HsF-5

2.9K 319 206
                                    

Kita ke segmen Yoonmin.
.
.
.
.
Yoongi meletakkan beberapa keping roti di atas pinggan sebelum membawanya ke meja makan. Sebentar lagi, suaminya akan sarapan sebelum bertolak ke tempat kerja.

Seketika, Yoongi memicit micit kepalanya yang berdenyut. Entah kenapa, sejak kebelakangan ini kepalanya asyik sakit dan pening.

"Good morning, sayang~"

Jimin keluar dari bilik lalu mendapatkan Yoongi dan diberi backhug. Yoongi yang sedang menuang air ke dalam cawan sedikit terkejut.

"Morning, oppa. Makan dulu sebelum pergi kerja. Saya nak siapkan bekal oppa." Pamit Yoongi lalu kembali ke dapur meninggalkan Jimin yang mula mencapai sekeping roti.

"Air teh buatan bini selalu sedap." Puji Jimin sambil tersenyum suka. Bertuah dia menjadi suami kepada Yoongi.

"Oppa! Oppa nak ikan pekasam atau ikan masin?"

Tiba tiba terdengar laungan Yoongi dari dapur. Menanyakan lauk yang Jimin mahu untuk dijadikan bekalan ke tempat kerja.

Jimin berfikir sejenak. "Ikan pekasam!"

Yoongi lantas mengasingkan lauk dan nasi. Satu bekas untuk nasi dan satu lagi bekas untuk ikan pekasam. Salah satu sifat Jimin yang Yoongi suka, makan yang ringkas ringkas. Dan tidak terlalu memilih.

Yoongi membalut kedua bekas itu ke dalam satu kain berwarna biru lembut. Lalu dia berpusing untuk menyerahkan bekal itu pada suaminya.

Saat itulah Yoongi merasakan kepalanya sakit lagi. Langkahnya terhenti dek mahu menahan dari kesakitan.

"Op-" Tak sempat memanggil Jimin, Yoongi rebah tak sedarkan diri. Bekal untuk suaminya itu jatuh je lantai bersama tubuh Yoongi.

"Shayang?"

Jimin memanggil dengan mulut penuh roti. Riak pelik terpapar setelah dia terdengar bunyi seperti buah nangka jatuh.

Tiada sebarang respons dari isterinya itu.

"Sayang? Awak okay ke disana?"

Jimin lantas bangun dari duduk bila hatinya tidak lagi tenteram. Kakinya dihayun laju menuju ke dapur.

Sampai sahaja disana, mata Jimin terbeliak melihat Yoongi terbaring dengan mata terpejam di samping bekalan makanan yang sudah dibalut kemas.

"Tidak! Ikan pekasam oppa!"

Jerit Jimin lalu berlari mendapatkan bekal makanannya. Dibelek dan dipegang pegang dahulu. "Semuanya okay, bagus."

Lelaki itu segera meletakkan bekal makanan ke atas meja kecil berdekatan. Tubuh Yoongi didekati.

"Sayang? Sayang?" Panggil Jimin lalu menampar lembut pipi putih gebu Yoongi.

Air mata jantannya mula bertakung. Kepala Yoongi dipapah ke atas peha.

"Sayang... bangun. Kenapa awak pengsan ni? Huaaaaaa." Raung Jimin sambil menepis air mata.

Tubuh Yoongi didukung bride style. Tanpa berlengah, dia segera membawa Yoongi ke hospital.

"Encik tunggu di luar dulu sementara saya periksa isteri encik." Pesan seorang doktor wanita lewat 40-an dan Jimin menurut.

Dia lantas melabuhkan duduk di bangku berdekatan. Telefon bimbit dikeluarkan dari dalam poket seluar.

Pertama sekali, dia menelefon bossnya menyatakan kelewatannya masuk ke pejabat kerana isterinya pengsan. Setelah itu, dia mendail pula nombor ibu mertuanya.

Tutt tutt..

"JANGAN KOYAKKAN PAMPERS TOK AKI- OhH Hello Jimin.." Sapa Seokjin setelah memarahi seseorang.

"Om-omma." Jimin menahan sebak sekali lagi.

"Eh? Oh? Kenapa kamu ni? Yoongi belasah kamu ke?" Soal Seokjin kedengaran kalut.

Jimin tarik hingus yang hendak keluar. "Bukan omma. Yoongi pengsan tadi. Sekarang dia kat hospital. Dia diperiksa kat wad kecemasan ni."

"Hah?! Apa?! Pengsan?! Hospital?! Omma datang sekarang!"

Tanpa sempat Jimin bersuara lagi, panggilan diputuskan. Skrin telefon dipandang kosong.

Tak sampai sepuluh minit, terdengar tapak kaki laju ke arahnya. Bila dia mendongak, terlihat wajah risau Seokjin di hadapan.

"Yoongi dah sedar?" Soal Seokjin risau melampau.

Jimin menggeleng. "Doktor masih tak-"

Terputus kata kata Jimin saat pintu wad itu dikuak dari dalam. Terpacul doktor wanita tadi.

"Encik- oh ini siapa?" Tanyanya merujuk Seokjin.

"Sa-saya omma dia. Macam mana keadaan Yoongi anak saya?" Seokjin terus memperkenalkan statusnya.

Doktor wanita itu tersenyum.

"Tahniah, Yoongi mengandung tiga minggu. Puan akan mendapat cucu dan encik bakal menjadi papa."

(Asal aku geli bongok.)

Seokjin dan Jimin mengeluh lega. Mengucapkan terima kasih pada doktor wanita itu.

"Boleh saya jumpa dia?" Tanya Jimin tidak sabar.

"Boleh tapi dia belum sedarkan diri lagi. Bila dia dah sedar, dia boleh terus balik. Saya pergi dulu." Pamit doktor tersebut lalu melangkah pergi.

Jimin lantas membawa ibu mertuanya masuk mendapatkan Yoongi. Gadis itu masih pengsan.

Jimin mengenggam tangan isterinya itu sebelum matanya terarah ke perut Yoongi. Wajah didekati ke perut itu.

"Membesar dengan baik ya." Bisiknya lembut.

(Series aku geli tetiba lel.)
.

.

.


Whu did dis-

Homesweet Family + Season Two (BTS)Where stories live. Discover now