Bab 1

16.9K 261 2
                                    

Selepas perhimpunan selesai, Qaisara bergerak masuk ke kelasnya yang berada di tingkat 3.

Sampai sahaja di kelas 4 Berlian Qaisara meletakkan beg di tempat duduknya dan berlalu ke arah kawan-kawannya yang sedang menikmati makanan. Bagi mereka, makan dalam kelas adalah perkara yang biasa kerana mereka sering melakukannya walaupun ada yang diantara mereka berjawatan pengawas.

"Weh nak sikit ha" kata Qaisara sambil menjenguk ke dalam bekas yang dipegang oleh Iman.

Qaisara mencapai sudu yang dihulur oleh Ainin lalu mengambil sedikit nasi goreng dan disuakan ke dalam mulutnya.

"Ecah, nak lagi tak?" soal Iman.

"Tak. Makan la." Aisyah menjawab tanpa memandang Iman. Khusyuk sangat buat kerja sekolah.

"Bangun." Arah Azrey, ketua kelas apabila melihat kelibat Cikgu Zarita, guru yang mengajar mata pelajaran matematik masuk ke kelas.

Qaisara segera berlalu ke tempat asalnya. Begitu juga dengan Ainin dan Amirah. Iman pula segera menyorokkan bekas nasi goreng yang hampir habis ke dalam laci meja.

"Assalamualaikum cikgu" ucap Azrey diikuti seluruh pelajar kelas 4 Berlian.

"Waalaikumsalam. Duduk. Keluarkan buku teks. Sambung pelajaran semalam." Ujar Cikgu Zarita.

Pembelajaran pun bermula seperti biasa

*****

Qaisara turun ke kantin untuk mengisi perut. Qaisara membawa bekal setiap hari, jadi dia tak perlu beratur panjang untuk membeli makanan. Setelah meletakkan bekal makanannya, dia bergerak ke 3 senior perempuan untuk menegur seseorang.

"Oi " Qaisara menepuk perlahan meja yang diduduki oleh 3 orang senior kesayangannya iaitu Ariana, Amirah dan Rabiyatul. Ketiga-tiga mereka memandang Qaisara seketika sebelum menyambung aktiviti mereka iaitu makan.

"Qaisaraa" tegur Ariana.

"Hai kak" Qaisara duduk di sebelah Ariana lalu melentokkan kepalanya di bahu Ariana. "Ngantuk la kak."

"Kenapa?" soal Ariana

"Tak cukup tidur la. Malam tadi pukul 11.30 baru tidur." Qaisara menguap sekejap.

"Aik lambatnya.Buat ape?"

"Baca novel." Qaisara tersengih.

"Tak habis-habis baca novel." Ariana menjuihkan bibirnya.

"Hehehehe. K la. Nak pergi makan. Bubyee. Balik nanti tunggu dekat kedai Cik Mah tau." Qaisara bangun untuk kembali ke mejanya semula.

"Okay byee"

Qaisara berlalu ke meja yang menempatkan rakan-rakannya semula.

*****

Setelah meletakkan begnya, Qaisarah pantas berlalu ke bilik air untuk mandi dan bersiap-siap ke sekolah semula untuk menjalani latihan bola tampar.

Qaisara keluar dari biliknya lengkap berpakaian sukan dan tudung kemas terletak di atas kepalanya

"Ma , jom" Qaisara segera mencapai kasut sukan jenama Nike Air Max di rak kasut. Sambil menyarung kasut, Qaisara melihat mamanya yang sedang mencapai kunci rumah dan kunci kereta.

*****

Selepas menyalam tangan mama, Qaisara terus keluar dari kereta dan berlari ke gelanggang bola tampar. 'Fuh semput aku. Nasib Bancik tak sampai lagi' bisik hati Qaisara.

"Bancik mana?" soal Qaisara kepada Aisyah.

"Tak sampai lagi." Jawab Aisyah senada.

Bancik atau nama sebenarnya Mohd Faizie merupakan jurulatih pasukan bola tampar SMK Fantasia. Dengar cerita Bancik jurulatih yang hebat. Pernah main bola tampar sampai kebangsaan. Nak tau kenapa kitaorang panggil dia Bancik? Nak tak nak aku nak bagitau jugak. Sebab dia tak nak kitaorang panggil dia couch or cikgu or pape je la.Bancik ni garang giler.Kalau kau tak ikut cakap dia, nanti habis kau kena maki. Pernah sekali pemain perempuan buat dia marah. Habis spec mata hitam dia yang tah berapa ratus patah sebab dia patahkan and campak dekat atas lantai court.

Qaisara mengambil bola lalu masuk ke gelanggang untuk memulakan latihan setelah meletakkan begnya di atas kerusi batu yang berada di tepi gelanggang.

Tidak lama selepas itu, Bancik datang mengahampiri gelanggang.

"Ok girls and boys. Warm up dulu then lari 5 pusingan. "

"Haihh malasnya." keluh Qaisara.

" Buat je la wei. Nanti mengamuk Bancik." balas Fiqa yang terdengar keluhan Qaisara.

Semua pemain mula memanaskan badan dan berlari 5 pusingan termasuk Qaisara sebelum memulakan latihan bersama couch mereka.

^^

korang ada cadangan? blh pm or komen je.

vote sekali.

TAKDIR KITA BERDUA ✓ Where stories live. Discover now