HsF-40

2.4K 282 158
                                    

.

.

.
Laporan mengenai Timah melakukan perbuatan yang boleh membawa kematian sudah dilakukan Seokjin dua hari yang lepas. Tetapi ada sesuatu yang membuatkan Seokjin tertanya tanya saat dia ke balai polis.

Sewaktu dia membuat laporan, pegawai polis itu berkata laporan mengenai Timah sudah dibuat oleh seorang lelaki sehari sebelum Seokjin membuatnya.

Seokjin pasti lelaki yang dimaksudkan ialah Kim Namjoon. Dia pasti itu kerana hanya Namjoon yang tahu tentang ini. Kalau Jimin yang membuat laporan itu, sudah tentu Jimin memberitahunya dahulu.

Lamunan Seokjin dikejutkan dengan bunyi deringan telefon bimbitnya. Segera telefon yang terdampar di atas meja dicapai lalu panggilan dijawab.

"Ya, Tuan?"

"Puan Seokjin, kami baru saja terjah rumah Timah tadi tapi rumah ni kosong. Baju baju juga tak banyak dan kami syak Timah dah larikan diri sebelum laporan dibuat." Tuan Polis yang bertugas berkata. Dia diminta Seokjin untuk menelefonnya jika ada apa apa berita berkenaan Timah.

"Ko-kosong? Sepatutnya suami saya juga ada di situ." Dahi Seokjin berkerut memikirkan tentang itu.

"Suami puan? Kim Namjoon? Dia ada dengan kami bantu siasatan. Jadi kalau boleh saya nak minta puan datang ke sini juga untuk bantu siasatan." Ujar lagi Tuan Polis itu dihujung talian.

"Saya nak kena datang bantu siasatan? Dengan dia?! Taknak! Takmau! Suruh dia bantu sendiri siapa suruh cari pasal dengan saya?! Lagipun dia je tahu perempuan tu saya taktau! Kalau ada apa apa berita lagi telefon saya! Bye!" Terus sahaja panggilan ditamatkan Seokjin.

Entah mengapa tiba tiba dia nak melenting pasal Namjoon dan mengungkit hal itu. Mungkin kerana faktor dia bulan mengambang merah hari ni. Oh okay Seokjin tak monopous lagu yall. SAPA KATA MRS KIM SEOKJIN DAH MONOPOSH

Yoongi yang baru turun dari tingkat atas berjalan perlahan menuju ke arah Seokjin. Sejak terdengar jeritan tiba tiba Seokjin, dia lantas turun untuk melihat keadaan ommanya.

"Omma? Kenapa jerit jerit tadi?" Soal Yoongi sebelum melabuhkan duduknya di sofa berhadapan Seokjin.

Seokjin mengeluh sedikit. "Polis telefon omma tadi, Timah lari."

Mata Yoongi lantas membulat. "Biar really, omma? Haih tak guna betullah."

Seokjin mengeluh kesekian kali. Tiba tiba mereka dikejutkan dengan deringan telefon milik Seokjin di atas meja. Seokjin segera melihat siapa yang menelefonnya. Tidak lama selepas itu, dia kembali bersandar di sofa tanpa menjawab panggilan tersebut.

Yoongi yang perasaan keadaan itu menarik muka pelik. Lalu dia pula yang mengintai skrin telefon ommanya. Nama gerangan yang menelefon dibaca.

"Do Not Answer?" Soal Yoongi. Siapa pula yang Seokjin simpan sebagai Do Not Answer dalam telefonnya?

Seokjin diam.

"Kenapa omma tak angkat?" Soalan pertama yang terabai diganti pula dengan soalan lain.

"Nama pun Do Not Answer kan? Dah, omma nak pergi ambil Tae dekat sekolah." Seokjin lantas bangkit mengambil kunci kereta dan meluru keluar tanpa sedar telefonnya tertinggal.

Untuk mengelakkan kebosanan, Yoongi mengambil remote dan membuka televisyen. Sebaik sahaja siaran bermula, Yoongi menjerit.

"BANGTAN OPPPAAAAAA!!"

