Bab 17

2.5K 79 0
                                    

"Abang, jom main pickup line nak?" Keropok lekor Qaisara sudah habis kerana asyik menyuap Fiqri.

"Pickup line? Tak nak la" Tolak Fiqri

"Alaaa kenapa? Jom la." Qaisara masih tak berputus asa.

"Wat pe nak main pickup line kalau adik boleh pickup hati abang." kata Fiqri sambil tersenyum.

Qaisara terdiam. Pipinya mula memerah.

"Wow ada orang blushing la. Hahhaha" Fiqri gelak besar memandang Qaisara.

"Abang!!" Qaisara segera bangun dan mendekati Fiqri. Senyuman jahat terpamer di wajah Qaisara.

Apabila betul-betul sampai di hadapan Fiqri yang sedang tergelak, Qaisara segera menarik sideburn Fiqri. 

"Adik!!Sakittt!!" Fiqri berhenti ketawa lalu mengaduh kesakitan. Pelajar-pelajar yang berada di dalam dorm tersebut ketawa apabila melihat Fiqri mengaduh.

Qaisara melepaskan sideburn dengan muka yang puas. Dia kembali duduk di atas katil Fiqri.

Fiqri menggosok-gosok sideburnnya yang ditarik oleh Qaisara tadi.

 Qaisara menggelakkan Fiqri. Muka fiqri yang berkerut menahan sakit itu mencuit hati Qaisara.

*****

"Thanks dik sebab sudi datang. Thanks sebab sudi luangkan masa dengan abang. Thanks for today." ucap Fiqri kepada Qaisara sambil berjalan beriringan ke pondok pengawal. 

"My pleasure. Thanks juga sebab abang sudi bawa adik jalan-jalan dalam sekolah" balas Qaisara. Dia mengeluarkan telefon dari begtangannya.Nombor telefon mamanya didail.

"Helo ma. Amik Sara. Sara tunggu dekat pondok pengawal. Okayy" Qaisara mematikan panggilan.

"Adik nak abang teman ke?" tanya Fiqri.

"Tak pe la. Adik boleh tunggu sorang." Tolak Qaisara lembut.

"Sure ni boleh tunggu sorang?" Fiqri meminta kepastian

"Boleh. Jangan risau la." Qaisara meyakinkan Fiqri. 

"Okay. Apa-apa call abang okay. Jom selfie dulu." Fiqri mangeluarkan telefon dari dalam poketnya. 

Beberapa keping gambar diambil sebagai kenangan.

"Ha Zaeem. Meh sini jap." Fiqri memanggil Zaeem yang kebetulan lalu di hadapan mereka.

"Kenapa bang?" soal Zaeem.

"Tolong amikkan gambar aku dengan Qaisara jap." arah FIqri sambil menghulurkan telefon bimbitnya kepada Zaeem

Zaeem menyambut telefon tersebut.

"Kau amik lawa-lawa eh. Tak lawa siap kau." Fiqri memberi amaran.

Zaeem menagkap beberapa gambar sebelum diserahkan kembali telefon kepunyaan Fiqri. 

"Err bang. Nak amik gambar dengan Qaisara boleh?" Zaeem kelihatan teragak-agak untuk bercakap.

"Abang boleh je. Boleh tak dik?" Fiqri meminta persetujuan Qaisara pula.

"Boleh je.Cepat sikit. Takut mak dah sampai." Gesa Qaisara.

Zaeem berdiri bersebelahan dengan Qaisara. 

Fiqri mengambil beberapa keping gambar. Mereka kelihatan sepadan.

"Dah" kata Fiqri sambil menunjukkan gambar yang ditangkapnya ke Qaisar.

"Okay bang. Adik gerak dulu. Nanti send gambar k. Take care. Sayang abang" ucap Qaisara.

"Okay dik. Nanti abang send. Take care too. Sayang adik juga." 

Selepas mendengar jawapan Fiqri, Qaisara melangkah ke pondok pengawal untuk menunggu mamanya.

Fiqri hanya memerhatikan dari jauh langkah Qaisara. Dia mahu adiknya betul-betul selamat sehingga masuk ke dalam kereta.

^^

sorry la lmbt sikit update. 

abaikan typo.

cau cincau dulu.

byee

TAKDIR KITA BERDUA ✓ Where stories live. Discover now