.
.
.
"Hai, sayang!"Namjoon lantas mendongak memandang empunya suara yang masuk ke dalam bilik pejabatnya itu. Senyuman di bibir terus diukir.
"Ada apa?" Soal Namjoon lembut.
Timah tersengih manja. Selepas menutup pintu dia terus sahaja ke kerusi Namjoon dan bersandar di situ. Bahu Namjoon dipeluk mesra.
"Tak ada apa cuma I rindu." Suara disedihkan.
Ketawa halus Namjoon mendengarnya. "Really? Haha balik kerja nanti kita keluarlah makan ke apa."
Timah memuncung mulut. Pelukan di bahu lelaki itu belum dilepaskan.
"Erm sebenarnya I nak minta izin you ni." Jari telunjuk dimain mainkan ke atas bahu Namjoon.
"Izin apa, sayang?"
"Erm I sebenarnya segan tapi nak buat macam mana lagi. Kawan kawan I baru balik dari London semalam and diorang ajak I keluar luang masa sebab dah lama tak jumpa. I ingat I nak minta duit sikit buat I belanja. Duit simpanan I dah habis." Ujar Timah dengan wajah pengharapan.
Namjoon berfikir sejenak. "Bila kawan kawan you ajak keluar tu?"
"Malam ni. Its okaylah, sayang. You baliklah rumah I dulu. I tak pergi lama pun." Pujuk Timah lagi.
Namjoon tidak membalas apa apa melainkan dia bertindak mengeluarkan dompetnya dan segera dibawa keluar beberapa not wang. Dihulurnya kepada Timah.
"Thank you! Tu yang I sayang you sangat!" Lantas Namjoon dipeluk kuat dari belakang.
"I pun. Keluar nanti tu hati hati tau." Pesan Namjoon sebelum membelek failnya semula.
"Okay!" Timah segera melangkah untuk keluar namun langkahnya terhenti saat Namjoon memanggilnya.
"You nak keluar kan so I balik rumah I dulu. Rehat kat situ." Ujar Namjoon.
Mata Timah sedikit membulat. "Rumah.. you? Dengan.."
Namjoon yang menangkap maksud Timah itu menggeleng. "Bukan rumah tu tapi rumah I. Rumah apartment sebelum I kahwin lagi."
Timah tersenyum lalu mengangguk. Dia lantas keluar dengan hati berbunga.
-------------------------------------
Jimin baru usai mandi sewaktu dia terlihat Yoongi sedang rancak menari sambil duduk di atas katil. Ada headphone di kepalanya menandakan Yoongi sedang menikmati lagu.
Jimin tidak menghiraukan lalu ke almari baju sambil mengelap badannya yang terdedah dengan tuala kecil. Baju yang hendak dipakai dibawa keluar.
"Tony Montana shit!"
Terkejut beruk Jimin dibuatnya apabila Yoongi rap mencarut. Matanya membulat memandang Yoongi yang masih khayal dengan musik.
"Apa kena dengan bini aku ni?" Gumamnya lalu menyambung semula pakai baju. Dia bergerak ke meja solek dan mula menyikat rambutnya.
Tidak lama kemudian, Yoongi bising semula.
"A to the G to the U to the STD!!"
Sekali lagi Jimin memandang isterinya. Akibat tak tahan, dia mara ke arah Yoongi dan headphone di kepala wanita itu ditariknya.
"Yah oppa.." Yoongi memandang Jimin tajam.
"Lagu apa yang awak dengar ni ha? Macam tak berfaedah aje. Kut ye pun dengarlah lagu ABC ke. Bagus jugak untuk anak tu!" Bebel Jimin pada isterinya.
"Tak faedah? Heol cakap elok sikit. Ni lagu Agust D okay?! Saya suka lagu lagu dia!" Balas Yoongi mempertahankan minatnya kepada Agust D.
"Agust D? Nama pun pelik. Oppa tak suka awak dengar lagu lagu macam tu!"
