HsF-48

2.1K 280 138
                                    

.

.

.
"Omma.. dah, jangan nangis."

Yoongi mengusap usap bahu Seokjin yang masih menekup mukanya dengan tangan. Menangis kerana perasaannya sekarang bercampur. Sedih, marah, risau akan kehilangan Jungkook.

"Macam mana omma tak nangis? Anak omma yang hilang! Bukan anak orang lain!" Jawab Seokjin dengan suara tenggelam timbul lalu menekup muka sekali lagi.

Yoongi mengeluh. "Yoongi faham tapi menangis saja tak jumpanya Baby. Nanti omma pulak yang jatuh sakit." Padahal Yoongi juga tidak dapat tahan diri dari berasa sedih.

Tiba tiba Jhope yang berada dalam dakapan Jimin terbangun dari tidur dan mula menangis.

"Oppa tak salah!" Jerit Jimin dengan muka cuak.

Biasalah, first time ada anak.

"Aish salah apanya! Hobie lapar, meh sini." Yoongi menjeling sekilas lalu Jhope bertukar dukungan. Yoongi menarik sedikit bajunya ke atas dan Jhope didukung kemas. Masa untuk Jhope makan susu. ( Army yang suka pikir tak patut tu sila libas diri anda guna selipar made in bangla dengan segera. Jhope disini bayi, BAYI. Dan Yoongi perempuan, PEREMPUAN. Sape komen gay kat sini Jhope akan muncul kat bilik korang time tido pukul 3 pagi, datang untuk lempang korang guna seruling dia. )

"Seok, tak berhenti lagi kau nangis?" Tiba tiba Vidabah yang tinggal sementara di sini memandangkan dia selalu bosan bila Jimmy ke bulan, datang menyertai mereka di ruang tamu.

Seokjin tidak menjawab. Masih menangis.

"Mummy, pujuklah omma.." Yoongi seakan membisik. Penat juga lihat Seokjin begitu. Dia risau ommanya pula yang jatuh sakit.

Vidabah tersenyum nipis. Pandangannya jatuh sekali lagi ke arah Seokjin. "Ah? Appa kamu mana? Tak balik lagi?"

"Tak lagi. Lagipun baru je dia keluar." Jawab Yoongi tentang Namjoon yang ke balai polis untuk buat laporan mengenai kehilangan Jungkook. Mungkin boleh kata ini kes culik.

Enam jam berlalu, Seokjin sudah pun tertidur di atas sofa selepas penat menangis. Yoongi masih setia disebelah ommanya. Jhope sudah dibawa Jimin ke atas untuk dimandikan. Vidabah dengan segala hormat ke dapur membantu Bedah menyediakan makan malam. Taehyung.. Taehyung dari tadi tak keluar bilik.

Yoongi memandang jam di dinding terus berdetak ah... hatiku-- tak, sudah menunjukkan jam 7:30 malam. Namun fikirannya teringat akan Namjoon. Apa yang dibuatnya laporan sampai lama macam ni?

"Sayang, Hobie dah mandi. Okay tak oppa pilih baju untuk malam ni?" Jimin turun semula dengan Jhope didukungnya. Dengan baju tidur bewarna pink terang dan bercorak tompok kepala teddy bear.

"Okay je. Eh jap oppa, oppa rasa appa buat apa lama sangat ni?" Soal Yoongi.

Jimin mengangkat kepalanya memandang Yoongi. "Ya jugak kan? Kalau buat laporan tak ada lama sangat macam ni."

"Oppa pergi tengok, boleh? Yoongi risau lah. Telefon dia tak bawak pulak tu." Sekilas Yoongi memuncungkan bibirnya ke arah telefon Namjoon yang terdampar tepi televisyen.

"Boleh, nah Hobie. Paipai Hobieeeeee, papa nak keluar kejap." Jimin mencium pipi Jhope sekali sebelum diberikan kepada Yoongi. Dia lantas bergerak ke pintu utama selepas mendapatkan kunci kereta.








Di Balai polis.






"DEY PARENGGE POLISH TAHIK, KYETAE HUWA PRINAM GA THO PYAR KA HOI!" (Hoi Polis, keluarkan saya, saya tak gila!).

