HsF-28

2.1K 276 99
                                    

.

.

.
"Tok Aki.."

Jungkook memanggil Tok Hoseok lalu melekapkan tapak tangan kecilnya ke atas tangan Tok Hoseok. Warga emas itu mengalihkan pandangannya ke arah Jungkook yang masih merenungnya dengan pandangan sedih.

Tok Hoseok sedar sewaktu pemeriksaan doktor dilakukan padanya. Mujur sahaja kemalangan tak diduga itu hanya menyebabkan luka yang tidak parah di kepala Tok Hoseok. Ia akan sembuh sekiranya dirawat rapi.

Tetapi, Seokjin diminta untuk berjumpa dengan doktor yang telah memeriksa Tok Hoseok tadi di biliknya. Seokjin diberitahu tentang kemungkinan Tok Hoseok menghidap kencing manis dan terpaksa ditahan di wad hospital untuk beberapa hari supaya diberi rawatan. Mahu tidak mahu, Seokjin bersetuju.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?" Tok Hoseok menyoal apabila Jungkook merenungnya tidak berhenti.

"Sakit tak, Tok Aki?" Jungkook membalas dengan soalan.

"Gila tak sakit? Oi kan sedap je kau panggil aku macam tu." Puji Tok Hoseok saat teringat dan terdengar yang Jungkook sudah boleh menyebut dengan betul.

"Um, untuk Tok Aki jugak.." Jungkook tersenyum di akhir katanya.

Tok Hoseok mengangukkan kepala. Sekilas, dia memandang Taehyung yang tertidur di pangkuan Jimin setelah berdrama dengan Tok Hoseok tadi.

"Betul ke aku kena tahan wad sebab kencing manis ni? Ke kau saja nak kencing aku?" Tiba tiba Tok Hoseok mengalihkan soalan pada Seokjin yang sedang mengurut kaki bapaknya.

Seokjin mengecilkan matanya sekejap. "Bila masa pula saya kencing bapak pulak? Betullah itu yang doktor bagitahu saya. Dah, bapak duduk je wad ni buat rawatan."

"Suka lah tu kau aku duduk sini. Dah tak payah tengok aku berhello hello dengan adinda aku." Tok Hoseok membuat muka rajuk.

"Adinda bapak mana pulak ni?" Soal Seokjin.

"Barbie aku la!" Jawab Tok Hoseok namun apa yang dimaksudkan ialah 'Mak Barbiedah'.

Seokjin membuat muka. Urutan di kaki Tok Hoseok dihentikan. Seokjin lantas membetulkan duduknya menghadap Tok Hoseok.

"Bapak, bapak baik baik aje kan? Bapak jangan risaulah, nanti tiap tiap hari saya lawat bapak." Ujar Seokjin lembut.

Tok Hoseok mengangguk perlahan. Mujur dia ni jenis tidak berdegil sangat jika penyakitnya serius. Kalau setakat demam, dia boleh buat perangai lagi nak mainan barbie.

"Aku macam tak percaya aku dah ada penyakit. Baru tersedar diriku sudah tua." Tok Hoseok berkata sendiri.

"Macam mana tak dapatnya, selalu sangat mintak kopi. Walaupun kurang gula, kerap sangat minum sampai air mineral pun tak pernah sentuh." Seokjin membebel membuatkan Tok Hoseok menutup telinganya.

"Ni, dari kau membebel, baik kau balik bawa budak budak ni. Kesian aku tengok Jimin tu baru balik kerja, tak sempat nak rehat. Bawa budak dua orang ni jugak rehat kat rumah. Lagi lagi tu, kesian mak kepada cicit aku tu. Dah, pergi balik. Aku pun reti nak rehat." Tok Hoseok bersuara lalu perlahan lahan membaringkan dirinya sendiri.

Seokjin akur. Jimin mendukung Taehyung yang masih tertidur dengan sebelah tangan manakala sebelah lagi memapah Yoongi. Jungkook pula meminta Seokjin mendukungnya kerana agak penat.

Maka mereka pulang ke rumah meninggalkan Tok Hoseok yang mula menitiskan air mata.





________________________________





Homesweet Family + Season Two (BTS)Where stories live. Discover now