Nina menekan punat lif Hotel Shangri. Tingkat 7. Dia mengerling jam ditangannya jam 11:40 pagi . Bakul kertas berisi keperluan pengantin dilihat satu persatu. Semua ada, Okay! Pintu lif terbuka, Nina terus sahaja mencari bilik bernombor 707.
"Nina, lambatnya..." Dyan memanggil sahabatnya itu. Sedari tadi dia menoleh-noleh pintu bilik hotel tersebut, menanti-nantikan kedatangan Nina.
"Sorry...aku tersesat tadi." Balas Nina. Dia mengeluarkan contact lens pesanan Dyan.
"Warna hazel brown. Sama macam mata kau." Di tunjukkannya kepada Dyan.
"Mana-mana pun okay je. Asalkan tak pakai spek." Balas Dyan.
"Eh, mana boleh. Malam ni kau kena nampak cantik dari biasa. Barulah suami kau takkan lupakan hari bahagia dia." usik Nina sambil ketawa kecil.
"Manalah, kau kan tahu dia jenis apa. Tak payah mengharap okay." Jawab Dyan.
Malam semalam, Dyan tidur berasingan dengan Syam Shahmil atas arahan papanya. Seharian duduk di rumah baru itu, hanya sekali sahaja Syam Shahmil masuk ke biliknya mengambil pakaian keperluannya. Selepas itu langsung tiada banyak cakap dengannya. Memang suaminya itu tidak tertarik langsung dengannya. Walaupun dia telah buka tudung dibiliknya. Nak buat macam mana? Diakan homo. Bisik hati Dyan. Beberapa minit berbual, jurusolek dan designer masuk kebilik hotel tersebut membantu mempersiapkan pengantin.
SYAM Shahmil memandang dirinya dihadapan cermin. Dia lengkap memakai tuxedo berwarna dark navy blue. Bow tie terikat kemas pada kolar bajunya. Dengan ketinggian 185cm, pakaian pengantin itu segak sekali padanya. Bagai tiada cacat cela kelihatan. Syam Shahmil mengeluh perlahan. Dia tahu siapa dirinya. Apa yang dilaluinya pada masa lalu. Dia berasa tidak berhak memiliki Dyan. Gadis itu terlalu baik untuknya yang pernah melalui zaman sesat itu.
"Shah dah siap ke?" Suara Zahari melarikan lamunnya. Syam Shahmil mengangguk ke arah papanya itu.
"Jomlah turun ke dewan. Tetamu pun dah ramai tu." Arah Zahari. Dia memimpin anak bongsunya itu. Syam Shahmil ikutkan sahaja. Dia kemudian di bawa menunggu pengantin perempuan di bawah pentas pelamin.
Seketika kemudian Dyan dibawa masuk oleh pengapitnya Nina. Syam Shahmil memerhatikan isterinya yang sedang berjalan menuju ke arahnya itu. Dengan gaun labuh potongan princess berbunga dan bermanik di sana sini, Dyan kelihatan begitu anggun dan cantik. Kesemua hadirin tidak lepas memandangnya. Bagaikan bidadari diri Dyan pada malam itu. Apa yang lebih menyerlah di mata Syam Shahmil ialah senyuman manis Dyan yang tidak memakai spek matanya. Gadis itu sentiasa tersenyum kepada tetamu-tetamunya. Bagaikan tiada masalah. Sedangkan dia tahu diri sebenar Syam Shahmil.
"Jangan pandang lama sangat. Nanti haus mata tu." Bisik papanya, Zahari. Syam Shahmil jadi malu.
"Lamanya prince charming pandang kau." Bisik Nina kepada Dyan.
"Dia tengok lainlah..." bisik Dyan pula. Dia sendiri sebenarnya sudah kekok dengan pandangan suaminya itu. Sampai sahaja di hadapan Syam Shahmil, Nina 'menyerahkan' sahabatnya itu. Syam Shahmil mengenggam erat tangan Dyan. Terasa hangat. Pertama kali dia merasakan kehangatan tangan wanita.
Duduk sahaja mereka di pelamin, Majlis resepsi perkahwinan mereka di mulakan. Pelbagai persembahan tarian dan nyanyian 'Selamat Pengantin Baru' dipersembahkan khas buat mempelai yang telah memulakan pengembaraan baru dalam hidup mereka. Sesekali Syam Shahmil menoleh ke arah Dyan. Begitu juga Dyan. Masing-masing memikirkan apakah perjalanan hidup mereka selepas ini? Dapatkah mereka membahagiakan antara satu sama lain? Bolehkah Syam Shahmil terus berubah dari menjadi mangsa hubungan terlarang? Dan bolehkah mereka memupuk perasaan cinta atau kasih antara mereka? Pelbagai persoalan terbit di hati masing-masing. Yang pastinya, perjalanan baru hidup mereka telah bermula. Syam Shahmil mengengam erat tangan isterinya. Mengharapkan kekuatan untuk menempuhi hari-hari akan datang.
😆😆😆😇😘😍💑👫👰👦
# Feeling 멍~~
# Hahaa...adakah story kali ini agak hambar? Give comment to upgrade my writing
# Promo : The Prince Loves
# Vote and trendingkan ya
# non-original soundtrack bab ini: Beauty and The Beast (Ariana Grande & John Legend)
# Dyan (beauty) & Shah ( the beast; sebab bekas gay)
👇⭐⭐⭐⭐⭐⭐😘💞
YOU ARE READING
Jatuh Cinta Dengan Dia
Romance[※Suami Jenis Homo?!] [※Cinta Teristimewa] Highest : # Wattpad Picks ; Senarai Cerita Istimewa (2018) #2 in ROMANCE (8/10/2017 | 23/9/2017) #3 in ROMANCE (13-14/Okt/2017) (3/9/2017) & (19/9/2017) (26-28/9/2017) ❅SilauunPurii First Romance ※ The Best...