HsF-26

2.3K 308 101
                                    

Buah anggur segar dibawa keluar dari peti sejuk dan diletakkan dalam sebuah bekas. Seokjin bercadang untuk makan di ruang tamu bersama keluarganya.

"Makcik! Jom tengok tv dekat ruang tamu. Ada cerita best, makcik!" Seokjin mengajak Bedah yang sedang menggunting cili kering untuk menyertai sekali.

"Pergi lah, Seok. Makcik nak siapkan kerja ni." Bedah menolak lembut sambil tangannya masih lincah menggunting cili kering.

"Ala itu tak apelah. Rehat lah dulu, tengok tv sama sama. Lepas tu kita sambung buat kerja dapur. Lagipun masa nak makan tengah hari lambat lagi." Seokjin cuba pula memujuk wanita itu.

"Aduhai. Cerita apa yang best sangatnya sampai beria ajak makcik ni?" Soal Bedah lalu tergelak halus.

"Jimin beli cd baru semalam, makcik. Kabhi kushi kabhi gham tajuknya. Ni baru nak tengok lah ni." Terang Seokjin dengan riak tidak sabar.

Bedah mengangguk angguk tanda setuju. Lalu mereka berdua berjalan menuju ke ruang tamu. Yoongi dan dua orang adiknya sudah ada tercongok depan televisyen. Jimin sudah ke tempat kerja awal pagi manakala Tok Hoseok masih lena terbungkang atas katil. Si Taehyung pula tidak ke sekolah hari ini kerana berasa tidak sihat. Namun masih bertenaga nak bermain dengan Jungkook.

"Yoongi, pasanglah." Gesa Seokjin lalu menanti Yoongi memasukkan cd baru yang dibeli oleh Jimin itu ke dalam Cd Player.

"Cerita apa ni, omma?" Taehyung menyoal sambil tangannya menggapai buah anggur yang dibawa Seokjin.

"Kabhi kushi kabhi gham. Tengok, Jimin hyung kamu tu kata best." Kata Seokjin dengan mata tertumpu ke kaca televisyen.

"Dia bagitahu omma yang dia dah tengok ke cerita ni?" Yoongi menyoal pula.

Seokjin mengangguk. "Dia kata dia tengok cerita ni dengan Mummy dia dulu. Katanya, menangis teruk jugak lah diorang."

Cerita pun bermula. Bertemakan keluarga. Adegan berterusan sehinggalah scene di mana seorang ibu itu akhirnya terjumpa anak angkat kesayangannya di Mall di London.

Ditambah pula musik latar yang menyedihkan, Seokjin dan Yoongi malah Bedah sekalipun masing masing menarik hingus dan menepis air mata.

Seokjin memandang Yoongi disebelahnya perlahan. "You- you okay beb?"

Dengan muka menangis, Yoongi memandang Seokjin seraya mengangguk mengatakan dia okay.

"Makcik gunting cili kat dapur tadi pun makcik tak nangis macam ni, Seok. Baik makcik sambung saja menggunting." Kata Bedah tiba tiba lalu bangun menuju ke dapur semula sambil sibuk mengelap air mata dengan hujung lengan baju.

Manakala Taehyung dan Jungkook masing masing serius menonton cerita. Tak ketawa tak juga menangis. Tetapi hati kecil mereka terusik apabila scene memaparkan seorang ayah yang meminta maaf pada kedua anak lelakinya kerana kesalahan yang dibuat.

"Baby, kalau appa pisahkan kita, Baby jadi adik macam dia tu tau? Cari hyung." Tiba tiba Taehyung berbisik pada Jungkook di sebelahnya.

Mendengarkan itu, Jungkook memandang Taehyung sekilas. "Appa ta pisahcan cita pun. Calau appa pisahcan, mestila Baby cari hyung sampai jumpe."

"Bisik apa tu ha?" Yoongi yang perasan kelakuan dua adiknya itu menegur. Pantas kedua kepala itu tertoleh ke arahnya.

"Urm, Noona. Cerita ni buat Baby rindu cat appa." Balas Jungkook membuatkan Yoongi tersentuh hati. Seokjin yang tadinya menumpu ke televisyen tertoleh ke arah Jungkook.

Seokjin lantas mendepakan tangannya ke arah Jungkook dan Taehyung sebelum mereka berdua lari ke dalam pelukan Seokjin.

"Baby, Tae. Appa pun rindukan kamu berdua. So, jangan risau, okay?" Seokjin berkata hanya untuk menenangkan hati anak anaknya.

Homesweet Family + Season Two (BTS)Where stories live. Discover now