Qaisara yang baru habis melawat pesakitnya mahu kembali ke biliknya semula untuk membuat report tentang pesakitnya.
Tumpuan Qaisara terganggu apabila seseorang mengetuk pintu biliknya.
"Masuk" arah Qaisara sambil kembali menyambung menulis laporan.
"Doktor, ada orang nak jumpa doktor." kata nurse Zulaikha sebaik pintu bilik Qaisara dibuka.
"Siapa?" soal Qaisara tanpa melihat wajah Zulaikha.
"Lelaki. Dia kata dia tunang doktor." jawab Zulaikha ragu-ragu. Sedikit pelik apabila ada seorang lelaki datang untuk berjumpa dan mengaku sebagai tunang Qaisara. Padahal sudah heboh 1 hospital yang Qaisara sedang bercinta dengan doktor paling popular iaitu doktor Fiqri apabila kakitangan hospital selalu melihat mereka berjalan berdua.
Pergerakan tangan Qaisara yang sedang menulis terhenti. 'Tunang? Sejak bila pula aku bertunang?' Qaisara tertanya-tanya siapa yang berani menyamar menjadi tunang Qaisara.
"Cakap dekat dia saya busy." Qaisara kembali menyambung menulis.
Zulaikha yang mahu menjawab terdiam apabila lelaki yang mahu menemui Qaisara selamba masuk dan mendekati Qaisara.
"Ye ke busy? Macam tak je" bisik satu suara di telinga kanan Qaisara.
Qaisara mendongak apabila suara yang sangat dia kenali berbisik.
"Ya Allah. Abang!! buat apa dekat sini?" soal Qaisara terkejut.
Qalif tersengih. Dia memeluk bahu Qaisara sambil menjawab dengan suara yang dimanjakan."Saja. Jom teman abang makan. Lapar la."
"10 minutes. Sara nak siapkan report ni sekejap. Abang duduk dekat sofa tu dulu." Qaisara menunjukkan sofa yang bewarna krim di penjuru bilik.
Qalif hanya mengangguk. Dia melepaskan pelukan lalu duduk di sofa yang ditunjukkan oleh Qaisara sambil membelek telefon.
"Err doktor. Saya keluar dulu." pamit Zulaikha apabila melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh Qaisara dan lelaki yang mengaku tunang Qaisara.
"Okayy" Qaisara memberi izin.
*****
Fiqri berjalan di sepanjang koridor . Dia memberikan senyuman kepada nurse-nurse dan pesakit yang berpampasan dengannya.
Semasa dia melalu kaunter pendaftaran, telinganya terdengar perbualan 3 nurse yang sedang bersembang iaitu Zulaikha, Huda dan Kartini. Dia bersembunyi di sebalik dinding yang berdekatan apabila terdengar namanya dan nama Qaisara disebut-sebut.
"Betul ke yang doktor Qaisara tu bercinta dengan doktor Fiqri?" soal Zulaikha.
"Betul la. Kalau tak, tak kan diaorang selalu berjumpa. Kenapa kau tanya?" jawab Huda.
" Tadi ada sorang lelaki ni cari doktor Qaisara. Hensem wehh. Tapi bagi aku doktor Fiqri lagi hensem. Lelaki tu kata dia tunang doktor Qaisara. Mula-mula aku macam tak percaya, so aku pergi la panggil doktor Qaisara dekat bilik dia. Doktor Qaisara kata dia tak nak jumpa dengan lelaki tu tapi tiba-tiba lelaki tu masuk. Siap peluk bahu doktor Qaisara lagi.Mesra je aku tengok diaorang. Macam ada hubungan. Tu yang aku musykil. Siapa lelaki tu and betul ke doktor Qaisara bercinta dengan doktor Fiqri." panjang lebar Zulaikha bercerita.
"Kalau tunang takkan la sampai peluk-peluk bahu bagai. Aku rasa abang dia la." sampuk Kartini.
Fiqri beredar dari situ. Dia tidak sanggup lagi mendengar apa yang nurse-nurse tersebut berbicara mengenai Qaisara. Hatinya sakit. Biliknya dituju.
'Siapa yang berani peluk Qaisara?' Fiqri tertanya-tanya sendirian. Badan dihempaskan ke sofa di dalam biliknya. Pelipis diurut perlahan sambil memejamkan mata.
^^
yeah double update.
vote please
YOU ARE READING
TAKDIR KITA BERDUA ✓
RomanceHighest ranking: #1 in complete (18/12/18) Sukan bola tampar menemukan Qaisara Adriana dan Fiqri Wafie. Dalam diam Qaisara Adriana memendam perasaan terhadap Fiqri Wafie. Beberapa tahun berhubung, Fiqri Wafie membuat keputusan untuk melamar Qaisar...