"Kalau oppa tak suka, saya akan kahwin dengan dia!" Yoongi memuncung mulut.
"Yah Kim Yoongi! Tak.. Park Yoongi! Awak tu PARK Yoongi tahu!" Sengaja Jimin menekankan perkataan Park itu agar Yoongi sedar.
"Heol apa salahnya saya jadi MIN Yoongi?!" Yoongi tak mahu mengalah itu masih melawan.
Mahu sahaja Jimin mengangkat bininya itu dihumban ke tingkat bawah melalui tingkap. Tapi itu mustahil, dia takkan buat.
"Apa? Apa? Marah lagi? Eleh yang oppa tu minat penyanyi apa tu nama- ha! Chimchim tu boleh pulak! Saya tak halang pun!" Yoongi masih cuba mencari gaduh.
"Sebab dia comel!"
"Agust D saya pun lagi comel!"
"Ta!! Cemue ta comel! Baby yang comel cat dunia nii!"
Terdiam pasangan suami isteri itu apabila ada suara kecil yang mencelah. Mata mereka memandang Jungkook yang berjalan masuk ke dalam bilik mereka.
"Cenapa Jimin hyung ngan noona selalu gaduh? Baby na banun lambat hari ni tau? Tapi dah Baby terbanun cebab Jimin hyung nan noona. Baby na banun main awal awal hyung ta ade pegi cekolah!" Giliran budak kecil itu membebel.
Jimin dan Yoongi memandang antara satu sama lain. Terbit gelak halus dari mereka berdua.
"Pandai eh membebel?" Ujar Jimin lalu menggeletek tubuh Jungkook. Yoongi turut serta. Terbahak bahak Jungkook gelak menahan geli.
"Laa kat sini rupanya! Jom sarapan!"
Kali ini mereka bertiga terdiam. Wajah Seokjin yang ceria di muka pintu dipandang. Jungkook, Jimin dan Yoongi memandang antara satu sama lain.
"Jom Omma!" Jerit mereka bertiga lalu turun bersama Seokjin.
Jimin yang memapah Yoongi itu memandang isterinya dengan wajah gembira. Yoongi tahu itu pandangan Jimin untuk mengatakan yang omma mereka, Seokjin sudah kembali.
------------------------------------
"Beb, berapa kau dapat?"
Timah menjongket bahu lalu meneguk arak segelas sehingga habis. Tak cukup, arak dituang lagi ke dalam gelasnya.
"Tak banyak tapi cukup lah untuk aku belanja korang malam ni! Hahaha." Timah tergelak. Entah apa yang lawaknya pun tidak diketahui.
"Terbaik. Kau kata apa kat laki tu?" Seorang perempuan bernama Haeri bertanya.
"Aku tipu kata kawan aku baru balik dari London dan aku perlukan duit belanja. Thats it. Dapat kut!" Sekali lagi Timah ketawa.
"Pandai kau cari." Puji Haeri.
"Aku tak cari. Dia sendiri yang jatuh kat aku. Aku dah kata yang aku dapat goda semua lelaki yang aku nak." Ujarnya berbaur bongkak.
Tiba tiba seorang lelaki muncul entah dari mana mendekati Timah dan Haeri yang duduk di penjuru kelab malam itu.
Timah menyedari kedatangan lelaki itu dari jauh. Dia segera membetulkan rambut dan skirt pendek ketatnya yang sedikit terselak.
"Sayang..." Panggil Timah setelah pinggangnya diraut kemas oleh lelaki itu.
Readers be like: kuang ajo ko timah, match faceu you namjoon!
YOU ARE READING
Homesweet Family + Season Two (BTS)
FanfictionSeokjin sayang suaminya si Namjoon. Seokjin sayang bapak terhandsomenya Hoseok. Seokjin sayang anak perempuannya Yoongi. Seokjin sayang anak lelakinya Taehyung. Seokjin sayang anak bongsunya Jungkook. Seokjin sayang menantu sulungnya Jimin. Jadi, se...