HsF - Final Chapter.

2.9K 272 287
                                    

Pagi yang berbahagia serta tenang itu membuatkan Seokjin bangun dari tidurnya dengan senyuman. Dia menggeliat sehingga pinggangnya membunyikan letupan kecil. Namjoon yang masih tidur berdengkur itu dipandang sekilas.

"Dia ni kalau berdengkur lembu kerbau pun lari takut." Komen Seokjin tiba tiba. Perlahan lahan dia turun dari katil dan melihat jam kecil di meja lampu tidur.

Pukul 6 pagi. Waktu itu cukup untuknya menyediakan sarapan. Dengan semangatnya dia mencapai tuala dan meluru ke bilik mandi.

Semangatnya hari ini lain macam. Mungkin tidak sabar menghantar Baby Jungkook ke tadika barunya. Ya, Jungkook akan memulakan zaman belajarnya hari ini. Taehyung juga akan memulakan hari pertama sekolah sebagai pelajar darjah 2.

Usai sahaja mandi dan menyarung pakaian yang sesuai, dia melangkah turun untuk meyediakan sarapan.

Kali ini dia terpaksa kerja di dapur seorang diri kerana Bedah menghadiri kelas Yoga dan latihan dance hiphop untuk beberapa hari di bandar.

Tidak disangka permintaan Bedah sebelum ini. Punya lama, Bedah baru ada impian. Dia memberitahu Seokjin bahawa dia ingin menjadi artis kpop yang bekerjasama dengan PSY. Oleh itu dia perlu kelihatan muda dan mula berlatih menari.

Sewaktu dia tiba di dapur, kelihatan Yoongi dengan muka yang sedang mengalami tekanan perasaan yang mendalam. Ada Jhope yang duduk di atas bahunya sambil tangan memeluk leher Yoongi.

"Yoongi? Apehal muka tu?" Tegur Seokjin. Anaknya yang sudah menjadi ibu itu nampak seperti dalam proses menjadi gila.

"Omma, Yoongi ingat nak masukkan ubat tidur dalam susu Hobie." Ujarnya mendatar sebelum belakang periuk menghentam kepalanya. Yoongi tidak mengaduh sakit malah riaknya sama seperti tadi.

Hobie sudah terkekek ketawa melihat ibunya dipukul Seokjin.

"Ada ke macam tu? Kenapa? Hobie tak tidur ke?" Seokjin kembali meletakkan periuk ke tempat asal.

"Tak, omma. Dua hari Yoongi tak tidur. Jimin jenis tidur mati." Nada suara Yoongi kedengaran seperti dia cemburu dengan Jimin. Iyalah, sewaktu Jhope bising kerana sedang melakukan breakdance di atas karpet, dia seorang sahaja yang terjaga untuk mengawal anaknya itu. Jimin masih boleh tidur dengan lena.

"Biasalah anak usia gini memang lah aktif sikit. Kamu dulu pun masa umur macam Hobie, boleh pergi daki gunung kat belakang sana tu. Dua minggu cari, hampir je gorilla kat sana nak ambik kamu jadi anak di-"

"Omma, jangan mengarut boleh tak." Potong Yoongi sambil tangannya menggoncang botol susu.

Jhope menggoyang goyangkan tubuhnya. Tubuh Yoongi ikut sama goyang kerana anaknya itu bergayut di lehernya. "Nyaaann.. nyann.. nyaa." Mulut Hobie bising dengan bahasanya sendiri.

Seokjin jatuh kesian pada Yoongi. Baru sahaja semalam dia berangan untuk menyuruh Yoongi sahaja menghantar Jungkook dan Tae ke sekolah. Nampaknya dia sendiri lah yang kena buat semua tu.

"Meh Hobie kat omma. Kamu pergi tidur." Seokjin meninggalkan sekejap kerja memotong roti kepada bentuk tiga segi lalu berjalan ke arah Yoongi.

Serentak itu, muka Yoongi seperti disinari matahari. Mujur tak terbakar je. "Be-betul ni omma? Yoon-yoongi boleh tidur?!"

Seokjin naik pelik. "Yelah tidur lah. Kesian pulak tengok kamu ni. Pergi naik tidur. Hobie omma bawak pergi hantar Baby dengan Tae nanti." Tangan berhati hati mengambil Hobie ke dalam dukungan. Botol susu yang dihulurkan Jimin diambil.

"Bye sayang mama. Mama nak tidur dulu! Thanks omma!" Tidak ketinggalan untuk berterima kasih kepada Seokjin yang menawarkan diri menjaga Jhope.

"Kamu tak letak ubat tidur kan?" Sempat Seokjin meyoal sebelum Yoongi berpusing hendak naik ke bilik. Botol susu Jhope dibelek belek. Dibuatnya betul perempuan itu meletakkan ubat tidur dalam susu Jhope, Seokjin sudah siap sedia untuk mencabut pampers Jhope dan ditekup ke muka maknya. Err agak jahat?

Homesweet Family + Season Two (BTS)Where stories live. Discover now