.
.
.
Seokjin asyik mengelap rambutnya yang basah dengan sehelai tuala kecil. Dia berdiri di hadapan cermin bilik mandi itu sudah hampir 10 minit.Fikirannya sedikit melayang memikirkan perubahan sikap suaminya yang agak ketara. Hati kewanitaannya terusik.
Akhirnya, dia menarik nafas berat. Tombol pintu dicapai namun tidak jadi dipulas apabila sayup sayup terdengar perbualan Namjoon dengan seseorang. Mungkin sedang bertelefon.
"Sabarlah. Esok bukan kita tak jumpa. Itu pun dah rindu."
Seokjin ligat berfikir sekali lagi. Tak mungkin Namjoon menggunakan perkataan rindu pada kawannya yang lelaki.
"You nak I bawa lunch mana esok?" Soal Namjoon.
You? I? Lunch? Seokjin mula menarik muka pelik. Telinganya dirapatkan pada dinding pintu bilik mandi tersebut.
"Boleh, sayang.. mestilah I akan bawa." Terdengar gelak halus dari Namjoon.
Air mata Seokjin mengalir. Mendengarkan perkataan sayang itu, tahulah dia bahawa Namjoon curang di belakangnya. Tepatlah apa yang difikirnya sebelum ini.
Mulutnya ditekup supaya tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Perlahan lahan Seokjin terduduk di lantai.
Menangisi nasib diri.
--------------------------------------
"Auntie Beddy!"
Terangkat bahu Bedah mendengar suara lantang Taehyung itu. Dia lantas menoleh ke arah budak lelaki yang asyik tersenyum.
"Kan makcik dah cakap jangan panggil makcik Auntie Beddy. Panggil makcik je kan senang?" Tegur Bedah yang kurang senang dengan panggilan yang sering digunakan oleh Taehyung itu. Malah Jungkook juga sudah terikut.
"Beddy kan lebih sedap, Auntie Beddy masak apa tu? Betul ke omma cakap Yoongi noona dengan Jimin hyung nak datang sini?" Dua soalan sekali Taehyung menyoal.
"Ni asam pedas ikan pari nama dia. Ya, kejap lagi diorang sampai lah tu. Tae pergi lah tunggu kat depan." Bedah menyuruh.
Taehyung menabik hormat Bedah lagak polis. Laju dia berlari ke ruang tamu semula. Sesampai sahaja, dia terlihat adiknya Jungkook sedang duduk bercangkung di pintu utama rumah.
"Baby menung apa tu?" Bahu Jungkook dicuit sekali.
Jungkook yang kelihatan comel dengan baju tshirt minions itu memandang Taehyung sekilas.
"Baby tunggu noona. Baby tunggu Jimin hyung secali. Dah lama Baby ta jumpe diowang." Ujar Jungkook. Dia juga teruja apabila Seokjin memberitahu mereka yang Yoongi dan Jimin akan balik ke sini.
"Hyung tunggu ngan Baby eh?" Tanpa mendengar jawapan Jungkook, Taehyung lantas duduk bercangkung di tepi adiknya.
Lama mereka berdiam diri. Masing masing fokus memandang pagar. Kalau kalau kereta Jimin dan Yoongi muncul.
"Hiyungg.." tiba tiba Jungkook bersuara.
"Em."
"Hyung, perasan ta mata omma sacit? Mata omma meyahhh je. Baby rasa omma nanis la hyung." Jungkook mengetap bibir comelnya.
Sejak pagi tadi, dia perasan akan Seokjin yang kelihatan sedikit tidak bermaya. Serta matanya yang bengkak.
"Kenapa pula omma nangis? Tok Aki babap dia kut." Duga Taehyung.
Jungkook menjongket kedua dua bahunya. Tanpa membalas apa apa, dia kembali memandang pagar.
Lebih kurang 20 minit kemudian, sebuah kereta Audi bewarna hitam muncul di pagar. Taehyung dan Jungkook berlarian mendapatkan pagar untuk dibuka. Supaya kereta Jimin dapat diparkir di dalam.
YOU ARE READING
Homesweet Family + Season Two (BTS)
FanfictionSeokjin sayang suaminya si Namjoon. Seokjin sayang bapak terhandsomenya Hoseok. Seokjin sayang anak perempuannya Yoongi. Seokjin sayang anak lelakinya Taehyung. Seokjin sayang anak bongsunya Jungkook. Seokjin sayang menantu sulungnya Jimin. Jadi, se...