.
.
"Mengarutlah awak ni, salah orang kut!"
Yoongi sudah menyinsing lengan baju gaun mengandungnya hingga ke paras siku. Bersiap sedia untuk membelasah suaminya.
Jimin yang terperasan kelakuan Yoongi itu menelan liur. "Sabar sayang, sabar. Oppa cuma cakap kut kut awak salah orang. Mana lah kita tahu kan tu orang lain, bukannya appa."
"Bukan appa apanya?! Saya tengok dengan mata sayalah! Bukan dengan mata Tok Aki! Tu betul appa. Dia dengan perempuan tengkuk patah! Kejap kiri kejap kanan. Aku patahkan betul betul baru dia tahu." Beria ria Yoongi melakonkan semula bagaimana si Timah meliuk lentok hendak menyandarkan kepala di bahu Namjoon.
"Okay, okay. Sabar sayang. Jangan marah sangat. Nanti awak stress. Kan doktor dah cakap jangan stress. Ingat baby tu." Belakang Yoongi diusap usap perlahan.
"Saya dah puas nak bersabar, oppa! Lepas tengok omma macam tak sihat, mata bengkak, kesabaran saya sebagai seorang anak makin hilang lah! Nasib Tok Aki tak tahu, oppa! Kalau dia tahu mati appa tuuu! MATIIIIII!!!" Jerit Yoongi dengan muka menakutkan.
Seram Jimin melihatkan isterinya itu. Satu bantal diambil lalu dihempuk ke muka Yoongi.
Yoongi terkezutt besar! Matanya membulat memandang Jimin.
"Kenapa...oppa...pukul...muka...saya...?" Perlahan Yoongi mendekati Jimin.
Jimin telan liur.
"Op-oppa ingat a-awak kena rasuk.."
Ada aura seram pada wajah Yoongi. "Rrrraaa...ssuuuk...?"
Sekali lagi Jimin menelan liur sebelum mengangguk perlahan.
Gedebushh!
GEDEBASHH!
GEDEBESHHHH!
Tiada siapa yang dapat menyelematkan seorang suami yang dibelasah teruk oleh isterinya yang sedang mengandung malam itu.
--------------------------------------
"Kenapa pipi kau tu?"
Soalan Tok Hoseok dibiarkan seperti angin berlalu oleh Jimin. Yoongi yang duduk di sebelahnya hanya memeluk tubuh. Buat tak tahu juga.
"Kamu belasah dia lagi ke, Yoongi?" Kali ini suara Seokjin kedengaran memecah sunyi.
Jungkook dan Taehyung yang turut menyertai mereka bersarapan di taman mini berdekatan kolam renang berbumbung asyik memandang Jimin dan Yoongi silih berganti.
"Kau masih buat perangai brutal kau ya lepas kahwin? Kau ni agaknya dah lama tak kena hempuk dengan tongkat sakti aku." Tok Hoseok mula mengangkat tongkatnya.
Bedah yang turut ada membuat isyarat mulut pada Tok Hoseok dengan ayat "Kanda, jangan marah. Nanti sakit jantung siapa nak jaga saya."
Tok Hoseok yang menyedarinya itu segera menurunkan tongkatnya. Tidak jadi setelah adindanya menasihati.
"Jimin, cuba bagitahu omma apa dah jadi? Betul kamu ni lebam lebam sebab Yoongi?" Seokjin tidak mahu mengalah untuk tahu jawapan dari Jimin.
Jimin yang tadinya menunduk mengangkat sedikit mukanya memandang Yoongi. Tersentak sedikit lelaki itu apabila Yoongi sedang memandangnya juga.
"Err.. tak--"
"Ya omma. Yoongi yang belasah dia. Siapa lagi nak buat kalau bukan Yoongi yang tidur dengan dia semalam? Takkan baby dalam ni pulak keluar pukul papa dia sekejap." Balas Yoongi sebelum Jimin menjawab.
Seokjin mengeluh.
"Yoongi.. kamu tu perempuan tau. Buat perangai macam perempuan sikit. Dah lah tengah mengandung. Tak takut ke anak tu nanti keluar jadi anak kaki pukul?" Nasihat Seokjin.
Yoongi mendiamkan diri. Tidak membantah apa apa yang keluar dari mulut ommanya itu.
"Sebab apa yang kamu boleh belasah Jimin ni?" Seokjin menyoal pula.
"Dia yang pukul muka Yoongi dengan bantal sebab dia kata Yoongi kena rasuk! Mana Yoongi tak sakit hati!" Yoongi memuncung.
"Apa sebab Jimin boleh kata kamu kena rasuk? Apa kalau Jimin pukul muka kamu dengan bantal boleh lebam ke, Yoongi? Dia tak lebamkan kamu, kamu yang lebamkan dia." Bebel Seokjin lagi.
"Dah lah saya tengah mengandung ni, omma! Saya rasa saya sensitif sangat! Lagi lagi saya tengah marah kat--" Yoongi terhenti.
"--kat personal assistant Jimin oppa ni sebab fotostat muka mahal saya!" Teragak agak Yoongi mencari idea untuk tidak memberitahu hal sebenar.
Seokjin menggelengkan kepala. Masak benar dengan perangai anak gadisnya yang satu itu.
"Perangai tu tak matang jugaklah! Cer matang sikit! Kesian tengok suami kamu ni. Dulu kemain bercinta!"
Tersentak Yoongi mendengar kata kata Seokjin itu.
"Minta maaf pada suami kamu! Selagi ada suami jaga dia sebaik mungkin! Suami kamu cari orang lain tahulah kamu nanti!" Usai berkata, Seokjin terus masuk ke dalam rumah. Sebenarnya dia sedikit terguris dengan kata katanya sendiri.
Yoongi yang melihatkan itu semakin serba salah. Dia mula merisau dan memikirkan ommanya.
"Hyung kahwin nanti hyung tak nak isteri macam noona. Noona jahat." Bisik Taehyung pada Jungkook.
"Tapi Baby na jer. Noona yeppeo!"
Itu membuatkan Taehyung mencerlung tajam ke arah Jungkook yang selalu tidak bersefahaman dengannya.
.
Korang baca lagi ke idok ff ni?!
YOU ARE READING
Homesweet Family + Season Two (BTS)
FanfictionSeokjin sayang suaminya si Namjoon. Seokjin sayang bapak terhandsomenya Hoseok. Seokjin sayang anak perempuannya Yoongi. Seokjin sayang anak lelakinya Taehyung. Seokjin sayang anak bongsunya Jungkook. Seokjin sayang menantu sulungnya Jimin. Jadi, se...