rahsia aib orang. Jangan suka-suka cerita pada orang lain. Berdosa." Tegur Dyan pula. Raden mengangguk. Dia akan cuba sedaya upaya menyimpan rahsia bos mereka itu.

"DYAN, I rindukan you." Lisa yang tiba-tiba muncul di bilik loker memeluknya erat. Dyan toleh kiri-kanan. Tidak sedar bila Nina meninggalkannya di sana. Oleh kerana dia menyesali apa yang di cakapnya pagi tadi, seharian dia termenung memikirkan masalah itu.

"Lepaslah! I tak suka!" Dyan cuba meleraikan pelukan Lisa dengan kasar.

"You janganlah macam ni. I taknak paksa you, tapi kalau you macam ni, I lagi suka." Lisa semakin berani mendekatkan dirinya. Dadanya rapat di dada Dyan. Tangannya sibuk meraba bahagian atas dan bawah Dyan, Lisa mencuba mendekatkan bibirnya.

"To-tolong!!" Dyan cuba menjerit. Secara tiba-tiba badan Lisa tertolak ke belakang.

"Apa yang you buat dekat girlfriend I ni?" Marah Syam Shahmil kepada gadis yang cuba mengapa-apakan Dyan itu. Dyan lantas berlari ke belakang Syam Shahmil.

"Girlfriend?" Lisa tidak tentu arah. Dia menoleh satu persatu ke arah Dyan dan majikannya.

"She is mine! Only mine!" bentak Lisa.

"No, she's mine. Bakal isteri I." Tinggi suara Syam Shahmil.

"Kalau you nak kerja lama dengan I, baik you berubah dan jangan kacau atau sexual harras Dyan. Kalau tak, di persilakan..." Syam Shahmil menunjukkan arah pintu keluar.

"Dyan..." Lisa mencuba menarik tangan Dyan tetapi cepat-cepat Syam Shahmil tarik tangan Dyan dan bawa keluar dari situ.

SYAM Shahmil melepaskan tangan Dyan. Gadis itu sedikit bergegar.

"Dyan, are you okay?" Lembut Syam Shahmil bertanya.

Dyan masih kaku. Dirinya hampir 'dirogol' oleh seorang perempuan! Dia terduduk mencangkung dilantai dan menutup mukanya dengan tapak tangan. Tidak semena-mena air matanya keluar. Syam Shahmil duduk disebelah Dyan. Memahami perasaan gadis itu, dia mengusap-usap kepala bertudung gadis itu.

"It's Okay, I kan ada." Ucap Syam Shahmil lagi. Dyan semakin terinjut-injut menangis.

😥😢😫😭😭😭😭

Feel sad? Furious?
😠😬😡 then please do,
👇Vote me⭐. TQvm😘💞💞

Jatuh Cinta Dengan DiaWhere stories live. Discover now