Namjoon yang berada dalam lokap itu menjerit jerit. Kalau ikutkan  hati nak saja dia bertukar jadi puding jelly supaya dapat melepaskan diri dari besi lokap.

Disebabkan dia terlalu risau tentang kehilangan Jungkook, dia ke balai polis dengan gelabah melampau. Sampaikan dia lupa yang dia cakap india. Namjoon terus menceritakan apa yang terjadi kepada polis bertugas.

"*dalam bahasa india* "  Dalam dialog ditepi ( Kalau exam bm ni dah lama lempang. ), Namjoon menceritakan kejadian Jungkook hilang dengan semangat jiwa yang penuh serta tangisan yang turun di pipi. Tetapi polis disitu tidak faham sepatah haram pun lalu menganggap Namjoon gila dan dipenjarakan.

Setelah beberapa jam, Namjoon terima jika ini takdirnya. Dia akhirnya duduk di bersandar di dinding lokap menghiraukan petugas petugas polis yang menjalankan kerja. Tiba tiba pintu utama balai dibuka seseorang.

"Encik ada urusan apa?" Soal seorang pegawai polis disitu.

"Saya Park Jimin. Saya nak cari appa mentua saya. Tadi di-"

"DEY JEYMEEN TAMVBHI, KYOR TA KO HUI PYOR JA HAE!" ( Jimin! Keluarkan appa dari sini! ).

Terkejut beruk Jimin mendengar jeritan itu. Kepalanya tertoleh ke arah lokap di mana ada Namjoon di dalamnya dengan tangan terkapai kapai ke luar.

"Appa!" Jimin berlari ke arah Namjoon dan memeriksa kondisinya.

"Macam mana appa boleh masuk dalam ni?" Soalnya.

"Tyo ka ho zundergi ha tom jal ho. Polish kan dhahei jobi kyo ha ho ta ho. Hindustani turm." ( Appa datang buat report. Polis anggap appa orang gila. Sebab cakap hindustan. )

Jimin menepuk dahi. Dia berpusing ke belakang memandang beberapa polis yang memandangnya pelik. Walaupun dia tak faham apa yang dicakapkan Namjoon, dia tetap nak marah polis polis tu.

"Kenapa lokapkan appa saya? Dia datang nak buat report anak dia hilang!" Jimin separuh menjerit. Muka comelnya telah diganti bagaikan arnab lapar.

"Appa awak bukan orang gila lah?" Soal salah seorang polis dengan kepala digaru.

"Dia tak gila! Korang yang gila! Dah tau nak jadi polis belajarlah banyak bahasa! Kalau orang luar pelancong ke apa datang buat laporan senang lah sikit! Negara pun tak malu! Ini kalau orang asing datang cakap bahasa diorang korang lokapkan! SEE KORANG YANG GILAAAAA!"

Kelam kabut pegawai polis itu mendapatkan kunci lokap dan membawa Namjoon keluar. Dengan muka merajuk, Namjoon menjeling mereka.

"Kenapa dia cakap lain? Appa encik dari luar negara ke? Tapi muka korean." Polis itu menjemput Jimin dan Namjoon duduk di hadapan mejanya.

"Dia kena sumpah dengan bini dia. Dah jangan tanya lagi. Disebabkan ni, masa nak cari adik saya terbuang. Saya nak buat report. Adik saya hilang semalam dekat depan Sekolah Rendah BT21. Cari cepat." Ujar Jimin dengan muka monyok.

"Kami minta maaf pasal hal ini encik. Sekarang bagitahu secara detail pasal adik encik yang hilang dan kami akan keluarkan arahan di setiap balai yang terlibat." Pegawai itu lantas membuka laptop dan beberapa kertas diambil untuk dicatat.

.

.

.
Lebih suka saya buat ff cinta atau friendship between bangtan je? Honestly, saya memang fail buat ff konflik cinta romantik gitu. Pasal friendship saya lebih suka. Tapi kalau readers nak ff cinta saya akan cuba jugak 😁💞

Homesweet Family + Season Two (BTS)Where stories live. Discover now