Teruja benar bakal ibu itu apabila terlihat kumpulan yang amat diminati sedang membuat persembahan di acara musik.

"Noona jerit kenapa?" Entah bila Jungkook turun dan menyertai Yoongi menonton televisyen. Dia agak hairan melihat kakaknya itu terkinja kinja sambil menepuk nepuk remote. Mungkin terlalu teruja.

"Ni haa group yang noona minat. Handsome kan diorang? BAIK KAU CAKAP DIORANG HANDSO-"

"Handsome, handsome~" Segera Jungkook menjawab. Seram pula lihat muka Yoongi marah.

"Hyung tu comel! Nama apa?" Jungkook menuju jarinya ke arah seorang lelaki yang sedang bernyanyi bahagiannya.

"Itu? Haa itu ahli termuda, Justin Seagull."

Kepala Jungkook terangguk angguk.

"Noona minat siapa?" Rajin pula Jungkook melayan kepala kpop kakaknya.

"Noona minat semua. Jean, Dance Monster, AgustD, Jaydope, Jamot, W dan Seagull. Tapi kadang kadang noona terlebih fangirl kat AgustD tu. Hyung ipar kau tu pulak tak suka. Dia minat penyanyi si ChimChim yang seksi tu boleh pulak." Bebel Yoongi tiba tiba.

Jungkook menekup mulutnya lalu ketawa kecil. Baru sahaja dia ingin bertanya lagi, deringan telefon Seokjin menganggu. Itu membuatkan Yoongi berpaling melihat telefon Seokjin di atas meja.

"Do Not Answer ni telefon lagi. Siapa eh?" Yoongi yang dilanda beribu persoalan itu mengambil keputusan untuk menjawabnya. Memandangkan Seokjin masih belum pulang.

Segera gajet itu dilekapkan ke telinga setelah ikon hijau ditarik. "Hello?"

"S-Seok..jin?"

Yoongi sedikit tersentak mendengar suara itu.

"Appa?"

"Eoh? Yoongi ke?" Namjoon di dalam talian menyoal.

Yoongi yakin itu adalah Namjoon dan pada masa yang sama tak sangka Seokjin menyimpan nombor Namjoon sebagai Do Not Answer.

"Ne. Kalau appa nak cari omma, Yoongi rasa bukan sekaranglah. Appa tahu kan dia marah sangat dengan appa. So appa kena faham tu." Yoongi mengeluh sedikit dihujung kata.

"Appa faham. Dia memang patut marah appa sekarang. Tapi, appa betul betul nak minta maaf, Yoongi."

Hati Yoongi sedikit tersentuh saat telinganya menangkap bunyi seakan Namjoon menahan tangisannya.

"Ap-appa.. appa doakan aje ya omma boleh lembut hati semula." Hanya itu yang mampu Yoongi tolong.

"Em, ne.. Yoongi, jaga omma ya? Bye."

Belum sempat Yoongi membalas, talian diputuskan. Pandangan sayu dilemparkan kepada skrin telefon Seokjin, seakan memandang Namjoon. Entah mengapa dia merasakan Namjoon betul betul memaksudkan dia meminta maaf.

"Noona? Appa ke?" Jungkook menyoal Yoongi.

Yoongi hanya mengangguk.

Tiba tiba Jungkook turun dari sofa dan mendapatkan Yoongi lalu memeluknya. Yoongi yang tidak berapa faham tindakan Jungkook itu terus mengusap rambut adiknya.

"Baby rindu appa tapi Baby terasa sejak appa tolak Baby." Ujarnya perlahan.

Yoongi tidak mampu membalas apa apa terhadap perasaan hati seorang budak kecil itu. Rambut Jungkook terus diusap lagi. Dalam hatinya berharap semuanya akan kembali semula.



.

.

.

.
Maap lama tak update. Actually tengah nak demam ni idea tak berapa nak jalan :') ingat nak buat triple update la. Btw, korang nak balik tak keluarga Kim bersatu semula? Or korang nak anta Namjoon ke pulau?

Btw, nah hadiah untuk Jimin's stan. Lel sis cuba :')

Homesweet Family + Season Two (BTS)Where stories live. Discover now