.
.
.
"Omma! Kami nak pergi selamatkan Baby, kalau omma tak sih-""SELAMATKAN BABY?! OMMA NAK IKUTTT! OMMAA SIHAT! JOM!" Tiba tiba sahaja wanita yang sedang terbaring lesu di atas katil bangun melompat siap flip lagi menuju ke almari baju.
Terkejut Yoongi dibuatnya.
"Polis bagi info ke? Dah tahu lokasi ke? Dah tahu siapa orang durjana tu?" Soal Seokjin sambil tangannya laju menukar baju.
"Timah, omma. Dia hantar mesej dekat appa. Tapi appa buat perancangan macam mana nak tangkap perempuan tu. Tapi rancang yang klishe klishe je lah, mungkin readers pun dah boleh agak." Ujar Yoongi membuatkan Seokjin terbeliak mata.
"Hidup lagi benda tu?!!" Seokjin separuh menjerit.
"Cepatlah omma! Dah nak pukul 1 pagi ni!"
Mendengarkan itu Seokjin bertambah laju. Dia mengambil telefon bimbit dan dimasukkan ke dalam poket seluar. Mereka berdua akhirnya keluar rumah dan menuju ke arah Namjoon serta Jimin.
"Kami dua pergi balai polis bincang dengan diorang, appa pergi ke tempat perempuan tu. Omma nak ikut yang mana?" Yoongi menyoal Seokjin yang tampak kalut.
"Korang pergi. Omma ikut ke tempat perempuan tu. Cepat!" Seokjin lantas menolak Namjoon memaksanya masuk ke kereta dan menghidupkan enjin.
"Omma! Omma, kejap! Omma tak boleh gelabah macam ni. Sampai sana, omma jangan tunjuk diri omma. Biar appa sorang yang masuk. Appa tahu apa nak buat. Omma jangan buat kacau tau!" Sempat Yoongi menghalang Seokjin.
Seokjin mengangguk pantas lalu terburu buru masuk ke tempat sebelah pemandu. Akhirnya mereka bertolak mengikut perancangan tadi.
Jhope dan Taehyung dijaga oleh Bedah. Vidabah sudah pulang ke rumah kerana suaminya baru balik dari bulan.
Sebelum memulakan perjalanan, Namjoon merancang untuk memancing Timah. Dia membalas mesej Timah dengan ayat yang boleh membuatkan Timah percaya.
'Hai, Timah! Akhirnya You mesej jugak I, sayang. Dulu I terpadam nombor You and I nak mesej You balik tak dapat. Finally, I dapat contact You lagi. Risau? I tak risau pun pasal anak I hilang. I risaukan You. Kat mana kita boleh jumpa, sayang? I pun rindukan You ni. Hantar lah lokasi You. I akan datang malam ni jugak!'
Seperti yang dijangka, Timah membalas dengan ayat gembira besertakan lokasi tempatnya berada. Walaupan jauh, mereka akan tetap pergi ke sana. Sepanjang perjalanan itu, Namjoon akan mengaktifkan lokasi telefonnya supaya dapat dilihat oleh Yoongi dan Jimin. Senang untuk mereka membawa polis ke tempat itu.
"Dia dah bagitahu ke tempat dia?" Seokjin bertanya. Hilang sekejap rasa marah pada Namjoon. Semua diganti dengan perasaan risau kehilangan Jungkook.
Namjoon senyap. Tidak memberi jawapan apa apa. Bukan dia merajuk, terasa pada Seokjin. Tapi nanti Seokjin tak akan faham bahasanya.
Seokjin memandang Namjoon sekilas setelah soalannya terbiar tanpa jawapan. "Kenapa awak tak jawab?"
Namjoon diam lagi. Dia menoleh ke arah Seokjin lalu melemparkan senyuman kecil. Dalam hati dah sumpah seranah bininya itu. Dah pepandai sumpah orang tak ingat.
Seokjin menarik muka. Lalu membuang pandang keluar.
"Koe hyar ho ta ni jae hua zindergi hopum hae hindustanir ha?" (Awak tak ingat yang awak sumpah saya cakap hindustan dulu?) Nak tak nak, Namjoon akhirnya bersuara.
Tersentak sedikit Seokjin dibuatnya. Dia berdehem beberapa kali. Langsung selepas itu dia tidak bersuara lagi.
Hampir satu jam lebih perjalanan, mereka sampai ke sebuah desa yang lenggang. Rumah dibina jauh jauh dengan rumah lain. Namjoon hanya mengikut lokasi yang Timah beri.
YOU ARE READING
Homesweet Family + Season Two (BTS)
FanfictionSeokjin sayang suaminya si Namjoon. Seokjin sayang bapak terhandsomenya Hoseok. Seokjin sayang anak perempuannya Yoongi. Seokjin sayang anak lelakinya Taehyung. Seokjin sayang anak bongsunya Jungkook. Seokjin sayang menantu sulungnya Jimin. Jadi, se...