HsF-1

6.1K 500 102
                                    


Seokjin menyanggul rambut panjangnya dengan getah rambut berbulu lebat pemberian Namjoon tiga tahun yang lepas. Jam menunjukkan pukul 7 pagi saat dia turun perlahan dari katil. Namjoon yang masih tidur ternganga dibiarkan.

Hari ini hari cuti. Pemilik hatinya perlu rehat. Ecewah ko

Seokjin menuruni anak tangga dan menuju ke dapur. Tujuan untuk menyediakan sarapan. Dalam fikirannya bercelaru menu apa yang perlu disediakan untuk santapan pagi keluarganya yang tercinta.

Sesampainya wanita yang masih berbaju tidur satin merah hati itu di dapur, dia dikejutkan dengan scene yang agak bergula gula.

"Hei kalau nak masuk bilik dulu." Tegur Seokjin. Dia pula yang malu melihat adegan di mana Jimin, anak menantunya dan Yoongi, anak gadisnya cuba merapatkan wajah sambil tangan Yoongi sedang mengacau teh di dalam jug.

Terperanjat dua ekor merpati sejoli itu apabila ditegur Seokjin. Jimin tersengih cuba menahan malu manakala Yoongi tersipu sipu dan pipinya berona kemerahan.

"Awalnya kamu berdua bangun." Seokjin melemparkan senyuman pada Jimin sambil melihat apa yang dipanaskan di atas dapur memasak.

" Ya, omma. Pukul 6:30 pagi tadi Yoongi bangun dulu. Lepas tu dia turun katil macam terjun lawan dekat gelanggang WWE, Jimin terbangun sekali. Tu pasal Jimin turun sekali teman Yoongi buat sarapan. " jelas Jimin sebagai jawapan soalan Seokjin.

" Oh, budak bertuah tu memang. Dah kahwin pun nak buat brutal lagi. Eh Yoongi, dulu sarapan dah siap baru nak turun, sekarang mencemar duli acah je kau ya." Kata Seokjin berbaur mengejek. Tergelak kecil dia saat melihat Yoongi menarik muka masam.

" Kantoi, awak pemalas dulu. " bisik Jimin di telinga Yoongi.

Bertambah cemberutlah wajah Yoongi diusik. Nasib sayang.

" Omma ni. Itu dulu. Sekarang kena lain lah. " balas Yoongi lalu menempatkan jug teh panas di atas meja makan.

" Kena lain sebab dah ada suami kan? Uish kalau omma tahu, dari dulu omma kahwinkan kamu."

Yoongi hanya tergelak halus mendengar omelan ommanya. Dia lantas merapati Jimin yang sedang membuat kuih beras pedas. Untungnya dapat suami pandai masak.

" Omma, apa kata omma rehat aje? Kami boleh uruskan sarapan. " Jimin bersuara lembut sekaligus cuba menahan Seokjin yang sedang membawa pinggan ke meja makan.

" Tak apa ke ni? Nanti kata omma dera menantu pulak." Seokjin cuba berdalih. Padahal dia seronok dapat berehat. Dasar berlakon juga wanita itu

" Eh tak adalah omma. Jimin jugak yang suruh kan. Meh, bagi Jimin bawa." Jimin lantas meminta dan pinggan bertukar tangan.

Seokjin tersenyum gembira. Bahagianya dia dikurniakan pula menantu merangkap suami yang baik buat anak gadisnya, Yoongi.

Seokjin membuka langkah keluar dari dapur dan naik ke biliknya semula. Semasa dia melintasi bilik dua heronya, Taehyung dan Jungkook, dia terdengar bunyi tangisan.

Kalut, Seokjin segera membuka pintu bilik mereka dan mendapati Taehyung yang menutup hidung seraya mengibas ngibas kipas tangan ke arah Jungkook yang duduk di atas katilnya sambil menangis.

" Kamu buat apa ni, Tae? " soal Seokjin.

" Baby Kook beyak lah omma.. kenapa omma tak bagi dia pakai pampers. Kan dia dah menangis. " balas Tae agak sengau kerana masih menutup hidung.

" Dah tu kenapa kamu kipas dia? "

" Bushuk lah omma oii! " balas Tae lagi lalu berlari keluar.

Seokjin agak blur dengan sebab mengapa Taehyung bertuah itu mengipas Jungkook. Dia segera mendapatkan Jungkook yang masih menangis.

" Shh shh jangan nangis ya sayang. Omma tak marah lah. Jom kita terus mandi ya? " Seokjin cuba memujuk dan akhirnya Jungkook semakin reda tangisannya.

" Omma ta marah baby, tapi hyung marah baby tadi. Hyung bangun terus cacap co busyu co busyu! ( cakap ko busuk ko busuk ) " Jungkook yang masih pelat dengan huruf K bercerita.

" Laa iyeke. Nanti omma babap dia ya? " Seokjin mencapai tuala bercorak minions milik Jungkook dan membawanya ke bilik mandi.

" Ocey, omma. Babap dia dengan tongcat to aci. " Suruh Jungkook sekaligus membuatkan Seokjin risau Jungkook bakal mewarisi perangai bertuah Taehyung. No.

Seokjin sekadar tergelak kecil mendengar kata kata anak bongsunya itu. Macam macam karenah yang dia perlu layan.

Sementara di dapur, suami isteri itu masih menyediakan sarapan. Didatangi pula oleh Taehyung yang cuba mencari pasal.

" Hoi Tae, kau jangan nak cubit telur dadar tu sebelum semua dah turun atau aku goreng telur kau untuk santapan sarapan kau! " gertak Yoongi geram melihat Taehyung yang cuba mencuri telur dadar. Terkekeh Taehyung selepas itu lalu lari ke ruang tamu.

" Garangnya bini aku. " omel Jimin perlahan namun didengari Yoongi.

" Mana tak garang, budak budak kena ajar macam tu lah kadangnya. " balas Yoongi.

" Nanti dekat anak anak kita awak garang macam tu jugak ke? " soal Jimin membuatkan Yoongi kehilangan kata. Malu ni malu.

" Eyy apa oppa ni. " Yoongi mencubit lengan Jimin perlahan sebelum berjalan keluar dari dapur untuk mengejutkan keluarganya sarapan.
.

.

.

.

So yeah, chapter 1. Entah kenapa lepas dah hiatus lama untuk prepare exam, idea nak buat ff HsF ni banyak mencurah. So sis try je lah uhuhuhufufu. Tajuk tak ade kena mengena tapi tu saya letak tajuk2 lagu dari group Westlife. Group tempat saya berhabitat sebelum tukar tempat habitat kat kpop. Okay2 Westlife tetap ada tempat dalam hati sebelah bangtan.

Ada gap exam so bolehlah nak update lagi!! Yeay rindu korang! Rindu nak baca comments! Korang rindu ke tak ni agagagga

Homesweet Family + Season Two (BTS)Where stories live. Discover now