Bab 34: I Love You

15.3K 711 8
                                    

Dyan duduk dihadapan wad kecemasan. Menanti petugas kesihatan yang sedang merawat Syam Shahmil. Cemas rasa hatinya saat ini.

Nina mengengam kedua tangan Dyan. Dia bersyukur Dyan sudah selamat, sekarang ini suami Dyan pula!

" Dyan, sabar okay." Nina memeluk sahabatnya itu.

" Sebab aku ke dia jadi macam tu?" Soal Dyan kepada Nina.

Raden yang mendengarnya jadi serba salah.

" Sebab aku yang ajak dia pergi sini, macam-macam jadi!" Dyan memarahi dirinya.

Kalaulah dia ikut cakap suaminya hari itu dan tidak memaksa sesiapa ke taman tema itu. Pasti Lisa tidak menculiknya, dan Syam Shahmil tidak jatuh pengsan!

" Dyan, janganlah macam ni. Sabar okay. Bukan kau yang salah. Aku dan Raden langsung tak salahkan kau. Benda ni jadi tanpa di sangka! Siapa sangka Lisa boleh ikut kita sampai sini?"

Nina memujuk Dyan. Air mata Dyan disekanya lembut. Dia faham kini perasaan Syam Shahmil dan Dyan. Masing-masing sudah mula mencintai antara satu sama lain. Cuma masing-masing masih belum menyedarinya lagi.

Pintu bilik rawatan kecemasan dibuka. Serentak itu seorang jururawat lelaki keluar.

" Mana ahli keluarga pesakit En. Syam Shahmil?" Soal jururawat lelaki itu.

"Saya...isteri dia..." Dyan mengangkat tangannya.

" Masuklah, doktor nak cakap..." Panggil jururawat itu. Dyan lantas masuk dengan segera. Sebelum itu dia menoleh ke arah Nina.

Nina mengangguk menyuruhnya segera ke dalam.

"Isteri Encik Syam?" Soal seorang doktor lelaki berusia separuh abad. Dyan mengangguk.

" Encik Syam dah tak apa-apa sekarang ni. Kami dah buangkan saluran Appendix dia yang tersumbat tu. Sekarang ini dia kena berehat saja. Pastikan dalam sebulan dua ini, dia tidak melakukan kerja berat atau melakukan senaman berat badan. Takut jahitan dari dalam terbuka pula." Ucap doktor tersebut sebelum meninggalkan Dyan di wad kecemasan itu.

Dyan memerhatikan wajah Syam Shahmil yang sedang terlena itu. Sayu hatinya melihat wajah pucat lesi itu. Dyan menahan tangisnya. Disangkanya hari ini mereka akan berasa bahagia pada hari pertama 'date' rupa-rupanya pelbagai kejadian telah terjadi.

Belum habis trauma lagi dengan perbuatan Lisa, kini Syam Shahmil pula terbaring lesu! Semuanya gara-gara dirinya yang tidak sabar-sabar membawa menaiki Roller Coaster di taman tema itu. Dyan mengenggam tangan Syam Shahmil. Sejuk!

" Awak, saya minta ampun ya. Sebab paksa awak datang sini." ucapnya perlahan. Air matanya sudah tidak sabar lagi. Habis basah pipinya.

"Ba-sah.. lah..." Suara perlahan Syam Shahmil kedengaran.

Dyan lantas mengangkat kepalanya. Syam Shahmil tersenyum lemah.

"Awak, saya minta maaf sangat-sangat! Paksa kita dating kat sini. Lepas tu..." Dyan terhenti.

Syam Shahmil mengeleng kepalanya sambil mengengam erat tangan isterinya.

" It's...okay...nothing happen...kan...It's okay..." Ucap Syam Shahmil cuba memujuk Dyan.

" Tapi..."

" I..love..you...so, it's...okay..." Syam Shahmil menarik tangan Dyan perlahan lalu dikucupinya.

" I love you, Dyan...I tak...senang duduk...bila I...kehilangan you...tadi...I takut...I tak.. sempat.. luahkan.. perasaan I ni.. I love you so much..." Luah Syam Shahmil perlahan.

Dyan makin menangis.

"Laa...ke-napa la-gi?" Soal Syam Shahmil. Sedih sangat ke luahan hatinya tadi?

" Mana ada orang confess time macam ni? Tak macholah awak ni!" Ucap Dyan dalam esakan tangisannya.

Syam Shahmil tertawa. Tak habis-habis dengan macho-nya. Dia geleng kepala. Syukurlah semuanya telah selamat. Bisik hatinya.

😘😍💕💞💗💚💘💝💖💙😭

# Thank you
# comment
# Vote

Jatuh Cinta Dengan DiaWhere stories live. Discover now