.
.
.
"Sayangg Yunyun oppaaaa!'Hampir terkentut Yoongi dibuatnya apabila dia dikejutkan dengan suara lantang si suami.
"Apa jerit jerit ni oppa?!" Marah Yoongi lalu menyambung makan jambu batu.
Jimin hanya mengetawakan Yoongi. Dia lantas mengambil duduk di sebelah isteri kesayangannya itu.
"Heeeheee."
Yoongi memandang Jimin dengan pandangan nak-mati-agaknya-suami-aku-ni.
"Sayang, oppa ada berita baik untuk awak. Oppa yakin awak mesti gembira." Jimin menjadi semakin tidak sabar memberitahu berita gembira tadi.
"Hum. Apa dia?" Ujar Yoongi sedikit tidak berminat.
"Oppa kan..."
"Oppa apa?"
"Oppa kan.."
"Oppa kan nak kepala oppa ada bawah kaki Yoongi. Cakaplah cepat!" Yoongi hilang sabar. Hampir pipi suaminya itu ditampar dengan jambu batu.
"Amboi garang. Okaylah. Ni, oppa dapat naik pangkat dan gaji oppa berganda!"
Tercampak jambu batu yang ada di tangan Yoongi. Wajah Jimin dipandang. Reaksi bagaimana Jimin mendengar khabar tadi diberi sama oleh Yoongi.
"Op-oppa jangan buat cerita.." Yoongi bangun perlahan.
Jimin menahan gelak melihat reaksi isteri. Dia juga bangun dan berhadapan dengan Yoongi. Kedua bahu Yoongi dipegang.
"Oppa tak buat cerita, sayang.. oppa dah naik pangkat. Sekarang oppa akan pastikan keperluan keluarga kita sentiasa terjamin." Ujar Jimin dengan suara lembut.
Air mata mula bertakung di mata Yoongi. Segera tubuh Jimin dipeluk erat.
"Tahniah, oppa. Saya tahu saat ni memang impian oppa kan? Saya tumpang gembira, love you." Ucap Yoongi di bahu Jimin.
"Gembira sebab oppa naik pangkat ke, sebab gaji oppa?" Duga Jimin. Sengaja ingin mengusik.
"Oppa sedar tak yang oppa tanya soalan maut pada saya?" Yoongi tersenyum di akhir kata.
Jimin dengan hormatnya meleraikan pelukan dan melangkah laju masuk ke dalam bilik.
------------------------------------
5 bulan berlalu. Perut Yoongi yang dulunya kempis mula membesar. Memandangkan lagi beberapa bulan sahaja lagi dia akan melahirkan, Yoongi perlu membeli barang baby secara sedikit dahulu.
Hari itu, dia mendapat chat daripada rakan baiknya, Neulra yang kembali ke Korea setelah beberapa tahun bekerja mengusahakan sebuah butik di Paris.
Atas sebab sudah lama tidak berjumpa, mereka akhirnya memutuskan untuk berjumpa di salah sebuah cafe di Incheon Mall.
"Tak sabarnya aku nak tengok baby kau ni, Yoongi!" Entah ke berapa kali Neulra mengatakan hal yang sama. Sesekali dia menyentuh perut rakannya itu.
"Itu baru kau. Aku ni haa omma dia, lagi tak sabar kau tahu?" Ujar Yoongi dengan nada teruja.
"Eh, boleh aku jadi mak angkat dia nanti? Boleh eh? Boleh eh?" Ada riak pengharapan pada wajah Neulra.
Yoongi ketawa mendengar permintaan sahabatnya itu. "Yah, mestilah! Aku memang dah terfikirkan hal tu. Tapi..."
"Tapi apa?" Neulra menjongket kening.
"Tapi bila aku boleh jadi mak angkat anak kau pulak?" Ternyata soalan Yoongi itu membuatkan pipi Neulra berubah kemerahan.
"Apa kau ni.. kesitu pulak." Typical gadis gadis malu, Neulra bermain hujung rambut.
"Apa apa? Kau malu malu ni mesti ada apa apa yang kau tak cerita kan? Bagitahu." Yoongi memeluk tubuh. Matanya lurus memandang Neulra.
Neulra pula mula tersengih kerang busuk. Bagai meminta penampar dari Yoongi.
"Aku kan.. uhm. Aku dah berpunya tapi tak rancang nak kahwin lagi, Yoongi. Aha!" Usai berkata, Neulra menekup muka.
Yoongi yang mendengarkan itu pula teruja lebih. Bakal ibu itu menjerit jerit keriangan. Mujur orang di cafe itu tidak ramai.
"Wehhhh tak nak kenalkan pada aku ke? Aku nak tengok jugak siapa yang dah huni hati kawan aku ni." Tanya Yoongi bagaikan tidak sabar.
Neulra terdiam seketika.
"Kau kenal dia, Yoongi."
Yoongi membuat muka terkejut. "Siapa?"
"Chanyeol. Lelaki yang crush kat kau dulu tu."
Yoongi terlopong. Riak seperti tidak percaya.
"Kami tak sengaja terjumpa kat paris dulu. Masa hari pertama pembukaan rasmi butik aku, dia hadir jugak. Aku tak sangka pulak dia termasuk dalam senarai jemputan VIP aku. Rupanya dia juga fashion designer terkenal dekat sana."
Yoongi sudah membuat muka teruja untuk mendengar cerita Neulra.
"Mula mula jumpa, dia asyik tanya tentang kau. Maklumlah, kau tak jemput sesiapa pun rakan sekolah kita selain aku ke majlis kahwin kau tu. And dia tak tahulah yang kau dah kahwin."
"Bila dia tanya, aku pun jawab lah perkara sebenar. Mulanya, dia nampak sedih jugak lah. Dua bulan lepas kami berkawan, dia tiba tiba confess kat aku, Yoongi! Aku tak sangka gila!" Neulra sekali lagi menekup muka.
Yoongi hanya ketawa melihat gelagat Neulra itu. Tiba tiba ketawanya mati setelah seorang lelaki yang amat dikenalinya masuk ke cafe tersebut. Pantas Yoongi menarik daun pokok yang berada dekat dengannya menutup separuh muka.
Neulra pelik melihat gelagat bakal ibu itu.
Tetapi Yoongi lebih pelik melihat appanya, Namjoon masuk bersama seorang gadis yang bukan ommanya!
"Siapa minah tu? Kerek semacam je.." kata Yoongi perlahan.
Mata Yoongi semakin berapi apabila gadis itu memeluk lengan Namjoon tanpa dibantah. Malah, senyuman gembira terpapar pada wajah appanya. Api di mata Yoongi semakin membara apabila gadis itu melentok lentokkan kepala ke bahu Namjoon.
"Apesal tu? Patah tengkuk agaknya."
Tiba tiba Namjoon memeluk mesra pinggang ramping gadis itu. Hampir terberanak Yoongi dibuatnya.
.
.
.
Sesi berkenalan;
Nak tahu jugaklah readers HsF ni umur berapa? 😁💕
YOU ARE READING
Homesweet Family + Season Two (BTS)
FanfictionSeokjin sayang suaminya si Namjoon. Seokjin sayang bapak terhandsomenya Hoseok. Seokjin sayang anak perempuannya Yoongi. Seokjin sayang anak lelakinya Taehyung. Seokjin sayang anak bongsunya Jungkook. Seokjin sayang menantu sulungnya Jimin. Jadi, se...