.
.
.
"Minumlah.."Neulra mengangguk seraya tersenyum atas jemputan Seokjin itu. Gelas berisi jus oren itu diambil lalu disisip sedikit membasah tekak.
"Rasa dah lama tak datang sini. Last time Yoongi kahwin." Ujar Neulra sebagai pembuka bicara baginya.
Seokjin mengangguk. "Iya. Yoongi pernah bagitahu eomonim yang Neulra ke luar negara."
Neulra tersenyum lagi. Tiba tiba dia bagai teringat sesuatu. Tujuan dia ke rumah agam keluarga Seokjin ini untuk menunjukkan klip rakaman dari rekorder yang dipasang di keretanya.
"Oh ya, eomonim. Sekarang saya nak tunjukkan video tu." Segera Neulra mengeluarkan laptopnya dari dalam beg yang dibawa. Dia telah membuat salinan rakaman itu ke dalam laptop.
Yoongi tiba pula dengan sepinggan buah epal yang sudah dipotong kepada beberapa bahagian. "Dah tunjuk ke?" Soalnya lalu duduk menyertai Neulra dan Seokjin.
Yoongi sudah melihat rakaman itu setelah ditunjuk oleh Neulra di mall tempoh hari. Neulra lambat menunjukkannya kerana dia terpaksa bertolak ke luar negara atas beberapa masalah yang berlaku di butiknya selepas kejadian itu. Dia hanya dapat menunjukkannya apa yang berlaku setelah pulang semula ke Korea.
"Nak tunjuk lah ni." Jari Neulra bergerak gerak di atas laptopnya mengklik fail yang ada.
"Sebelum tu eomonim, saya nak terangkan situasi saya dulu kat eomonim kalau kalau tertanya tanya nanti. Hari tu, saya datang ke rumah ni nak ajak Yoongi keluar sebab saya call bini orang ni tak berjawab. Saya ingat dah beranak la tak bagitahu saya. Waktu saya dah nak sampai depan rumah ni, saya perhati ada satu kereta ni bergerak lambat lalu depan rumah. Saya perasan ada sorang perempuan terjenguk jenguk tengok macam cari seseorang. Jadi, saya tak berapa sedap hati dan saya parkir tak jauh dari rumah ni. Tiba tiba perempuan tu parkir tak jauh juga bertentang dengan saya. Saya pun tunduk menyorok sikit takut dia ternampak saya ada disitu."
"Tiba tiba ada bola bergolek ke tengah jalan dan Baby Jungkook muncul. And time tu la saya ternampak perempuan tu cepat cepat masuk gear dan tekan minyak macam nak langgar Baby. Belum sempat kereta tu nak langgar, saya nampak Tok Hoseok tolak Baby ke tepi dan perempuan tu terlanggar Tok Hoseok. Masa perempuan tu dah pergi, saya nak pergi lah tengok Tok Hoseok, tapi tiba tiba saya dapat panggilan sebab ada masalah. Maafkan saya ya eomonim." Terang Neulra panjang lebar.
"Eh tak perlu minta maaf, Neulra. Kamu tak salah." Seokjin melemparkan senyuman.
Lantas Neulra mengalihkan skrin laptop ke arah Seokjin. Seokjin mengetap bibirnya. Perasaanya bercampur baur. Dia segera membetulkan duduknya untuk melihat sendiri video tersebut.
Jelas memaparkan situasi bagaimana Neulra yang ceritakan tadi. Air mata Seokjin hampir gugur melihatkan Tok Hoseok yang bergolek setelah dihentam kereta nokharom itu. Dah macam tengok akasia.
"Apa masalah perempuan ni haa?" Seokjin memicit dahinya. Badan disandarkan ke sofa setelah video habis. Kepalanya mula pening memikirkannya.
"Yoongi rasa kan, omma, Timah tu target nak langgar Tae atau Baby. Tapi tak kena. Kalau tengok reaksi dia bila keluar dari kereta tu, dia macam tak sangka, terkejut sebab dah salah langgar. Cara dia kelam kabut masuk balik kereta tu pun dah tahu." Ujar Yoongi pula.
"Iyelah tapi kenapa dia nak buat macam tu? Dah dapat lelaki tu kan? Sudahlah.." Rungut Seokjin.
"Maybe appa asyik cerita pasal Baby dengan Tae ke, simpan gambar anak anak dia ke and Timah tu tak suka. Sebab tu dia tekad nak bunuh. Lepas tu lari ke luar negara takut tertangkap." Duga Yoongi lagi.
"Babun nya perangai.." Seokjin berkata perlahan sambil memicit dahinya lagi.
"Boleh transfer video ni ke handphone eomonim?" Pinta Seokjin seraya menghulurkan telefonnya ke arah Neulra.
"Boleh bolehh." Segera Neulra menyambut telefon yang dihulur.
"Omma nak buat apa?"
"Omma nak tunjuk kat laki tu. Lepas tu report polis."
"Buat apa nak tunjuk kat appa pulak?"
"Nak bukak mata rabun tahap babun dia. Kalau tak nampak jugak dan still tegakkan orang yang salah, omma tahulah kat mana omma sekarang dalam hati dia."
Yoongi hanya terdiam mendengarkan itu.
.
.
.
YOU ARE READING
Homesweet Family + Season Two (BTS)
FanfictionSeokjin sayang suaminya si Namjoon. Seokjin sayang bapak terhandsomenya Hoseok. Seokjin sayang anak perempuannya Yoongi. Seokjin sayang anak lelakinya Taehyung. Seokjin sayang anak bongsunya Jungkook. Seokjin sayang menantu sulungnya Jimin. Jadi, se...