.
.
"Tengok.. Tok Aki terencat.."Bisik Taehyung ke telinga adiknya, Jungkook. Mereka berdua dari tadi berdiri tegak menghadap Tok Hoseok dari jauh.
Budak lelaki berumur 7 tahun itu agak cemburu apabila melihat Tok Hoseok yang mendapat mainan baru. Dia cuba menghasut adiknya yang berumur 3 tahun itu cemburu bersama.
"Hyung.. to aci ta teyencat la." Marah Jungkook pula. Dia hendak mendekati Tok Hoseok tetapi takut menganggu Tok Hoseok yang sedang berhello hello dengan telefon flip pinknya.
Taehyung menarik muka geram. Adiknya itu sangat baik dan tidak selalu termakan hasutannya.
"Betul la. Tengok, kita pun tak main mainan macam tok aki tu." Taehyung memuncung bibir ke arah Tok Hoseok.
Jungkook menjeling Taehyung sekilas. "Ish biarlaa To Aci. Hyung ni.. To Aci tu gegirl laa biarla dia main nan Barbie."
Jungkook mula malas hendak melayan Taehyung lalu dia berpatah balik ke ruang tamu yang terdapat permainan dinosournya. Daripada melayan Taehyung baik dia melayan imaginasinya sendiri.
"Tok Aki bukan gegirl lah! Tok Aki tu boboy macam kita. Kau semua benda tak tahu, aku jugak lagi pandai. Hmmph." Balas Taehyung sambil mengikuti adiknya dari belakang.
Jungkook segera menghentikan perbuatannya dan memandang serius wajah Taehyung.
"Baby na main ni. Baby ta na hyung caco baby. Pegi cane." Ujar Jungkook geram sambil jarinya yang kecil itu menunjuk lurus ke luar.
Nafas Taehyung turun naik. Adiknya itu selalu buat dia nak marah. Sebuah patung spongebob diambil lalu dipukul ke atas kepala Jungkook.
Jungkook cuba kuat walaupun bibirnya sudah tercebik cebik menahan tangis.
Amarah Taehyung tak berakhir di situ. Sekali lagi patung spongebob dipukul ke atas kepala adiknya.
"Huwaaaaaaaaaaaaaa! Baby menci hyooooonngggggg!" Raung Jungkook sebelum menekup mukanya ke atas karpet.
Mendengarkan raungan Jungkook, Seokjin yang sedang memasak di dapur terkejut. Langkah pantas dihayunkan ke arah ruang tamu.
"KIM TAEHYUNGG!"
Hampir roboh rumah agam itu mendengar jeritan Seokjin. Tok Hoseok yang sedang berjoget diiringi lagu favouritenya dari dalam telefon flip itu juga hampir musnah deria dengar yang sememangnya kurang dengar.
"Tae buat apa kat baby?!" Tanya Seokjin dengan bercekak pinggang.
"Hyung pucul baby nan pambob pepen baby." Adu Jungkook kurang jelas kerana masih menekap muka ke atas karpet.
Taehyung yang mula ketakutan itu terdiam. Tiba tiba kedengaran raungan Taehyung apabila telinganya dipulas Seokjin.
"Omma ada ajar ke pukul adik?!" Seokjin menyinga.
Jungkook yang mendengar raungan hyungnya segera bangkit. Pantas dia berlari mendapatkan Taehyung.
Tubuh Taehyung dipeluk kuat. "Omma! Omma jangan buat hyung! Baby maafcan hyung. Cecian hyung naniss!"
Melihatkan kelakuan Jungkook itu, Seokjin mula sejuk hati. Telinga Taehyung dilepaskan.
"Tae dengar tu?! Adik Tae ni jugak yang pertahankan Tae." Seokjin bersuara agak tinggi.
Taehyung tercebik cebik. Air matanya diseka sebelum menolak Jungkook dari terus memeluknya. Dia lantas berlari ke atas memasuki bilik.
