HsF-37

1.9K 265 53
                                    

.

.

.
"Boleh tak kau straight to the point je kenapa kau nak jumpa aku? Aku banyak kerja ni."

Seokjin sedikit pun tersentak dengan cara percakapan Namjoon sekarang. Hari ini dia menghantar pesanan pada Namjoon untuk berjumpa di sebuah restoran. Rungutan Namjoon tadi dibiarkan berlalu.

"Kau tak reti sabar ke? Air aku pun tak sampai lagi." Aku kau? Haha Seokjin pun boleh guna.

Namjoon tersenyum sinis. Nak tak nak dia perlu menyabarkan dirinya juga. Dalam 15 minit menunggu, air yang dipesan Seokjin sampai. Segera dihirupnya kerana dahaga.

"Dah, sekarang bagitahu aku apa kau nak?" Namjoon memeluk tubuh.

"Kau tahu yang bapak dan tak ad- Ah! Lupa nanti kau kata aku guna alasan lagi." Seokjin sengaja ketawa kecil di hujung ayat.

Riak wajah Namjoon sedikit berubah. Namun cepat cepat dia membuat seperti dia tidak terkesan apa apa.

"Namjoon.."

Seokjin mula serius.

"Tipulah kalau aku kata aku dah tak sayangkan kau. Dah berpuluh tahun kita kenal. Bukan sebagai kawan malah sebagai suami isteri. Walaupun kau dah tak macam dulu, dah tak macam Kim Namjoon yang aku kenal. Tapi, aku tetap nak yang terbaik untuk kau. Sebab tu lah aku ajak kau jumpa untuk cuba nampakkan keburukan di sebalik kebaikan." Seokjin menarik nafasnya sebentar.

Namjoon mula terusik tetapi entah mengapa dia mengambil keputusan untuk membiarkan Seokjin meneruskan percakapannya.

"Aku bukan nak rosakkan perasaan kau macam kau rosakkan perasaan aku. Tapi disebabkan kau masih suami aku, aku nak kau tahu yang Timah bukan perempuan yang baik. Kalau kau nak sangat ada bini lain yang lebih muda dari aku, boleh.. tapi bukan dengan dia, Namjoon. Kau boleh cari yang lebih baik."

"Terpulang pada kau nak percaya apa yang aku akan cakapkan lepas ni. Perempuan yang kau fikir dah terbaik untuk kau tu ada cuba nak bunuh anak kita. Tapi.."

Keluhan kedengaran dari mulut Seokjin.

"..bapak dah selamatkan nyawa Baby walaupun nyawa dia yang diambil tak lama lepas tu. Jadi kat sini, aku nak bagitahu yang dia dah buat kesalahan yang serius."

"Kau buat cerita apa ni?" Namjoon menyoal mendatar.

Seokjin menahan sabar. Selepas itu dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam beg. Video yang sudah ditransfer ke dalam telefonnya itu dibuka dan dengan perasaan geram, dihulurnya pada Namjoon.

Namjoon ragu ragu untuk melihat namun dia juga terkejut dengan apa yang dilihatnya. Malah dia sendiri kenal dengan kereta itu.

Dahi Namjoon berpeluh. Tiba tiba, lelaki itu bangun dari tempat duduknya dan berlalu pergi meninggalkan Seokjin yang terpinga pinga.

.

.

.

Homesweet Family + Season Two (BTS)Where stories live. Discover now