.
.
.
Nombor telefon yang tertera di skrin telefonnya dipandang lama. Cuma langkah seterusnya ialah menekan ikon hijau sahaja. Tetapi Seokjin masih ragu ragu.Hampir 20 minit bertarung dengan fikirannya sendiri, akhirnya Seokjin menekan ikon hijau sebelum melekapkan gajet itu di telinganya.
Selepas 5 deringan, panggilan diangkat. Suara seseorang menyapa gegendang telinganya.
"Hello~ Puan Seokjin.."
Muka Seokjin berubah. Skrin telefonnya dipandang sekilas.
"Joon mana?" Seokjin tidak berminat untuk membalas sapaan perempuan itu.
"Joon? I tak kenal Joon. I cuma kenal bakal suami I." Balas Timah membuatkan Seokjin bertambah geram.
"You ni bodoh sangatlah nama bakal suami pun you tak tahu. Joon mana? I tak ada masa nak dengar suara hodoh you ni." Seokjin menjulingkan matanya ke atas.
Terdengar satu rengusan dari corong telefon. Seokjin tersenyum sinis.
"I tak izinkan you cakap dengan dia."
Dasar perempuan ni, aku sumpah jugak kepala dia botak sampai nampak otot. Desis Seokjin dalam hati.
"You siapa nak izinkan tak izinkan ni? Eh kalau ikut kedudukan kita sekarang ni, sepatutnya i yang tak izinkan you cakap dengan dia tau?" Seokjin bertambah geram. Dadanya diurut perlahan.
"You boleh kata pasal kedudukan you tapi Namjoon ada kat siapa sekarang? I ke you?" Timah berkata cuba menyakitkan hati Seokjin.
"You jangan cakap benda tak penting boleh tak? I nak ca-"
Terdengar satu kuakan pintu dalam talian, dan serentak itu suara Timah berubah.
"Tolonglah, puan. Jangan buat Namjoon macam tu. Puan tak fikir ke perbuatan nak bawa Namjoon berubat bomoh tu berdosa? Saya tak sanggup, puan. Kalau puan marah, puan hukumlah saya puan. Bukan pada Namjoon." Ada tangisan palsu kedengaran di bait ayat terakhir.
Dasar bijih tak berguna.
"Siapa tu?"
Seokjin kenal suara yang bertanya itu.
"Puan Seokjin. Dia.. dia nak you balik untuk bawa berubat bomoh untuk kembalikan you pada dia." Timah meneruskan lakonannya lagi.
Seokjin bertambah panas lalu membuka mulut hendak menyumpah seranah si Timah namun suara bertukar pula.
"Yah, Kim Seokjin.."
"Kau ingat kau buat macam tu, aku nak balik pada kau? Kau ni dah gila ke?!" Suara Namjoon keras.
Seokjin sedikit pun tidak terkejut. Dia menarik nafas dalam dalam lalu memulakan kata.
"Kim Namjoon, awak boleh percayakan dia lagi daripada saya?" Soal Seokjin geram.
"Bukan soal percaya ke tak! Tapi tahu tak perbuatan kau ni dah melampau?!"
"Awak yang melampau, Namjoon! Awak lebih percaya cakap kotor perempuan tu dari saya yang dah berpuluh tahun kenal awak! Okay dari saya panjangkan pergaduhan ni, saya nak terus terang saja. Saya telefon awak ni sebab bapak sakit. Dia ada kat hospital sekarang. Dia nak awak lawat dia. Please, jumpa dia sebelum awak tak sempat." Suara Seokjin berubah rendah.
Dia berharap sangat Namjoon akan datang melawat Tok Hoseok.
"Kau ingat aku nak percaya cakap kau?! Sekarang kau nak guna alasan bohong yang bapak kau sakit sebab nak aku balik?!" Herdik Namjoon lagi.
"Yah! Kim Namjoon! Awak memang dah melampau tau tak?!" Pantas selepas itu, Seokjin memutuskan talian. Air mata geramnya turun mencurah.
"Bapak, saya minta maaf.."
.
Triple update hari ni sebab mood jadi sunshine like Jhope lepas tengok result. Terima kasih sangat pada sesiapa yang doakan saya ❤❤ hanya Allah yang dapat balas kebaikan pada korang. Amiin. ❤Btw, rindu nak tulis bahasa Baby Jungcooc.
YOU ARE READING
Homesweet Family + Season Two (BTS)
FanfictionSeokjin sayang suaminya si Namjoon. Seokjin sayang bapak terhandsomenya Hoseok. Seokjin sayang anak perempuannya Yoongi. Seokjin sayang anak lelakinya Taehyung. Seokjin sayang anak bongsunya Jungkook. Seokjin sayang menantu sulungnya Jimin. Jadi, se...