Terkejut dengan tindakan Taehyung, Seokjin hampir membaling senduk di tangan ke arah Taehyung dari jarak jauh.
"Apa nak jadi dengan budak ni?!"
Tiba tiba terasa tangannya disentuh seseorang. Kelihatan Jungkook mendongak memandangnya.
"Omma jangan risau ocey? Nanti baby cacap nan hyung." Pesannya lalu tersenyum comel.
Rambut Jungkook diusap manja. Anak ketiganya itu benar benar baik. Belum sempat dia kembali ke dapur, loceng di pagar ditekan seseorang.
Seokjin sedikit keliru tetapi dia masih melangkah ke pagar. Maka kelihatanlah sesusuk tubuh yang sudah lama tidak bertemu.
"Makcik Bedah!!"
Seokjin tersenyum lebar menyambut kedatangan Bedah, wanita yang sering memberikannya ikan masin sewaktu mengandungkan Jungkook dahulu akibat mengidam.
"Seok! Lama tak jumpa ya?" Soal Bedah lalu aksi memeluk cara wanita dilakukan. Seokjin membawa Bedah masuk ke dalam rumah.
"Ya, makcik. Lama dah tak jumpa. Tapi Joon selalu cerita khabar makcik sebab dia selalu terserempak makcik. Kan pejabat dia area situ." Ujar Seokjin dengan senyuman lebar.
"Iya, makcik selalu terjumpa--" Terputus kata kata Bedah saat matanya terarah kepada Tok Hoseok.
Malah, mata Tok Hoseok juga berubah menjadi bentuk love. Telefon flip pinknya segera disorokkan ke dalam baju. Malu fikirnya.
Angin yang sepoi sepoi itu meniup masuk ke dalam rumah membuatkan rambut uban Tok Hoseok berkibar ke belakang. Sekaligus membuatkan love di mata Bedah kian membesar.
Seokjin sudah mula hairan. Bahu Bedah disentuh.
"Err.. ya?" Bedah seakan kembali ke alam nyata.
"Makcik okay?" Soal Seokjin.
Bedah terangguk angguk. Seokjin tersenyum kembali lalu memimpin Bedah ke dapur. Sempat juga mata Bedah melirik kembali ke arah Tok Hoseok yang masih memandangnya.
"Err Seok, siapa tu?" Saat inilah dia mesti mengenali lelaki itu. Maklumlah, Bedah tak pernah nampak dan jumpa Tok Hoseok sepanjang mengenali Seokjin dan Namjoon.
"Oh! Kalau makcik nak tahu, itulah bapak saya yang saya selalu cerita nak kena jagalah, itulah inilah. Haa tu lah bapak saya, Hoseok. Anak anak panggil dia Tok Aki." Jawab Seokjin sambil tangannya lincah memotong sesuatu.
Bedah mengangguk lagi. 'Bapak kau kacak, Seok. Tak sempat aku tahan hati aku dari terjatuh tadi. Tok Hoseokmu begitu kacak.' Getus hati Bedah.
Manakala Tok Hoseok mengeluarkan telefon flipnya dari dalam baju lalu dilekapkan ke telinga.
"Mak Barbie sudah sampai." Ujarnya lalu tersenyum malu.
.
Yow, rasa nak buat oneshort/short stories bts. Tapi tak tahu nak buat watak utama sape. Tolong pilih antara dua ni.Kim Taehyung.
Or
Jeon Jungkook.
YOU ARE READING
Homesweet Family + Season Two (BTS)
FanfictionSeokjin sayang suaminya si Namjoon. Seokjin sayang bapak terhandsomenya Hoseok. Seokjin sayang anak perempuannya Yoongi. Seokjin sayang anak lelakinya Taehyung. Seokjin sayang anak bongsunya Jungkook. Seokjin sayang menantu sulungnya Jimin. Jadi, se...