.
.
.
Yoongi's POV"Awak yakin ke ni rumah appa?"
Sudah masuk tiga kali suami aku menanyakan soalan yang sama. Dan jawapan yang sama juga aku bagi iaitu aku yakin di apartment ni rumah lama appa. Laki aku ni kenapa nak kena sepak ke?
"Dulu appa pernah bawa saya dengan omma ke sini. Oppa ikut ajelah, kalau tak ada kita balik. Kan senang." Aku menjawab lalu melangkah mendahuluinya.
"Oppa bukan apa. Oppa penat."
Terus aku berhenti melangkah. Pandangan aku pusingkan menghadapnya. Ya, suami aku tampak penat. Ada peluh di dahinya. Cepat bebenor penat dia. Kalau perut dia yang berat macam aku sekarang ni, haa tahulah dia betapa penatnya aku lagi daripada dia.
"Saya ni siap bawak budak lagi tau, oppa? Harap je ada mummy jual pamoga tapi takmau minum." Habis membebel, aku pusing ke hadapan semula. Saat itulah, pintu berdekatan aku terbuka dan muncul seseorang yang aku kenal.
"Eoh? Yoongi? Jimin?"
Mulut aku sedikit terbuka dan akhirnya membentuk senyuman. "Ap-appa."
Aku melihat Namjoon yang kelihatan sedikit tidak terurus itu sedang memegang plastik berisi sampah. Mungkin nak buang di tong sampah luar.
"Macam mana boleh sampai ke sini?" Namjoon tiba tiba menyoal seraya melangkah ke tong sampah hitam di tepi lorong.
"Er, nak cari appa lah." Aku berusaha mengukir senyuman sekali lagi. Kesian pulak aku tengok appa aku hidup macam ni. Tapi tulah. Dia jugak yang puncanya. Padan mu- eh bukan sekarang aku nak kutuk appa sendiri.
Namjoon aku lihat menarik muka pelik. "Jom masuk dulu. Kita sembang kat dalam. Jimin, pimpin Yoongi masuk." Ajak Namjoon lalu masuk ke dalam rumahnya. Diikuti aku yang pimpin Jimin. Bukan dia yang pimpin aku.
Rumah Namjoon tak banyak barang dan perabot. Jadi, kalau bersepah pun masih nampak kemas. Aku dan Jimin melabuhkan duduk di sofa ruang tamu manakala Namjoon ke dapur. Mungkin basuh tangan sebab pegang sampah tadi.
Hampir lima minit, Namjoon tiba dengan dua gelas jus oren. Membuatkan aku sedikit rasa bersalah sebab biarkan appa yang hidangkan minuman.
"Mujur ada air jus dalam peti. Kalau tak appa mampu hidang air kosong je lah." Namjoon bersuara sambil duduk di sofa berhadapan kami.
"Tak apa appa. Susahkan appa je." Jimin tersenyum sebelum menyambar gelas berisi jus oren itu lalu diteguk rakus. Aku hampir membaca jampi melihatkan suami aku yang minum seperti makhluk aneh.
Seusai aku menyisip sedikit jus oren itu, aku memandang ke arah Namjoon. Dia nampak sedikit termenung.
"Ap-appa?"
Serta merta Namjoon memandang ke arah aku. "Ya, Yoongi?"
"Appa sihat?" Soalan klishe untuk mulakan perbualan.
Namjoon mengangguk. Disertakan senyuman kecil di bibirnya yang aku perasan. "Yoongi dan Jimin sihat? Cucu appa?"
Aku tersenyum kekok sedikit lalu memandang Jimin sekilas. "Kami pun sihat."
"Om-omma?"
Aku terdiam seketika saat Namjoon menanyakan kesihatan Seokjin. Ada tatapan sayu pada mata Namjoon.
"Omma sihat." Aku menjawab pendek.
Aku lihat Namjoon mengangguk perlahan. "So, ada apa Yoongi dan Jimin cari appa?"
"Oh um. Sebenarnya, kami nak bincang dengan appa sikit pasal hal family kita ni. Erm appa pun tahu kan keadaan sekarang ni- err."
"Appa tahu. Appa betul betul menyesal apa yang appa dah mulakan. Appa nak tebus kesalahan appa balik tapi appa kenal omma kamu macam mana. Bila dia tawar hati, susah nak pujuk dia balik. Sekarang, appa pun tak tahu nak buat apa. Appa buntu sangat." Namjoon tertunduk.
Aku hanya menahan sebak. Memang benar appa sudah berubah. Dia menyesal dan ikhlas untuk berubah semula. Cuma masalahnya sekarang, Kim Seokjin aka wanita yang bajet janda tapi tak janda.
