HsF-45

2.1K 286 106
                                    

.

.

.
Annyeong?
.

.
"Appa.."

Namjoon yang sedang merenung nasib diri di taman mini rumah mereka berpaling melihat gerangan yang memanggilnya. Kelihatan Jimin mengambil duduk di sebelahnya.

"Ho tum hame ho?" ( saya bantai je tulis janji bunyi ala ala hindustan sikit. Maksud : ada apa? Lel dasarnya author nii )

Jimin garu kepala. Sekarang agak susah nak faham apa yang Namjoon cakap. Tengok ayah mertuanya itu, teringat pula Amitahmb Bachan. Kesian, kesian.

"Maafkan Jimin appa-"

"Keya hu waa, Jimin? aa~ appa to pyar ka hae zindegirr hindustanirrrrr tum." ( kenapa Jimin? Ah~ Appa tahu kamu tak faham bahasa ni. ) Terdengar keluhan kecil dari mulut Namjoon.

Sekali lagi kepala digaru. Tanpa membalas apa apa Jimin melangkah masuk ke dalam rumah semula. Tidak lama kemudian, dia kembali dengan satu sketch book dan sebatang pen.

"Appa boleh tulis kat kertas ni. Kalau appa nak cakap apa apa appa tulis je." Cadang Jimin lalu meletak perlahan sketch book dan pen dihadapan Namjoon.

Hampir menangis Namjoon dibuatnya. Bermacam benda yang buat dia sedih.

Pen diambil lalu dia menulis sesuatu di atas permukaan kosong.

'Appa menyesal dengan apa yang appa dah buat. Tengok sekarang ni? Mana bini kamu? Dia yang paksa appa datang sini.'

Beberapa saat Jimin membaca apa yang ditulis Namjoon itu. "Appa tak boleh salahkan Yoongi pulak. Dia cuma nak satukan keluarga dia. Sampai hati omma main sumpah. Lepas tu taknak tarik balik pulak tu."

Namjoon mengeluh lagi. Sekali lagi dia menulis.

'Appa rasa appa patut balik rumah appa.'

"Tak, tak. Jimin rasa appa tak patut balik lagi. Masa ni lah appa kena tunjuk yang appa betul betul minta maaf dan nak pulihkan keadaan keluarga appa. Janganlah putus asa! Sampai bila appa nak duduk diam dalam rumah appa tanpa buat apa apa?" Jimin sedikit membebel.

Terdiam seketika lelaki disumpah itu.

"Thee khai, Jimin, theeeee khai. Appajee omma ta ko vaapas laane kee koshish karenge!" ( Baiklah, Jimin. Appa akan cuba ambil hati omma semula! ) Ada semangat waja pada suara Namjoon. Lelaki itu menggenggam tangan dan diangkat keatas. Gaya power rangers nak bertukar.

"Uu... o-kay.. ya.. ya-" Jimin hanya buat buat faham dan mengangguk kekok apabila Namjoon memandangnya sambil tersengih.





---




Sudah sebulan lebih Namjoon di sini. Bermacam juga dia buat untuk dapatkan semula hati isterinya. Tapi itulah, susah bebenor wanita itu. Hatinya keras. Namjoon akan selalu mengantar mesej kepada Seokjin setiap malam.

Sayang ku perlu kamu 💕😢
Last seen today at 9:05 pm.

Sayang, abang ada teka teki kat
sayang

Kenapa R A P Monster not D A N C E
Monster?

Haa jawab jawab

Sebab...

Abang pun tak tahi!! 😂

*tahu. Sorry sayang

Okay kali ni abang serius. Ulat
gonggok ada 100 kaki bila dia
pusing kiri kaki dia tinggal 99. Mana
lagi satu?

Haa jawab sayang!

Sebab...

Satu lagi dia angkat nak bagi signal!

HAHHAHAHA terhibur tak sayang?

Oh okay ;-;

Namjoon memandang kosong skrin telefonnya. Mesej mesej yang dihantar cuma dua tick. Pergi mana Seokjin ni, buat apa malam malam ni. Dah pukul 10:30 malam.

"Kim Seokjin..." Sebut Namjoon perlahan. Hatinya kembali sedih. Sudahlah dia terpaksa tidur di bilik tetamu. Jauh dengan bilik Seokjin. Eh bersyukur je lah Joon daripada kau terpaksa tidur bawah lantai satu bilik dengan mak cik Bedah.

"Huk!" Hampir tersedak Namjoon apabila mesej mesejnya tiba tiba bluetick. Ada tertulis online di bawah nama Seokjin. Berbunga hati!

"Jaavabb dey, Thayang!"

Dalam 10 minit, Seokjin offline.

"Ne-nehii, thayang.."

Manakala Seokjin, meletak semula telefonnya ke tepi bantal setelah membaca mesej mesej dari Namjoon tadi. Menyampah pulak dia rasa apabila Namjoon tak ada langsung perasaan malu mesej dia selepas membuat kesilapan.

"Mengada, ada hati lagi nak chat aku!" Seokjin merengus lalu menarik kasar selimut menutup sebahagian badannya. Lalu baring mengiring ke kanan.

Mata lantas ditutup untuk tidur. Namun tak lama, tiba tiba Seokjin mengalih selimut dan bangun duduk dengan kasar.

"Kenapa pulak ulat gonggok boleh angkat tangan bagi signal?!"  Marahnya.






Rindu tak aaaaa ha rindu takk ha *kena lempang sebab lama tak update*

Homesweet Family + Season Two (BTS)Where stories live. Discover now