HsF-29

2K 276 51
                                    

.

.

.
Seokjin yang baru tiba di hospital itu menolak perlahan pintu wad yang menempatkan Tok Hoseok. Sebaik sahaja masuk, mata Seokjin menyapa Tok Hoseok yang tertidur.

Dengan langkah berhati hati untuk tidak mengejutkan bapaknya, Seokjin mendekati Tok Hoseok. Dan saat itulah Seokjin tersedar sesuatu sehingga matanya membulat.

Tok Hoseok yang disangka tidur rupa rupanya sedang menarik nafas tidak teratur dengan mukanya berkerut. Lebih mengejutkan Seokjin, pembalut luka di kepala Tok Hoseok tiada dan lukanya kelihatan berair dan berdarah semula.

"Bapak! Bapak bangun!" Seokjin menggoncang perlahan bahu Tok Hoseok. Saat itu dia terpandang pembalut luka yang terjatuh di sisi bantal Tok Hoseok. Kemungkinan tertanggal sewaktu Tok Hoseok tidur.

Melihatkan bapaknya masih sebegitu, Seokjin keluar dari bilik wad tersebut untuk memanggil doktor. Beberapa saat kemudian, doktor meluru masuk bersama beberapa jururawat. Lantas, pemeriksaan dilakukan ke atas Tok Hoseok manakala Seokjin menunggu di penjuru bilik dengan doa yang tidak putus buat bapaknya.

Usai beberapa urusan, doktor menghampiri Seokjin. Kelihatan Tok Hoseok sudah lena dan nafasnya juga sedikit teratur.

"Maafkan pihak kami, Puan Seokjin. Kami memang tidak tahu pembalut luka Encik Hoseok tertanggal. Disebabkan itu, luka di kepalanya dijangkiti kuman. Selaput otak Encik Hoseok terdedah dengan kuman membuatkan dia menjadi lemah lagi lagi antibodinya sudah berkurang atas faktor usia. Kalau otaknya dalam bahaya, kami meminta puan setuju dengan pembedahan yang akan dijalankan." Jelas doktor itu panjang lebar.

"Ya, doktor. Saya akan setuju kalau itu boleh buat bapak saya sembuh." Balas Seokjin.

Doktor itu mengangguk lalu tersenyum nipis sebelum melangkah keluar meninggalkan Seokjin.

Kerusi ditarik bersebelahan katil Tok Hoseok sebelum Seokjin duduk menghadapnya. Tangan Tok Hoseok disentuh perlahan.

"Bapak.. janganlah sakit lagi. Bapak tak sayangkan keluarga bapak ke? Bapak kena kuatlah." Ujar Seokjin perlahan. Tangan Tok Hoseok lalu digenggam.

Rasa sayang pada Tok Hoseok semakin bertambah dan mengharapkan dia tidak kehilangan Tok Hoseok terlalu cepat.






________________________________






Sudah seminggu keadaan Tok Hoseok masih lemah. Walaupun dia sedar, dia tidak dapat bercakap banyak. Keadaan itu menbuatkan Seokjin perlu menghabiskan masa yang banyak di wad berbanding rumahnya.

Hari ini, Seokjin membawa Jungkook, Taehyung dan Yoongi bersama. Kehadiran Taehyung dan Jungkook sedikit sebanyak membantu Tok Hoseok untuk tersenyum.

"Tok Aki, Tok Aki tak rindu rumah ke?" Soal Taehyung sambil memicit micit tangan Tok Hoseok.

"Rindu lah.. siapa yang suka duduk kat sini." Balas Tok Hoseok perlahan. Selesa sahaja dirinya diurut oleh kedua cucunya.

"Tahu pun, tapi kenapa Tok Aki takmau sihat?" Jungkook bersuara pula.

Tok Hoseok hanya mampu tersenyum. Sejujurnya, dia bukan tidak mahu sihat, tapi entah mengapa dia berasa lemah yang amat sangat.

"Yoongi.. bawa adik adik kau pergi makan dulu. Dah lama dekat sini, kau orang tak makan pun." Tiba tiba Tok Hoseok meminta Yoongi membawa Jungkook dan Taehyung makan mengisi perut.

"Iyelah Tok Aki. Baby, Tae jom pergi makan dengan noona." Ajak Yoongi lalu kedua dua adiknya meluru turun dari kerusi untuk mengikut Yoongi.

Seokjin bangun dari sofa dan mendapatkan duduk di sebelah Tok Hoseok. Lantas, pandangan bapaknya teralih ke arah Seokjin.

"Kenapa kau tak ikut makan?" Soal Tok Hoseok.

"Saya kenyang lagi, bapak." Bohongnya. Dia risau meninggalkan Tok Hoseok sendiri.

"Hum.. bapak ada benda nak tanya kau."

Seokjin lalu menumpukan perhatiannya kepada Tok Hoseok.

"Kau ada masalah ke dengan Joon?"

Seokjin terpempan mendengar soalan dari Tok Hoseok tadi. Ideanya beku untuk mengatur jawapan.

"Aku tengok dia dah lama tak balik ke rumah. Sekalipun tak pernah telefon tanya khabar aku, anak anak, kau.. Kalau betul kau ada masalah dengan Joon, kenapa kau tak ceritakan pada aku? Aku ni siapa pada kau? Lagi lagi muka kau lepas aku tanya, jelas kau macam betul betul ada masalah dengan dia." Tok Hoseok berkata lagi.

Seokjin tiada pilihan lain. Dia akan berterus terang pada bapaknya.

"Sebenarnya bapak.." Lalu tanpa meninggalkan sedikit pun rahsia, Seokjin menceritakan apa yang terjadi dari mula sehingga akhir.

Muka Tok Hoseok merah padam. Tangan Seokjin lantas dicari lalu digenggam perlahan.

"Aku tak sangka si Joon boleh buat kau macam ni. Dengan cucu cucu aku yang tak tahu apa apa. Dan kau tahu sesuatu tak?"

"Tahu apa, bapak?" Soal Seokjin.

"Yang kau memang kuat nak hadap semua ni. Kau sama macam mak kau yang aku kenal." Jawab Tok Hoseok membuatkan air mata mula bergenang di pelupuk matanya.

"Sekarang ni kau telefon si Joon, kata datang melawat aku." Tiba tiba Tok Hoseok mengarah.

Seokjin sedikit ragu ragu dan berfikir panjang. Akhirnya dia membuat keputusan.

"Nanti saya telefon."

.

.

.

Homesweet Family + Season Two (BTS)Where stories live. Discover now