HsF-12

2.3K 277 151
                                    

.

.

.
"Pembantu Am Meja 3, Park Jimin."

Jimin yang sedang menaip sesuatu di komputer kerjanya terhenti. Seseorang yang memanggilnya tadi dipandang.

"Boss panggil kau masuk pejabat dia. Penting katanya. Now." Ujar lelaki yang pasti tua darinya itu mendatar. Laju kakinya melangkah pergi sebaik sahaja menyampaikan pesanan.

Jimin agak terpempan seketika dan mula berfikir sebab dirinya dipanggil. Nak kena pecat ke?

Tanpa berlengah terlalu lama, Jimin pun bangun menuju ke pejabat bossnya. Tidak lupa buku nota kecil dan sebatang pen. Kalau kalau bossnya ada memesan sesuatu. Macam nak ambik order pun ada.

Pintu diketuk berhati hati.

"Masuk." Terdengar suara dari dalam bilik itu.

Jimin menarik nafas sebelum masuk ke dalam. Kedatangannya itu disambut dengan senyuman lebar bossnya, Bang Sihyuk.

"Ada apa boss panggil saya?" Soal Jimin.

"Wahai Jimin.." Sihyuk menyebarkan lagi senyumannya.

"Bagaimana dengan kerja kamu?"

Jimin menarik muka pelik sebentar. Tak pernah dia ditanya sebegini oleh Sihyuk. "Baik je boss."

"Haaa tanpa berlengah lagi sebab sekarang saya lapar, baik saya terus cakap je." Ujar Sihyuk lantas menghulurkan satu fail bewarna hitam kepada Jimin.

Dengan fikiran yang semakin bercelaru, Jimin menyambut fail yang dihulur lalu dibuka.

"Dah lama saya perhatikan kamu ni sebenarnya. Prestasi kerja sangatlah bagushh! Saya suka ada pekerja macam kamu ni. Jadiiiii..."

Sihyuk menarik nafas sebentar.

"...saya nak naikkan pangkat kamu mengejut. Saya lantik kamu jadi pengurus untuk projek baru saya hujung bulan ni. Setuju? Sukaaa tak?! Sukaaa takk?!" Kata Sihyuk teruja melampau.

Jimin ternganga luas. Fail dan segala apa yang dipegangnya sekarang hampir jatuh ke lantai. Wajah Sihyuk dipandang dengan mata membulat.

"Se-serius boss?!"

Sihyuk tersenyum lalu mengangguk laju. Jimin yang melihatkan itu hampir menangis. Tak pernah dia jangkakan hal seperti ini akan terjadi.

"Adakah gaji saya juga akan naik?!" Soal Jimin bertambah teruja.

"Yup! Semestinya saya gandakan gaji kamu, Jimin. Macam apa yang kamu tanya, reaksi kamu tu, saya anggap kamu setuju dengan cadangan saya ni."

Sihyuk menghela nafas lega. Memang dia mahukan Jimin mengurus projek seterusnya itu. Selama ini dia melihat Jimin bijak dan berusaha baik dalam menguruskan hal hal kerjanya. Tidak mustahil juga jika dia boleh menguruskan projek syarikatnya.

"Ya boss. Saya setuju. Lagipun gaji saya naik, bini saya suka." Ujar Jimin.

Jimin mengulum senyuman. Rasa bersyukur kerana dia dapat pendapatan lebih untuk menanggung Yoongi dan anak yang bakal lahir.

"Saya akan berikan kamu satu bilik khas dan seorang personal assistant. Semoga berjaya!"

Jimin mengangguk bangga. Dia lalu keluar setelah mendapat keizinan bossnya.

-------------------------------------

Namjoon berasa sedikit resah. Dari tadi dia termenung jauh. Failnya yang sedia terbuka masih belum terusik.

Tiba tiba lelaki itu bangkit seraya mencapai kunci kereta. Namjoon keluar dari pejabat dan mendekati seseorang.

"Timah."

Gadis itu mendongak. Laju dia bangkit dari duduk setelah mendapati itu ialah Namjoon.

"Ada apa boss?" Soalnya.

"Ikut saya." Namjoon segera melangkah tanpa mendengar apa apa dari Timah.

Timah kelu. Hampir sahaja tubuh Namjoon hilang dari pandangan, Timah segera mencapai beg tangan dan berlari dengan kasut tumitnya mengejar Namjoon.

Dalam 5 minit berjalan, mereka tiba di tempat parkir. Timah yang melihatkan Namjoon sudah membuka pintu kereta berasa hairan.

"Apa tercegat lagi kat situ? Masuklah." Namjoon bersuara mengejut membuatkan Timah terkebil kebil.

Perlahan lahan dia bergerak ke pintu belakang kereta. Tetapi belum sempat dia membukanya, Namjoon bersuara lagi.

"Duduk depan. Saya bukan driver awak." Ujar Namjoon lalu menerobos masuk ke dalam kereta.

Timah bertambah runsing. Tanpa membantah apa apa, dia juga menerobos masuk ke tempat sebelah pemandu.

Namjoon segera memandu menuju ke destinasi dengan tenang. Manakala perasaan Timah mula bercampur baur.

"Boss nak bawa saya kemana ni?" Akhirnya Timah memberanikan diri untuk bertanya. Wajah bossnya tidak dipandang.

"Lunch." Jawab Namjoon sepatah.

Mata Timah hampir keluar dari soket. Beg tangan digenggam.

"Tak pernah boss bawa saya lunch sejak saya kerja 5 tahun dengan boss. Ke ada urusan kerja?" Tanya Timah lagi.

"Tak ada. Kenapa? Tak suka saya bawak awak lunch?" Namjoon bertanya pula pada Timah.

Timah agak kehilangan kata kata.

"Bukan apa boss. Suka tu suka. Cuma saya terkejut jugaklah boss bawa saya pergi lunch." Jawabnya lembut.

Namjoon mula tersenyum kecil.

Entah apa yang merasuknya sekarang. Fikirannya tidak langsung teringat keluarganya apabila dia bersama Timah.

.

.

Comellnye lahaii 😭

Comellnye lahaii 😭

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Homesweet Family + Season Two (BTS)Where stories live. Discover now