"Yoongi nak keluarga kita balik macam dulu. Macam yang appa tahu, masalahnya omma sekarang ni. Yoongi tahu appa dah berubah, appa insaf. Yang buat perangai pulak omma." Aku teringat omma di rumah yang hidup ecewah ko macam tak pernah ada suami. Kerja mendivakan diri.
"Yoongi jangan marahkan omma. Omma tak salah. Kalau appa tak mulakan, semua ni tak jadi, Yoongi. Mungkin.. mungkin omma perlukan masa." Suara Namjoon kedengaran kendur.
"Macam ni, sekarang-"
Krohhh kroooihh
Kata kata aku terbantut saat terdengar dengkuran seseorang. Aku menoleh ke arah Jimin dan ternyata lelaki itu sudah tertidur dengan mulut sedikit ternganga.
Babun punya suami. Dia yang ajak aku pergi bincang sama sama, tidur pulak dia.
"Biarkan ajelah. Kesian Jimin penat. Appa tahu dia orang kuat kerja."
Aku menjulingkan mata ke atas mendengar pujian khas dari appa untuk Jimin itu.
"Okay sambung. Macam ni, Yoongi ingat nak appa balik je ke rumah. Walaupun omma akan tak suka, biarkan dulu. Appa pun ada hak nak balik rumah tu semula lagipun anak anak appa ada kat sana. Kita pujuk omma sama sama, okay?" Aku menyambung.
"Err, appa tak yakin. Appa fikir du-"
"Tak payah fikir. Wajib setuju. Dah, appa packing baju appa cepat. Yoongi nak kejut babun ni sebab dia susah nak kejut kalau tidur dia berdengkur." Aku terus memotong percakapan appa.
"Tapi-"
"Tak ada tapi. Kalau appa kesiankan Yoongi, cucu appa ni dengan anak anak appa kat rumah tu, cepat packing baju. Kita balik sana. Hoi babun-!" Usai aku memaksa Namjoon, aku menepuk lengan Jimin.
Namjoon sedikit teragak agak namun dia ke bilik juga untuk mengemas baju.
"Apa ni makcik Bedah.. jangan kacau ah, nanti isteri saya nampak tulang belakang kita cacak naik atas dibuatnya... haaaa." Ngigau Jimin lalu mengalihkan badan membelakangkan aku.
Suara aku macam Bedah ke? Kang betul betul aku buat tulang belakang dia cacak kang.
"PARK JIMIN ANAK MUMMY VIDABAH SUAMI KEPADA THE SWAGGEST GIRRRRL OF THE CENTURY KIM YOONGI AKA HARAPAN BANGSA DAN NEGARA, BANGUNNNNNNNNNNNN!!"
Dengan sekuat tenaga aku melekapkan tapak tangan aku di belakang Jimin. Serentak itu Jimin terjaga dan berlari menjauhi aku sambil meringai kesakitan. Belakang badannya diusap usap.
"Apa jenis bini awak ni kejut macam nak bagi oppa mati? Aduh sakit tau tak."
"Bini jenis Agust D. Dah jom, kita balik." Aku menjeling seketika lalu mengambil gelas berisi jus oren dan diteguk sehingga habis.
"Appa mana?" Jimin mengambil duduk tapi bukan di sebelah aku macam tadi tapi di sofa berhadapan aku. Tangannya masih mengusap bahagian belakang.
"Tengah packing baju."
"Hah? Nak buat apa? Appa nak ke luar negara ke?" Jimin bertanya. Matanya bulat memandang aku.
"Lain kali, kalau saya tengah bincang, oppa tidur lagi eh?" Perli aku.
Kelihatan Jimin menggaru garu kepalanya.
"Kita bawak appa balik rumah. Mungkin langkah pertama nak pulihkan keluarga Kim semula."
"Kalau omma mengamuk macam mana?"
"Dia mengamuk mula mula je. Nanti hati dia akan lembut balik. Percayalah." Aku mengukirkan senyuman kecil dengan hati yang sangat mengharapkan keluarga aku bersatu semula.
.
.
.
Pertemuan epik Namjoon dan Seokjin. Tak, tak epik sangat pun.
YOU ARE READING
Homesweet Family + Season Two (BTS)
FanfictionSeokjin sayang suaminya si Namjoon. Seokjin sayang bapak terhandsomenya Hoseok. Seokjin sayang anak perempuannya Yoongi. Seokjin sayang anak lelakinya Taehyung. Seokjin sayang anak bongsunya Jungkook. Seokjin sayang menantu sulungnya Jimin. Jadi, se...