HsF-53

2.4K 296 199
                                    

.

.

.
Jimin dari jauh memandang anaknya yang sedang melayan perasaan sendiri. Baring, tetapi tangan dan kakinya bergerak gerak aktif. Yoongi di hadapan Jimin dari tadi menunduk. Baru lepas kena bebel.

"Oppa dah kata kan, masa pregnant jangan dengar lagu bukan bukan? Tengok apa jadi kat anak kita?" Jimin bertanya kesekian kali.

Yoongi memuncungkan bibir.

"Lagu apa yang awak dengar sebelum Hobie lahir?" Soal Jimin lagi. Tidak puas hati.

"Malam sebelum Hobie lahir tu, Jaydope release mixtape pertama dia. Macam mana saya nak tahan, saya dah lama tunggu mixtape dia. Ta-tapi masa saya lahirkan Hobie saya nyanyi lagu agustD. Kenapa-"

"Kenapa dia tak rap agustD? Kalau dia rap banyaklah dia mencarut macam awak. Oppa punyalah isi lagu lagu Didi and Friends dalam mp3 player untuk awak, lagu lagu rap tu jugak awak dengar." Jimin buat muka itik garang. Comel sebab tu Yoongi tak berapa takut. Nak ikutkan muka dia lagi garang.

"Macam manalah awak boleh terjebak dengan Bangtan ni sampai anak terikut." Kepala digelengkan. Pening memikirkan keluarganya.

"Dari sekolah lagi, oppa pun tahu kan sebelum kita kahwin. Oppa kata oppa tak kisah, oppa terima je apa yang saya minat. And saya hormat apa yang oppa minat. Kalau saya tahu Hobie akan jadi macam ni, saya pun tak dengar semua lagu tu. Kenapa oppa nak salahkan saya aje?!" Tiba tiba mood Yoongi berubah. Air matanya turun.

Jimin terpana seketika. Sedikit gelabah melihat isterinya itu.

"Yelah, yelah salah saya! Sebab Hobie dalam perut saya, saya yang lahirkan dia! Cuba kalau Hobie dalam perut oppa, mesti dia nyanyi lagu ChimChim yang seksi tu! Anak kita jadi pondan macam mana?! Mujur saya minat Bangtan, lelaki! Kan? Salah saya kan? Haa?!" Dengan muka penuh air mata serta hingus yang sedikit nak keluar Yoongi memandang suaminya.

"Err.. sayang-"

"APA SAYANG SAYANG? OPPA BUKAN SAYANG SAYA PUN! SAYA NAK LARI BATU BELAH BATU BERTANGKUP DENGAN HOBIEEE! BIAR OPPA JADI DUDA! PERGILAAA DEKAT CHIMCHOM SEKSI SEKSA MATA TU KALAU DIA NAK KAT OPPA!" Yoongi terlalu sedih lalu berjalan laju mendapatkan Hobie. Hobie hanya tergelak sambil tangan terkapai kapai apabila Yoongi mengangkatnya.

Jimin gelabah. Dia pulak yang rasa nak menangis. Dengan cepat dia menahan isterinya.

"Sayang, janganlah marah sangat, oppa minta maaf. Ni, ni, oppa ada hadiah untuk sayang." Kelam kabut Jimin ke arah laci meja dan mengeluarkan beberapa keping kertas dari dompetnya.

"Taknak! Saya taknak apa apa dari oppa!" Yoongi berjalan ke pintu untuk keluar meninggalkan Jimin.

"Takkan taknak tiket fanmeeting Bangtan?"

Serta merta langkah kaki Yoongi berhenti. Dengan kelajuan fast and furious, Yoongi berpusing memandang Jimin dengan senyuman yang manis.

"Oppa nak milo? Tiba tiba saya rajin nak buatkan untuk oppa. Hobie, Hobie baring sini dulu ya, mama nak buatkan air untuk papa Hobie yang awesome ni!" Bersopan santun sahaja Yoongi meletakkan semula Jhope di atas katil.

Jimin tersengih melihat kelakuan isterinya yang berubah drastik.

"Oppa sayang nak milo kan, tapi sebelum tu saya nak tengok tiket tu? Betul ke tiket fanmeeting Bangtan?" Yoongi menghulurkan kedua tangannya. Tidak cukup itu, mata dikelip kelip.

"Amboi dia, cakap pasal Bangtan je, terus sayang eh?" Usik Jimin.

"Ayy oppa.."

"Okay, oppa tahu awak minat Bangtan. Kebetulan oppa haritu terdengar budak budak sekolah tengah fangirling lepas beli tiket fanmeeting masa singgah kat satu cafe ni masa rehat kerja. Oppa pun teringatkan awak. Jadi oppa tanyalah kat mana dan macam mana nak beli." Terang Jimin.

Homesweet Family + Season Two (BTS)Where stories live. Discover now